Sunday, October 3, 2010

Membesarkan Khalifah Kecil.




Perhatian : membesarkan khalifah kecil adalah tanggungjawab lelaki DAN perempuan.


Saban hari melihat anak kecil di rumah ini. Pergi rumah orang pun mereka ada anak kecil sendiri. Kita lihat perwatakan anak-anak kecil semua berbeza kan. Ada yang nakal saaaaaangat nakal, ada yang macam Bahasa Melayu memang tak faham, ada yang macam telinganya tak dapat berfungsi dengan baik, kena menjerit terpekik baru dia dengar (ana lah tu yang menjerit.hm). Ada yang sungguh menyejukkan mata, mentaati, dan sangat memahami perasaan orang yang menjaganya.

Tapi anak kecil ni banyak kategori. Yang ana nak cakap kat sini, semua yang masih 100% bawah pengaruh penjaga, belum masuk tadika, mahupun sekolah rendah.

Macam mana semua terbentuk berbeza? Sedangkan lahir semuanya dalam fitrah, suci, baru. Penjaganya memainkan peranan. Macam komputer baru beli..kita yang tentukan nak guna operating system apa, software dan application apa yang kita nak install, buat segala macam guard dari virus attack supaya terjaga dalam jangka masa yang lama dan termasuklah menghiasi desktop dengan wallpaper cantik menurut mata si empunya komputer itu.

Terjaga dalam masa yang lama. Untuk anak kecil ini, kita nak bentuk supaya dia terjaga sehingga ke akhir hayat. Moga berjumpa lagi dalam keadaan baik di akhirat kelak. Satu misi yang besar. Jangka masa tu, boleh jadi 5 tahun, 10 tahun, 25 tahun, bahkan 80 tahun. Perlu penjagaan rapi, sebab virus memang updated dari hari ke hari. Makin lama makin berbahaya dan mampu merosakkan dengan lebih dahsyat.

Software dan application. Kita nak dia berguna untuk orang disekelilingnya dalam bentuk yang macam mana. Adakah mampu menyumbang atau sekadar menyemak dalam hard disk? Karakter apa yang kita nak tanam. Peringkat awal ini, pemilik komputer memang ada kuasa mutlak untuk masukkan apa-apa yang dia nak masukkan. Kalau kita ada application untuk bunyikan azan bila tiba waktunya, moga-moga anak kecil yang dididik itu bila besarnya sentiasa menjaga dan mengerjakan solat pada waktunya. Begitulah analogi.

Wallpaper pula untuk appearance. Nak yang sedapkan mata memandang, atau sedapkan nafsu menatap. Ada yang mungkin menggunakan wallpaper gambar orang tersayang, mungkin juga gambar kenangan bersama rakan-rakan, ada juga yang menggunakan ayat-ayat AlQuran atau apa-apa yang mengingatkan si pengguna kepada Allah.


Melalui tarbiyah, dan nasihat-nasihat umi serta percakapan orang-orang tua ketika berkunjung di rumah kawan-kawan yang baru menimang cahaya mata, atau baru memasuki alam rumahtangga, membuatkan ada beberapa perkara yang 'ter'rancang dalam minda. Hee.


Sebelum.


Ini preparation jangka masa panjang. Bahkan perlu dimulakan sejak kita bergelar dan sedar hakikat sebagai seorang anak. Ada orang pernah cakap kan, kalau nak tahu bagaimana perangai anak, lihatlah perangai ibu bapanya kepada orang tuanya. Perangai kita sekaranglah. So, untuk khalifah kecil yang baik pada masa akan datang, kita pada masa ini perlu baik dulu. Marilah perbaikkan diri, jadi individu muslim yang terbaik kita mampu.


Semasa.


Untuk orang yang mengandung, ada lah tempoh 'semasa' ni. Bagi yang mengambil anak angkat, tiadalah tempoh ini. Waktu ni, ada communication wireless dengan anak di dalam kandungan. Biasa, kalau dari segi fizikal, apa yang perlu dijaga untuk khalifah kecil yang sihat, adalah pemakanan kita sendiri. Pasal pantang-pantang ni ana tak tahu sangat. Yang pasti jangan makan nenas sebab ianya tajam, boleh buatkan gugur. Kena banyakkan makan kalsium, untuk kuatkan ibu yang menampung anak yang akan membesar dan memberat. Lagipun banyak nutrien ibu yang akan diserap oleh makhluk kecil itu.

Ana lebih berminat tentang aspek perkembangan deria pancaindera sewaktu dalam kandungan. Dalam Facebook, ada orang yang share notes tentang kenapa Yahudi bijak. Terbukti, didikan pada mereka dimulakan dengan bijak sejak mereka dalam kandungan lagi. Ibu-ibu yang kerap meransang pergerakan otak mereka yang dipercayai memberi simulasi yang lebih kurang sama kepada perkemabangan otak anak tersebut. Mereka buat soalan matematik yang susah-susah, kan?

Bagi ana, dalam AlQuran itu ada lebih dari sekadar matematik. AlQuran itu ada ilmu yang merangsang cara pemikiran luar biasa. Always out of the box. Ia banyak memberi clue yang perlukan pemikiran, olahan, yang luar biasa untuk mencapai maksud atau tujuan yang ditetapkan. Sebagai contoh, berpuasa untuk menjadi orang taqwa. Apa kaitan menahan diri dari makan dan minum dapat melahirkan seorang yang bertaqwa? Tengok kejadian alam untuk jadi beriman. Dengan tengok daun warnanya hijau, dan bentuknya macam love ke?

Pointnya sekarang : kena banyak berfikir. Buatlah apa-apa yang meransang pemikiran. Jangan hanya rehat, suap minda dengan tontonan TV dan hiburan, atau kemahiran teknikal. Ia bukanlah akan degrade the development but rather results in slight or very little development. In which at this phase, it's actually quite vital to trigger a good start of the brain function. Nanti ana dah belajar betul-betul tentang otak dari segi medical perspective, I'll share it here. Ini teori sendiri menurut ilmu seciput yang ada :) Kalau nak tiru cara Yahudi, buat soalan matematik pun takpe..kita ambil yang positif. Buat sudoku ke..hehe.

