Friday, September 25, 2009

Kekecundangan yang menghinakan.

Ya Allah..

Jangan ambil nyawaku lagi. Banyak yang perlu aku perbaiki. Sering kali diri ini mengulangi kesilapan yang telah ditekad utk tidak mengulanginya. Tapi hakikatnya, kecundang! Jatuh dengan nafsu, kalah beberapa kali. Aku cuba bangkit. Dengan azam baru, berbekalkan tarbiyah Ramadhan dan senjata solat yang aku amalkan 18 tahun. Tapi tetap begitu!

Lemahnya diri ini!

Adakah ini bermakna solatku selama ini sia-sia? Janjiku pada Tuhan selama ini janji munafiq? Munafik itu letaknya di neraka paling dasar! Aku tak sanggup, namun disaat melakukan dosa, aku sering kali insaf dan sedar setelah melakukan kesilapan. Tidak mentadabbur ayat-ayat cinta Ilahi yang berpesan untuk berfikir dengan hati, melihat dengan mata, dan mendengar dengan telinga!

Sampai bila?

Ya Tuhan. Biar apa yang kucoretkan ini menjadi lagi saksi terhadap tekadku untuk berubah, selain kata-kata yang ku ungkapkan seringkali di masa dahulu. Biar bertambah saksi agar bertambah ketakutanku terhadap balasanmu kelak. Biar bertambah saksi agar byk yang menyokong perubahanku tatkala bertemu dengan Mu kelak. Biar yang membaca coretan ini juga menjadi saksi azamku yang telah beberapa kali gagal dicapai, bukan kerana Allah tidak memberi hidayah, bukan kerana Tuhan tidak sayangkan aku, tapi kerana aku. Aku yang JAHIL, BUTA, PEKAK dan TULI!

Seringkali aku angankan, menjadi hambaMu yang terbaik. Tapi dengan kesalahan yang kuulangi, anganan itu jauh. Jauh dari perjalanan yang sedang ku lalui. Banyak yang perlu diperbaiki. Banyak dosa yang perlu ku taubati. Banyak noda yang perlu ku bersihkan. Banyak senjata yang perlu ku bina untuk menepis segala macam godaan. Dari manusia dan nafsu bertuhankan syaitan!

Kini aku inginkan anganan yang lebih hampir. Aku ingin menjadi hambaMu yang paling kerap bertaubat!

Ya Allah....panggillah aku menghadapMu sebagai hambaMu, di hari Kiamat kelak.

Amin.

No comments:

Post a Comment