Jasa beliau. Sudah tiada masih meninggalkan jasa. Satu persatu kes sebelum ini hampir terungkai. Sekurang-kurangnya adalah bukti-bukti yang boleh membawa kepada penyiasatan seterusnya. Terbela nasib mereka kerana kes terakhir ini melibatkan Sosilawati.
Sampai bila kerja-berdasarkan-nama nak berlaku? Kalau pergi mana-mana pun, bila customer atau victim tu orang ternama, ada pangkat ada harta, kerjanya serba perfect. Disediakan satu persatu, dan dibantu selagi boleh, dihalalkan segala yang haram, disembunyikan segala salah. Biar semua nampak sempurna. Hasilnya, yang hak tak diletakkan ditempatnya, tertindas dan tak terbela. Come on..buatlah double standard macam mana pun, yang pasti paling mulia nanti depan Dia yang paling bertaqwa.
Sebenarnya bukan nak cakap pasal ni. Nak cakap pasal adik beradik peguam yang kejam dah macam zionis. Dah macam bukan manusia. Macam mana manusia boleh bertindak macam bukan manusia? Pastu manusia tahu pulak tindakan tu dah bukan manusia..
Bukan apa, pergi raya rumah kawan-kawan umi, asyik cakap pasal benda ni.
Dalam kereta pun. Umi tak habis-habis terbayang perbuatan kejam penjenayah tu. Boleh dia cucuk leher dengan besi sampai tembus. Pastu pukul dengan kayu baseball pulak. Kalau nak bagi mati tu, bagi mati je lah. Ni serius terseksa macam apa. Terfikir pasal naluri kemanusiaan. Mana limit dia sebenarnya? Diorang macam kena bius, atau makan ubat khayal. Atau
adakah orang macam cerita Unleashed? Orang yang dididik dengan perangai binatang. Kehidupan dia hanya untuk membunuh.. tapi tak.. sampai satu masa, fitrah tu akan memunculkan dirinya, manusia itu akan sedar dan berfikir...kan? Memang ada limit untuk naluri kemanusiaan. hmm.
First, terfikir. Islam memang datang untuk menjaga fitrah manusia. Tanpa panduan, memang ikut nafsu dan perasaan, cara bunuh seseorang tu boleh jadi brutal sebrutal-brutalnya. Islam bagi guideline, kalau nak bunuh pun, kita ada cara kita. Dengan ihsan, sesempurna dan sebaik mungkin. Definisi mati semua sama, asal nyawa bercerai dari jasad. So Islam melihat itu sebagai persamaan kepada semua kematian. Jadi takde rugi kalau ikut cara Islam, matlamat memang tercapai. Cuma caranya diperbaikkan sebab Islam ambil kira semua aspek yang terlibat dalam kematian tu. Kalau kita orang yang membunuh, mungkin puas sikit kalau dapat buat sesuka hati. Tapi kalau kita orang yang dibunuh, atau keluarga si mangsa, kita nak diperlakukan macam tu? Ha, sampai bab membunuh pun Islam masih mementingkan keadilan.
Dalam artikel yang ditulis diatas, ada paragraph yang tulis:
contohnya dalam kes pembuangan bayi, orang yang melakukan perbuatan berkenaan sememangnya tidak berperikemanusiaan. Sudahlah sebelum ini mengamalkan hidup bebas bagaikan sekumpulan haiwan, apabila hamba Allah itu 'terbentuk' akibat keseronokan sementara mereka, maka bayi itu dibunuh atau dibuang di merata-rata. Tetapi apa hukuman yang berat menanti mereka? Tidak ada! Yang ada hanyalah hukuman penjara. Kita mungkin marah, geram dan sedih apabila melihat mayat bayi yang tidak berdosa itu dicampak ke dalam tong sampah, dihumban di dalam lubang tandas, dibaling ke dalam parit atau ditinggalkan di surau atau rumah orang sehingga ada antaranya digonggong oleh anjing tapi apa boleh buat? Kita tidak tahu di manakah silap sehingga jenayah ganas dan kejam semakin meningkat tetapu ia adalah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Naluri kemanusiaan yang semakin tipis boleh mendorong manusia melaksanakan tugas iblis dan syaitan di muka bumi ini..Kes sosilawati dan buang bayi adalah buktinya! (Mingguan Malaysia, 19 September 2010).