The fifth week of pregnancy, or the third week after conception, marks the beginning of the embryonic period. This is when the baby's brain, spinal cord, heart and other organs begin to form. Seven weeks into your pregnancy, your baby's brain and face are rapidly developing”.(www.myoclinic.com)

Kedua. Banyakkan baca AlQuran. Tempoh 'semasa' ni 9 bulan. Kita mungkin tahu selepas 2 atau 3 minggu, tolak dengan kegembiraan tak terhingga, kekalutan nak buat preparation, mungkin ada 7 months solid betul-betul luangkan masa dengan bayi itu. Dalam tempoh ni, ana rasa boleh khatamkan 2 kali. Untuk yang hafizah, mungkin 3 atau 4 kali, extra sikit. Baca sehari-harian, usapkan bayi, dan bercakap dengannya. Terangkan apa-apa ayat yang kita tahu tafsir dan maksud atau kisah disebaliknya. Mungkin boleh bisikkan harapan terhadap anak berkaitan ayat tersebut. Baca kalau boleh berlagu, itu irama. Boleh juga perdengarkan ayat bacaan dari qari-qari. Tapi lebih elok kalau yang didengar itu suara ibu sendiri kan? Ana rasa mesti ada special sense kat situ.

Foetuses develop the ability to hear around the 5th month of pregnancy when they start to become aware of stimuli outside the womb. Many believe that in utero exposure to music (especially the classical variety) results in enhanced intellectual development. Research findings such as those that suggest newborn babies recognise music played to them in the womb and that foetuses move and breath in time with music they enjoy have been taken as evidence for an 'increased level of cognitive development' resulting from in utero exposure to music. However, the evidence itself is widely open to interpretation (how do we really know what kind of music a foetus enjoys) and other studies have found no association between pre-natal exposure and intelligence.”

Although claims that simply exposing your baby to classical music will make them more intelligent are unsubstantiated (end incredibly unlikely!), music does provide a fantastic avenue to help develop your baby's emotional, linguistic, and motor skills in a non-pressurised, enjoyable way.”

(www.askbaby.com)

Ana quote semula : how do we really know what kind of music a foetus enjoys? Musik-musik lain mungkin arguable, tapi AlQuran, confirm suka punyalah! Kan kita semua pernah bersaksi depan Allah dulu, dan AlQuran ni semua ayat-ayat Allah :)

Mudah-mudahan anak ini mudah menyebut ayat-ayat AlQuran, mudah melagukan dengan bertajwid, mudah menyerap pengajaran dan nasihat-nasihat. Juga moga hatinya lembut untuk dibentukkan, sesuai dengan fitrah semulajadi ciptaan manusia. Ana sangat-sangat optimis, bacaan ini ada memberi kesan, baik dari spiritual bayi tersebut, atau dari segi barakah. Barakah yang kuasanya boleh memberi kesan dalam sepanjang bayi itu hidup bernafas di muka bumi Allah.

Tapi niat mesti betul. Amalan ini tiada guna jika niatnya lari, ingin membanding-bandingkan anak siapa yang lebih taat, lebih bagus dengan yang lain. Ganjaran semua dari Allah. Boleh jadi, anak ini bila besar tetap keras hatinya, buruk perangainya, dan busuk sahsiahnya.


Selepas.


Waktu ini paling kritikal, paling realiti berhadapan dengan khalifah kecil. Perlu set betul-betul nak didik macam mana. Hal ini kena sepakat suami isteri. Jangan si ayahnya nak didik cara timur, si ibunya nak didik cara barat. Keliru si anak kecil itu nanti. Lagipun nak didik biar betul-betul mempengaruhi si anak, perlukan kerjasama kedua-dua pihak.

To me, there are two forms of education; Intellectual, and behavioral.

Kita cakap tentang behavioral dulu. Pertama, tentang susu. Ana rasa semua orang sedia maklum, susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Susu formula langsung tak setanding. Jadi bagi banyak-banyak susu ibu, jangan terus cepat-cepat biasakan susu botol, kecuali dalam keadaan terdesak. Kalau ikut AlQuran, susukanlah sehingga anak itu berusia 2 tahun. Atau sehingga dia dah taknak menyusu. Kebaikan yang kita dapat, memang kita membuat pilihan bijak memberikan anak tersebut nutrien terbaik terkandung dalam susu ibu, dan menjimatkan duit. Susu formula, mahal tau! Lagi-lagi kalau nak yang berkualiti. Pastu, nak tunggu sehingga dia berhenti minum, sampai 5 tahun pun kadang-kadang belum berhenti! Berapa tin susu tu nak kena beli? Satu tin ada lah lebih separuh seratus (paham?).

Disiplin anak dan ibu. Kalau kita tengok western culture (perhatian : culture), waktu mula-mula dapat berita hamil, apa parents tu buat selalunya? Sediakan bilik, kan? Dia sediakan bilik untuk bayi tersebut, cukup dengan hiasan dan peralatan. Yang lain-lain tu sekali lah. Mereka punya budaya, dari kecil, anak-anak tak tidur sekatil dan sebilik dengan ibu bapa. Even masih bayi. Bayi itu tidur atas katil baby, dalam bilik yang berasingan. Takut menangis? Janganlah tutup pintu, biarkan terbuka. Ini akan melatih disiplin anak dan kita. Macam mana?

Macam ni. Kalau kita tidur sekatil, bila bayi tu menangis sedikit, kita terus bagi susu. Menangis sikit, bagi susu. Dan kita akan cenderung untuk menyusu atau mengulik anak itu dalam keadaan berbaring. Berbeza kalau berada di bilik berasingan, kita akan bangun, ulik betul-betul dan menyusu dalam keadaan yang betul. Posisi yang benar dan sihat untuk menyusu anak adalah dalam keadaan duduk.

Breast feeding your child too requires an expertise. Never feed your child when it is lying below you or at the lower level than your breasts. In such cases the child develops some ear trouble which causes much problem in the grown up age.”

