Wednesday, April 4, 2012

Kuatkanlah!


Semangat itu mudah hilang.



Katanya kerana matlamat tidak jelas.

Hati tidak ikhlas.



Satu persatu orang melepasi.

Hanya melihat atau teruskan berlari?



Yang melambatkan bukan batu-batu di jalanan.

Tapi keajaiban yang selalu diangan-angan,

tanpa usaha bak segenggam tangan.



Ya Allah, kuatkanlah!

Pembelajaran ini adalah untuk ummah.

Kalau dulu yakin ingin berubah,

kenapa kini hilang hammassah?



Ingat, dihujung perjalanan,

ada dunia dan syurga.

Seorang muslim tidak hilang keduanya.

Menguasai realiti akan membuatkan fantasi mengikuti.



Yang mana satu realiti di matamu,

dunia atau syurga Yang Satu?






"...dan janganlah kamu lupa akan bahagianmu di dunia.."
(Al Qasas: 77)


Chaiyokk!