Jadi, duduk ketika nak menyusukan bayi. Tambahan, menyusu anak juga perlu mengikut jadual, atau masa. Ini dapat melatih digestion process bayi itu, dan tidak overfeed. Lihat sini untuk recommended schedule : www.earthsbest.com/node/321. Jumlah penyusuan akan berkurangan seiring dengan pembesaran bayi itu. Hal ini penting untuk khalifah kecil yang sihat dan cerdas. Mestilah perkara ini akan affect perkembangan otak dia juga kan?

Banyakkan berbual dan memberi penerangan walaupun ketika bayi tidak faham bahasa kita. Tapi sebenarnya dia boleh faham. Selalu lakukan sentuhan kulit dan usapan. Kalau nak bagi penerangan perkara yang sama ulang-ulang pun takpe. Lagi bagus. Ajarkan ini tangan, ini kaki, warna, pokok, bunga dan sebagainya. Kalau nak larang buat apa-apa, beritahu sebabnya sekali. Sebab yang logik dan benar bukan main-main. Kerana telinganya mendengar, dan otaknya berfikir. Kalau dari awal kita ambil tak endah, kita tak develop the skill of reasoning. Kalau tengok anak-anak western, kecil-kecil lagi dah macam-macam bertanya. Suka bertanya ni bagus, otaknya ligat berfikir. Kita pula menjawab jangan ikut konteks kanak-kanak kecil. Jawab yang betul, terangkan sekiranya mereka tak faham. Jangan pula jawab : Tak payah tahulah, kamu budak-budak lagi. Inilah khalifah kecil, otak yang sentiasa berfikir.

Pastu, kalau nak beli mainan, perlu terangkan kalau tak boleh, kenapa. Apa keperluan mainan? Sehingga dia faham. Barulah tiada kes menangis melalak kerana nakkan mainan. Kena banyak bersabar. Nak bagi dia faham pun, bukan seminggu dua. Pandai-pandailah:)

Jaga pemakanan, bila dah besar sikit. Bukan main suap aje. Ajarkan yang sihat, sebab secara fitrah, semua sel-sel badan ini pasti sukakan yang sihat. Amalkan pemakanan yang sihat untuk seluruh keluarga, bagi penerangan kenapa perlu makan ini dan itu sekiranya dia bertanya, atau tak suka. Ingat, program dalam otak dia, kita boleh setkan. Otak yang cerdas, dari badan yang cergas. Khalifah, perlu badan yang sihat kan? Itu ciri-ciri individu muslim yang kita nak terapkan dalam diri khalifah kecil ini.

Jaga kebersihan dan kekemasan. Ajar anak-anak kecil itu dengan diri kita sebagai contoh. Masuk rumah mesti susun kasut, baik rumah kita atau tak. Makan gula-gula yang kecil, bungkusannya tetap perlu dibuang dalam tong sampah, walaupun kecil. Ajarkan mana tong sampah. Jangan bila mereka buang rata-rata, kita hanya cakap : Alah, biasalah budak-budak kecil. Ataupun kita cakap : Eh, kenapa buang rata-rata tu? Mana boleh! - lepas tu, kita yang angkat sampah, dan kita yang buangkan, bukan mereka. Ingat, actions speak louder than words. Kalau ada pensil dan nak conteng di dinding, berikan kertas, dan bagitahu dinding bukan tempat menconteng. Bila nak susun barang, ajar mereka sekali. Ajak mereka berkemas sama, dan membasuh sama-sama. Pupuk amalan kitar semula, terangkan kenapa. Inilah khalifah kecil, biasa dengan ciri-ciri Islam yang positif.


Bila orang datang rumah, kita duduk elok-elok, ajar mereka tentang hormat. Bila berdoa, tunjukkan yang kita perlu tadah tangan betul-betul, minta betul-betul kerana kita sedang meminta dari Tuhan. Kalau anak itu dah 4 tahun, insyaAllah, akan faham. Jangan kerana 4 tahun, takpelah dia berdoa main-main. Budak-budak kan.. hm. Doa kita pula, jangan terlalu panjang. Amalkan mathurat suami isteri, pagi dan petang. Bersama anak-anak. Agaknya dah naik 7 – 8 tahun, dan boleh hafal mathurat sughra. MasyaAllah.. Inilah khalifah kecil kita.

Kalau dah nak ajar solat, terangkan kenapa perlu solat. Jangan pula cakap : Oh, takpe. Nanti kat sekolah cikgunya ajarlah.. Jangan, biar kita yang ajar anak kita. Lebih-lebih lagi tentang solat. Amalkan baca AlQuran, kalau ditanya kenapa perlu baca, jangan pula jawab : Baca je lah! Banyak tanya pula! Mereka perlukan penjelasan. Kita pun perlu selalu bertanya, tanya semula kenapa perlu solat? Kenapa perlu puasa? Untuk apa kita jaga kebersihan, kekemasan? Develop their skill of answering, and explaining, and speaking.

Mungkin sesetengah orang akan berkata, mereka budak kecil...takkan boleh berfikir sampai tahap itu? Bagi ana, tak. Kalau orang-orang dahulu boleh matang dalam usia muda, kenapa tidak kita yang sekarang? Lagi lah perlu matang kerana zaman sudah moden. Yang ana tahu, orang dulu dan sekarang, otaknya adalah sama sewaktu kecil. Ada sel yang sama, dibuat daripada tisu yang sama, jadi BOLEH untuk ada kebolehan yang sama. Yang berbeza adalah bagaimana ia dibentuk, disimulasi dan dibangunkan. Orang western, kecil-kecil dalam sekolah rendah dah ada kemahiran mencipta, tahap intelligent mereka jauh berbeza dengan kita. Semuanya bermula dari kecil, bagaimana proses pembesaran itu berlaku. Lagilah kita, yang nak membesarkan khalifah kecil, kita perlu lebih matang untuk mendahului mereka dalam segala hal!

Jangan disuap dengan kemewahan, tapi kesederhanaan. Jangan diajar game memanjang, hobi budak kecil kita boleh tentukan. Bukan secara fitrah hobinya suka pada game yang sia-sia. Kalau ada mainan, ajar dengan mainan yang berfikir, atau membantu pembesaran ke arah positif. Jangan bagi apa yang mereka nak, tapi apa yang mereka perlu. Ingat, kita nak menjadikan mereka khalifah. Tapi ini tak bermakna mereka tidak dapat melalui kehidupan yang gembira seperti kanak-kanak lain, tidak sama sekali. Ini hanya megajar mereka mereka tahu mana yang betul, mana yang salah, dalam kehidupan, tidak hanya menjadi alat dunia.

Tentang intellectual pula. Behavior yang meransang pemikiran, juga terangkum dalam intellectual education ini juga. Yang lain yang ana belajar, adalah konsep One Parent, One Language. Tapi bagi ana, kalau nak One Parent, Two Languanges pun takpe, lagi bagus. Pembesaran otak sewaktu kanak-kanak merangkumi peratus yang paling tinggi daripada keseluruhan pembesarannya. Jadi, waktu inilah kita nak gunakan, and make use of it to the fullest! Kalau ibunya bercakap Melayu, Ayahnya boleh bercakap Inggeris. Tambah lagi dengan Arab pula. Kan Nabi pun pesan, belajarlah Bahasa untuk elak kita dari tertipu. Untuk konteks Malaysia, kita belajarlah bahasa penduduk Malaysia ni. Itupun dah cukup banyak :)

Lagi, kalau boleh, biar mereka kenal jawi sebelum rumi. Kenal AlQuran sebelum Akademik yang lain. Akademik boleh tunggu diajar ketika tadika. Tapi AlQuran kita boleh mulakan dahulu. Ajar mereka membaca dengan bertajwid sewaktu kecil, jangan bila dah besar baru nak betulkan, lidah dah keras. Disiplinkan masa-masa untuk AlQuran bersama anak-anak, jangan biarkan mereka malas. Kalau kita nak suruh anak-anak mengaji setiap malam, kita perlu tunjukkan contoh, walau penat mana bekerja. Kalau boleh, tak perlu minta ustaz lain yang ajar, biar kita sendiri ajar anak-anak. Inilah khalifah kecil, diajar seimbang dunia dan akhirat.

Bukan hanya ajar bercakap pelbagai bahasa, tetapi juga membaca. Ajar membaca ni ada pelbagai cara, boleh guna Flash Card dan macam-macam lagi.


.....


Itu sahajalah yang ana nak kongsi tentang membesarkan khalifah kecil ini. Panjang lagi perjalanan. Tapi semakin mereka membesar, teruskan sahaja apa yang telah di'program' kan. Tambah lagi dengan tarbiyah-tarbiyah yang lebih mendalam sesuai dengan peringkat umur mereka. Tapi dalam banyak-banyak guru, guru terbaik untuk membentuk seseorang tetap kedua ibu bapanya. Gunakan kelebihan ini bermula dari waktu kecil mereka.

Membesarkan khalifah kecil ini boleh jadi banyak maksud:

  1. Samaada anak sendiri.

  2. Atau jika tiada rezeki, anak angkat.

  3. Juga boleh jadi adik kita yang comel-comel itu.

Tulisan ini langsung tiada kena mengena dengan diri ana yang nak anak cepat (erk. Kahwin pun belum.). Ini 100% dari pemikiran seorang akhawat yang berumur 19 tahun. Kalau ada yang lebih pakar atau mahir, boleh tambah, dan kalau ada tersalah teori mana-mana, mohon dibetulkan. Tapi memanglah, perempuan mana yang taknak anak sendiri. Dalam hal mengharapkan anak, ada 3 persiapan yang setiap akhawat perlu bersedia:

  1. Jika ditakdirkan kita atau pasangan kita mandul.

  2. Jika ditakdirkan anak cacat atau mental retarded.

  3. Jika ditakdirkan kita lambat dapat anak.

Yang cacat atau retardation, tak semestinya perlu dari keturunan, atau ibu bapa yang merokok atau hisap dadah. Dalam bab variation, mutation can occur either by chance or by mutagens.Kalau by chance tu, maknanya memang kuasa Allah amat besar kalau memang itu yang Dia takdirkan.


Wallahua'lam.


p/s: Semua teori yang otak ana buat sendiri, hanya berdasarkan satu prinsip je; menjadikan khalifah itu individu muslim yang baik. Jadi penerapan yang diterangkan diatas, dari sebelum, semasa, dan selepas adanya khalifah kecil itu, merangkumi kesepuluh-sepuluh aspek muwassafat tarbiah, walaupun mungkin tidak sesempurna mana.

p/s2: Ana cuma nak kongsi, kalau sekiranya ana mati dahulu, biarlah ada orang lain yang mungkin boleh membesarkan khalifah kecil dengan cara yang ana harapkan :)

p/s3: Kalau rasa susah, ingat, Yahudi tak pernah jemu melahirkan generasi mereka yang bijak panadai, untuk menguasai kita.

p/s4: Jangan leka dengan kasih sayang antara suami dan isteri. Sebuah perkahwinan sebenarnya ada misi yang besar.

Saturday, October 2, 2010

The Relationship between Biology, Chemistry, Physics and Mathematics.




Bismillah.

Hari tu Madam Haliza called, Academic Advisor untuk Medical students. Ada kena isi borang markah quiz, dan result midsem. Tiba-tiba kena kira GPA. Tak terfikir GPA midsem does count. I mean, not to be added up at the end, but to know our
performance, like how high should you bounce back, if it is not the expected one.

Kira punya kira. GPA midsem: 3.52. erk.

Pointer terendah untuk medical students adalah 3.50. erk. erk.

Kenapa tetiba rasa sipi dia macam dah tak boleh selamat? errrrrrk.

Last week was our exam week. Today's last week was my paper for Chemistry. I think, it's today's last week, I started to wonder, why do I have to learn all of these subjects? How do I need them in my life? in other people (who are learning the same subjects as well) 's lives? It shouldn't be a waste, should it? So I got to relate them to my need.

Pikir punya pikir.

Mathematics. All we learn in mathematics are numbers, and equations. Put the numbers here and there. This and this is what you have to use to get this number. And when we got the answer, then? Numbers exist to count. To have
the right counts, we need equations. On what basis are the equations made of?



Contoh la, kita nak buat kotak. Kita kena ada area, in which the length and the width are needed. To what length and width, we need to make a cube, or maybe cuboid? Kalau kotak tu nak guna untuk isi air, kita kena tahu volume pulak. That will need the height. Tinggi mana kita perlu to fill that particular volume of water? Kalau nak buat pintu, kena tahu panjang dan tinggi. Perlu ambil kira the torque, so the door can be opened. Radius yan
g kita perlu supaya pintu tu boleh dibuka dalam ruangan yang diberi. Atau nak kira persamaan seimbang, berapa atom akan hasilkan berapa atom, yang sepatutnya. Kalau nak tahu jumlah, perlu kira dalam unit mol. Nak kira mol, perlu tahu mass and molar/molecular mass. Nak tahu jumlah tenaga ATP yang dihasilkan juga, perlu tahu berapa NADH dan FADH2 yang kita ada. Atau kita nak tahu population, atau kira inheritance based on Mendel's Law.

Sekarang kita ada mathematics. Tapi untuk aplikasi, kita perlu tahu nombor apa yang perlu letak, di mana. Nombor tu kita dapat dari konsep Physics or Chemistry or Biology. Dah letak nombor, kena tahu kira pulak. Nak tahu kira, kita perlu persamaan. Persamaan ini kita dapat dari konsep Physics/Chemistry/Biology juga. Kalau tengok, Mathematics punya topik, tak tahu apa gunanya sehingga lah kalau soalan itu ditanya dalam bentuk application, baru tahu apa guna equations ni semua. Mathematics hanya untuk kemahiran mengira. Jadi kita perlukan ia untuk belajar Physics, Chemistry dan Biology sebab semuanya akan melibatkan pengiraaan walau sedikit. Kalau tak tahu kira macam mana?

Yang paling banyak berhubung kait dengan Mathematics adalah Physics. Konsepnya bermula dari Physics, dan equation dibuat dari konsep yang berlaku. Now, you have the equations, and the numbers to be filled in, applicable to the related concept. So just solve it.

Biology. Asasnya adalah sel. Satu sel dibina daripada beberapa komponen ; cell membrane, nucleus, cytoplasm. These are among the basics. Let's tak
e one; cell membrane. The biological membrane consists of several components as well. It is made up of phospholipid bilayer, which is connected to certain protein serves as pathway of several subtances. The layer is made up of phospholipid; hydrophobic tail and hydrophillic head. Let's get narrower, by taking the protein only. Protein is made up of amino acid, which has amino group in its structure. The amino group is NH3 - Nitrogen and Hydrogen. These two are atoms, exist in the periodic table - the most basic form of things on earth - which are learned in Chemistry. Every single thing in Biology, has its original form, which is made up of bonds between several atoms.


That is for a cell. What then if it's a tissue? That will take billionth of atoms bonded together, I guess. To know the nature of those atoms, how they react, their prop
erties, those are from Chemistry. Then, Biology also considers reaction rate. Especially in the topic of enzymes. The reaction they made in digestion, or diffusion of gases. The concept of reaction rate is learned in Chemistry, what affect will concentration, temperature, make on the reaction. If you have a particular disease, you will need medication. If a pill can supply this much of protein, for example, how many pills do we need to make the rate of reaction goes back to normal? Theoretical and experimental value usually are different. To know the effectivity of a drug, we need to calculate the percentage yield. And that we learn in Chemistry.


Chemistry and Physics. Kita nak buat sesuatu perlu tahu the force or pressure that particular thing has to withstand. Dah tahu kekuatan yang perlu ada, then we have to choose the material. Choosing the material, is based on its characteristic. But what give the material its special characteristic? Chemistry explains that in terms of structure of bonded atoms, type of bonding, the inter and intra molecular forces invloved, and its position in periodic table, which gives the mass, size, and energy, further explains the appearances and characteristics shown by that material.



Konklusinya,

SEMUA TU MEMANG KENA BELAJAR! =.='

Just terfikir..next sem kena ambil Biology 2, Physics 2, Chemistry 2, and Maths 1. Baaaanyak! Kenapa semua....? Ok. Kita dah cari kaitan tadi. Kerana Mathematics menghubungkan semua subjek, Biology ada kaitan dengan Chemistry, Chemistry ada kaitan dengan Physics, dan Physics paling banyak kaitan dengan Mathematics. Ok..dah tahu semuanya berkait..then?

Mereka semua ni berkait untuk apa..?

Kita tahu kaitan ni untuk apa...?
(Selain nak yakinkan hati yang you have to take all the subjects!)

The relationship, must have a purpose. A purpose that they all are related. Manusia punya hubungan pun ada tujuan kan.

One is related to the other. And it will bring us somewhere, but where?
Semua ni ke arah mencari sesuatu. Tapi apa?



Thursday, September 30, 2010

Sosilawati



Saban hari, sejak menjelang Hari Raya, Malaysia digemparkan dengan kes pembunuhan Sosilawati bersama dengan 3 orang yang lain. Sampai hari ini, setelah 3 minggu, kes ini masih disebut-sebut. Lagi pula, kerana jutawan terkenal, Sosilawati, kes ini mendapat perhatian tertinggi oleh pihak polis. Kalaulah bukan orang terkenal yang terlibat, agaknya nasib mereka sama dengan kes-kes sebelum ini yang melibatkan ahli perniagaan. Tiada yang nak ambil peduli.

Jasa beliau. Sudah tiada masih meninggalkan jasa. Satu persatu kes sebelum ini hampir terungkai. Sekurang-kurangnya adalah bukti-bukti yang boleh membawa kepada penyiasatan seterusnya. Terbela nasib mereka kerana kes terakhir ini melibatkan Sosilawati.

Sampai bila kerja-berdasarkan-nama nak berlaku? Kalau pergi mana-mana pun, bila customer atau victim tu orang ternama, ada pangkat ada harta, kerjanya serba perfect. Disediakan satu persatu, dan dibantu selagi boleh, dihalalkan segala yang haram, disembunyikan segala salah. Biar semua nampak sempurna. Hasilnya, yang hak tak diletakkan ditempatnya, tertindas dan tak terbela. Come on..buatlah double standard macam mana pun, yang pasti paling mulia nanti depan Dia yang paling bertaqwa.

Sebenarnya bukan nak cakap pasal ni. Nak cakap pasal adik beradik peguam yang kejam dah macam zionis. Dah macam bukan manusia. Macam mana manusia boleh bertindak macam bukan manusia? Pastu manusia tahu pulak tindakan tu dah bukan manusia..


Bukan apa, pergi raya rumah kawan-kawan umi, asyik cakap pasal benda ni.
Dalam kereta pun. Umi tak habis-habis terbayang perbuatan kejam penjenayah tu. Boleh dia cucuk leher dengan besi sampai tembus. Pastu pukul dengan kayu baseball pulak. Kalau nak bagi mati tu, bagi mati je lah. Ni serius terseksa macam apa. Terfikir pasal naluri kemanusiaan. Mana limit dia sebenarnya? Diorang macam kena bius, atau makan ubat khayal. Atau
adakah orang macam cerita Unleashed? Orang yang dididik dengan perangai binatang. Kehidupan dia hanya untuk membunuh.. tapi tak.. sampai satu masa, fitrah tu akan memunculkan dirinya, manusia itu akan sedar dan berfikir...kan? Memang ada limit untuk naluri kemanusiaan. hmm.

First, terfikir. Islam memang datang untuk menjaga fitrah manusia. Tanpa panduan, memang ikut nafsu dan perasaan, cara bunuh seseorang tu boleh jadi brutal sebrutal-brutalnya. Islam bagi guideline, kalau nak bunuh pun, kita ada cara kita. Dengan ihsan, sesempurna dan sebaik mungkin. Definisi mati semua sama, asal nyawa bercerai dari jasad. So Islam melihat itu sebagai persamaan kepada semua kematian. Jadi takde rugi kalau ikut cara Islam, matlamat memang tercapai. Cuma caranya diperbaikkan sebab Islam ambil kira semua aspek yang terlibat dalam kematian tu. Kalau kita orang yang membunuh, mungkin puas sikit kalau dapat buat sesuka hati. Tapi kalau kita orang yang dibunuh, atau keluarga si mangsa, kita nak diperlakukan macam tu? Ha, sampai bab membunuh pun Islam masih mementingkan keadilan.

Dalam artikel yang ditulis diatas, ada paragraph yang tulis:
contohnya dalam kes pembuangan bayi, orang yang melakukan perbuatan berkenaan sememangnya tidak berperikemanusiaan. Sudahlah sebelum ini mengamalkan hidup bebas bagaikan sekumpulan haiwan, apabila hamba Allah itu 'terbentuk' akibat keseronokan sementara mereka, maka bayi itu dibunuh atau dibuang di merata-rata. Tetapi apa hukuman yang berat menanti mereka? Tidak ada! Yang ada hanyalah hukuman penjara. Kita mungkin marah, geram dan sedih apabila melihat mayat bayi yang tidak berdosa itu dicampak ke dalam tong sampah, dihumban di dalam lubang tandas, dibaling ke dalam parit atau ditinggalkan di surau atau rumah orang sehingga ada antaranya digonggong oleh anjing tapi apa boleh buat? Kita tidak tahu di manakah silap sehingga jenayah ganas dan kejam semakin meningkat tetapu ia adalah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Naluri kemanusiaan yang semakin tipis boleh mendorong manusia melaksanakan tugas iblis dan syaitan di muka bumi ini..Kes sosilawati dan buang bayi adalah buktinya! (Mingguan Malaysia, 19 September 2010).
Kedua, tentang hukuman. Penulis ni mungkin menulis dengan mengambil kira interest semua pihak. Tapi nak katanya, kita hanya ada satu hukuman? kita yang MEMILIH untuk menggunakan satu hukuman yang kononnya nak senang, bagus dan adil, tapi sebenarnya membuatkan yang bersalah tidak diadili sepenuhnya dan sebaiknya, yang menjadi mangsa tidak dibela dengan pembelaan yang sepatutnya. Tidak ada hukuman? kita yang TIDAK MENGADAKAN hukuman tu. Kan dah cakap, Allah tahu to some extend we will go beyond the nature of human! So Dia dah bagi amaran awal-awal, learn from the past, and uphold My rules! Hukuman Allah dah tetapkan, apa yang sepatutnya, baik untuk kes Sosilawati atau kes buang bayi.

Ya, hukuman hudud.

Orang sebok dok cakap hukuman yang Allah tetapkan ni zalim! Sekarang, bila dah berlaku macam ni, siapa yang zalim? Betul Allah cakap, Kami tidak menzalimi mereka, bahkan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri! Kita yang menzalimi diri kita, membuatkan jenayah macam ni berlaku, menzalimi mangsa yang tidak dapat dibela, terus membiarkan yang tak bersalah dizalimi. Dizalimi dengan apa? Dengan CARA HIDUP YANG KITA PILIH.

Tak nampak ke, pendekatan Islam ni banyak yang preventive measures. Sebab bila dah terjadi, everything will be out of control! Macam sekaranglah! So, untuk masa depan, stop every action that contributes to the problem even an inch, even a tiny hole.


BTN

Apsal tetiba topik ni? Jalan-jalan baca suratkhabar yang sama, terjumpa pulak artikel yang memetik perenggan ni :


Teringat BTN lah paling! Mula-mula kena baca 2, 3 kali ayat ni..nak faham apa sebenarnya yang dia maksudkan? Selari ke tak dengan apa yang ana faham tentang konsep bernegara? Yang nak disebut, semangat patriotisme yang nak ditanam, tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Ana tak ingat tajuk artikel ni apa, tapi antara huraiannya:
Apabila saya membangkitkan isu minggu lalu, ramai yang sinis. Bahasa kebangsaan bukanlah asas kepada patriotisme, seolah-olah tidak ada kaitan dengan Islam. Inilah pemikiran yang langsung tidak pernah mahu bersyukur. Sengaja tidak mahu faham apakah maksud patriotisme yang sebenar? Mereka masih mahu menafikan bahawa cintakan negara atau mengutamakan agenda besar negara adalah satu kefarduan sepertimana kita menjaga ibadat kita. Jika negara kucar kacir, atau tidak aman, apakah kita boleh beribadat dengan sempurna? Jika ibadat itu adalah asas dalam beragama, maka semangat patriotisme adalah asas kepada kehidupan bernegara, tidak dapat dipisahkan dengan Islam. (Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Mingguan Malaysia, 19 September 2010.)
Ana ingat, sewaktu sesi permainan BANK (Bangsa, Agama, Negara dan Kerajaan). Semua orang perlu rate ikut duit yang ada, 20sen, 10sen, 5sen, dan 1sen. Ranking tu berdasarkan kepentingan. Ana buat 2 rank, satu dari segi kalau keadaan darurat, mana satu yang akan digadaikan dahulu (Agama last), lagi satu kalau nak bangunkan tamadun, mana satu yang paling diutamakan (Agama first). Tapi bila tanya, ana bagitahu yang kedua. Disebabkan dalam kumpulan ana tu, semua orang sepakat agama yang pertama, so fasilitator tak banyak buat soal jawab. Kumpulan lain, ada yang jawab negara dulu, jadi, adalah perdebatan dan soal jawab berlaku. Yang pertama apa sebenarnya?

Lagi satu sesi, rating pendidikan, politik, ekonomi dan sosial mengikut kepentingan. Ana pilih pendidikan, dan ramai juga sependapat. Ada segelintir dalam kumpulan yang pilih politik, dan seorang lagi ekonomi. Tiada yang pilih sosial. Malam tu, waktu diminta berdebat, fasilitator tu kelihatan berat menyokong yang politik. Malah, dalam kumpulan lain yang telah melalui sesi ini terlebih dahulu, katanya jawapan yang diberikan memang politik. Jawapan anda pula?

Panas...panas...panas. Kalau bab-bab panas, ana suka jadi orang yang utama naik suhu. Kenapa ek? Seriously, ana tak setuju dengan pendirian mereka.

Politik adalah utama kerana ia kuasa. Dengan kuasa, kita boleh membuat perubahan, mentadbir negara, dan sebagainya. Pendidikan pula, asas pembinaan individu, untuk tahu mengawal politik macam mana. Mereka nak kata, pentingnya kita mempertahankan kuasa politik, kerana disitu penentu ketuanya adalah kita. Kita yang disebut dari awal program hingga akhir adalah MELAYU. Ana pula asyik bertegas, kita yang sepatutnya adalah ISLAM, samaada orang itu India, Cina atau Melayu, bila kita tahu dia Islam, dia takkan membelot dan pasti lakukan tanggungjawab sebaiknya. Yang perlu hati-hati adalah orang munafiq, fasiq. Orang Melayu sendiri tikam orang Melayu.

Kita dah ada dalam politik berapa lama? Kita MELAYU dah ada dalam politik berapa lama? Adakah kita berkuasa? Siapa yang tentukan hala tuju negara? Ekonomi kita siapa yang kuasai? Antara ketiga-tiga bangsa di Malaysia, siapa yang mendahului sebagai yang paling cerdik? Melayu? Kita ketua selama ni, tapi kita yang kuasai? Tarbiyah pembentuk individu. Akarnya tak kukuh, yang lain kita hebat atas nama je. Dahulukan lah mana yang patut.

Untuk pertahankan kuasa politik pula, fasilitator kumpulan ana membandingkan kerusi BN dan Pakatan. Aaaapeeekaah....?

Bab negara dan agama. Kumpulan lain yang membincangkan perkara ini, ada yang cakap mereka memberitahu, negara adalah lebih utama. Kerana dengan negaralah, agama dapat bertapak. Tanpa negara, agama nak berdiri macam mana? Ohh.. Madinah datang dulu eh baru Islam? Rasulullah datang bina Madinah dulu eh baru sebarkan Islam?

Sebelum kedua-dua sesi ni berlangsung, sebelum tu ada penerangan tentang ketuanan melayu. Perkara 14 tak silap. Ye? Bercakap tentang Melayu lagi, ana terus pertahankan konsep yang sepatutnya berdiri atas nama Islam. Semangat mempertahankan negara itu perlu, tapi atas dasar apa kita perlu pertahankan negara itu, perlu lebih jelas. Kerana Islam menuntut manusia mempertahankan tanah air. Bagi mereka, sekarang kedudukan kita terjejas. Sudah ada kaum yang mempersoalkan ketuanan Melayu, ingin menyamaratakan hak bagi semua kaum, tiada lagi yang istimewa. Kita perlu bersatu dan pertahankan status kita sebagai rakyat peribumi. Negara kita sebenarnya iktiraf ke tak bangsa lain? Kalau iktiraf, kenapa beza-beza status? Itu perlembagaan. Mereka nak ubah perlembagaan kita, mana boleh!

Perlembagaan. Siapa yang buat? Suruhanjaya Reid yang wakil orang Tanah Melayu 2 orang je rasanya. Tak berapa ingat, and the rest were from other countries, British of course. What were they doing with OUR constitution?

Ana teringat macam ada agenda. Dasar apartheid. Itu permulaan dasar membezakan status berdasarkan kaum. Agenda mempersatukan manusia berdasarkan bangsa, kaum. Itu yang buat kita lemah. Kalau berdasarkan agama; Islam, kita boleh bersatu SATU DUNIA, bukan setakat satu Malaysia.

Tolonglah. Just contohi Piagam Madinah. Contohi cara Rasulullah bina negara. Kat situ lagi banyak kabilah-kabilah, puak-puak, dan kaum-kaum berbeza. Hidup aman je! Ada yang istimewa dari yang lain? Yang ditekankan, orang yang paling istimewa hanya yang bertaqwa, and for that matter, only Allah knows.

"La yajrimannakum syana-anu qaumin 'ala alla ta'dilu"

At the end of the day, ana cuma cakap : I love my country, as Islam told me so. Ana yakin, Perdana Menteri kita sekarang sedang mencuba sedaya upaya untuk membina negara ini. Moga Allah memberikan beliau hidayah, dan furqan. Amin.

p/s: Baru terluah tentang BTN disini. Abi dah dengar semua dah :) Baca pasal Sosilawati, timbul tentang ni pula. Sosilawati lagi =.=' . Jangan lupa sedekahkan AlFatihah buat keempat-empat mangsa.

Wednesday, September 29, 2010

Near


Suka ayat ni.
Ni tag buatan sendiri. Bawa ke mana-mana dalam purse.
Tulis lagi, tampal di softboard bilik jugak. Tiba-tiba Faizah datang, semangat bluetooth lagu Native Deen dan Sami Yusuf. Terharu dengan ayat ni dalam lirik lagu:

Take one step towards Me, and I'll come running to you!

Allah nak sangat datang pada kita, tinggal kita yang mencari. Tapi sayang, ramai yang tak nak. Nampak masjid, kedai jual Al-Quran, orang-orang soleh, pandang sebelah mata je. Ada yang tak pandang langsung. Sombong!

Bila baca lirik Native Deen tu, macam nak jumpa diorang dan cakap, "We are on the same boat!" Ish, tak sangka akhirnya ada orang nak buat lagu tentang ayat ni, tentang konsep Allah itu dekat. Sangat dekat. Ohh, indahnya.

Lagi, Maha Melihat oleh Opick dan Amanda.

yang di cinta kan pergi,
yang didamba kan hilang,
hidup kan terus berjalan,
meski penuh dengan tangisan.

Time hidup penuh dengan tangisan tu, memang takkan ada yang paham. Waktu ni, tiada yang sanggup menemani kecuali Allah. Waktu tiada orang nak dengar kita, Allah dengar. Tapi kadang kita tinggal kan Dia..leka sekejap dengan nikmat. Bila kita mencari Allah balik, He still comes! Ohh.

padaMu hati bertobat
padaMu hati bergantung

Allah Ya Rabbi Ya Rab
Grant me peace in my heart!


Kerana Allah itu dekat, jangan sesekali serik bertaubat!

I saved them all.


"Next time kena study betul-betul apa yang dia nak, baru cantik kerja kan? Ok la tu. At least we learned somthing new for a better tomorrow, kan?

"Ok. Belajar rajin-rajin. Ingat Allah."

"suke la tuh!"

"Waa.. Tahniah.. Study smart.."

"InsyaAllah.. Do ur best je.. Usaha dah tinggal tawakkal je.. InsyaAllah boleh buat.. Kene tambah yakin kat diri je.. hehe.. buat yang termampu ye.. "

"Selamat hari lahir ke 20.. Moga hari ni lebih baik drpd semalam. Pengalaman lepas jadi satu pelajaran, selalu buat yang terbaik untuk masa depan.. hehe.. Love u too.."

"Hehe. Dah makin tua ye."


Sometimes, you can ignore my messages. In times I needed you, or just needed your reply. You can ignore tens of missed calls I made. How should I not doubt who am I to you?

Those...are the ones that made me so excited. A single word can lighten up my whole day. So I saved them. But who am I to you?

Bila jumpa, macam tiada apa yang berlaku. Kita gembira, kan? Apa-apa yang berlaku, I used to be the last to know. Nak tolong apa-apa, I'm not worth to be asked for. And I don't have anything good to share, to buy for you. Like if I'm gone, I don't think that would make much difference. To any..any of you..

Takpelah. Yang penting, tiada orang yang akan didahului dalam hidup, kecuali anda semua. Dia pun bukan, dia tiada hak lagi nak diisi dalam hati kecuali kalian. Walaupun 'dia' pada kamu semua, mungkin keutamaannya lebih tinggi berbanding diri ini. 'Dia' pada kamu semua, mungkin lebih ditakuti hilang berbanding diri ini.

Who are you to me?
Everything.
Everything selepas Allah dan Rasul.



I love you.


Friday, September 3, 2010

Freedom





FREEDOM
is to do things according to one's will. No matter what.

Then I want to live even my heart stops pumping blood.
Then I want to live with the fish in the ocean.
Then I want to live without oxygen.

Can you? There's a limit.
You are not given a total rights to choose what you like, what you want, according to your will.

Are you living freely then?

There's rule, everyone is obligated to.





FREEDOM

is submitting to the whole truth.
You are free, when you are doing right.
And to do right, you need guide.






I Love You. Talk to Me.



It would be such a pleasure to have you come along with me
I accept your gracious offer
Kindness and company
But as we walk along young man
And as you help me with my load
I've only one request as we travel down this road

Don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

That man upsets me so
So much more than you could know
I hear of his name and reputation everywhere I go
Though his family and his clan once knew him as an honest man
He's dividing everyone
With his claim that God is One

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

He's misled all the weak ones
And the poor ones and the slaves
They think they've all found wealth and freedom
Following his ways
He's corrupted all the youth
With his twisted brand of truth
Convinced them that they all are strong
Giving them somewhere to belong

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

Thank you now young man
You've really have been so kind
Your genorosity and smile are very rare to find
Let me give you some advice
Since you've been so very nice
From Muhammad stay away
Don't heed his words or emulate his way

And don't talk about Muhammad
You will never have true peace
And trouble is all you will find
So don't talk about Muhammad
And as you travel down life's road
You will get along just fine

Now before we part and go
If its alright just the same
May I ask my dear young man
Who are you, what's your name
Forgive me what was that?
Your words weren't very clear
My ears are getting old
Sometimes its difficult to hear
It's truly rather funny though I'm sure I must be wrong
But I thought I heard you say
Your name is Muhammad
Muhammad

Ashaadu anlah ilaha illalla
Wa ashadu ana muhammadur rasululla

O talk to me, Muhammad
Upon you I pray for peace
For you have eased my troubled mind
O talk to me, Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As I travel down life's road
I will get along
Just fine




Dawud Wharnsby Ali