Kedua, tentang hukuman. Penulis ni mungkin menulis dengan mengambil kira interest semua pihak. Tapi nak katanya, kita hanya ada satu hukuman? kita yang MEMILIH untuk menggunakan satu hukuman yang kononnya nak senang, bagus dan adil, tapi sebenarnya membuatkan yang bersalah tidak diadili sepenuhnya dan sebaiknya, yang menjadi mangsa tidak dibela dengan pembelaan yang sepatutnya. Tidak ada hukuman? kita yang TIDAK MENGADAKAN hukuman tu. Kan dah cakap, Allah tahu to some extend we will go beyond the nature of human! So Dia dah bagi amaran awal-awal, learn from the past, and uphold My rules! Hukuman Allah dah tetapkan, apa yang sepatutnya, baik untuk kes Sosilawati atau kes buang bayi.
Ya, hukuman hudud.
Orang sebok dok cakap hukuman yang Allah tetapkan ni zalim! Sekarang, bila dah berlaku macam ni, siapa yang zalim? Betul Allah cakap, Kami tidak menzalimi mereka, bahkan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri! Kita yang menzalimi diri kita, membuatkan jenayah macam ni berlaku, menzalimi mangsa yang tidak dapat dibela, terus membiarkan yang tak bersalah dizalimi. Dizalimi dengan apa? Dengan CARA HIDUP YANG KITA PILIH.
Tak nampak ke, pendekatan Islam ni banyak yang preventive measures. Sebab bila dah terjadi, everything will be out of control! Macam sekaranglah! So, untuk masa depan, stop every action that contributes to the problem even an inch, even a tiny hole.
BTN
Apsal tetiba topik ni? Jalan-jalan baca suratkhabar yang sama, terjumpa pulak artikel yang memetik perenggan ni :
Teringat BTN lah paling! Mula-mula kena baca 2, 3 kali ayat ni..nak faham apa sebenarnya yang dia maksudkan? Selari ke tak dengan apa yang ana faham tentang konsep bernegara? Yang nak disebut, semangat patriotisme yang nak ditanam, tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Ana tak ingat tajuk artikel ni apa, tapi antara huraiannya:
Apabila saya membangkitkan isu minggu lalu, ramai yang sinis. Bahasa kebangsaan bukanlah asas kepada patriotisme, seolah-olah tidak ada kaitan dengan Islam. Inilah pemikiran yang langsung tidak pernah mahu bersyukur. Sengaja tidak mahu faham apakah maksud patriotisme yang sebenar? Mereka masih mahu menafikan bahawa cintakan negara atau mengutamakan agenda besar negara adalah satu kefarduan sepertimana kita menjaga ibadat kita. Jika negara kucar kacir, atau tidak aman, apakah kita boleh beribadat dengan sempurna? Jika ibadat itu adalah asas dalam beragama, maka semangat patriotisme adalah asas kepada kehidupan bernegara, tidak dapat dipisahkan dengan Islam. (Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Mingguan Malaysia, 19 September 2010.)Ana ingat, sewaktu sesi permainan BANK (Bangsa, Agama, Negara dan Kerajaan). Semua orang perlu rate ikut duit yang ada, 20sen, 10sen, 5sen, dan 1sen. Ranking tu berdasarkan kepentingan. Ana buat 2 rank, satu dari segi kalau keadaan darurat, mana satu yang akan digadaikan dahulu (Agama last), lagi satu kalau nak bangunkan tamadun, mana satu yang paling diutamakan (Agama first). Tapi bila tanya, ana bagitahu yang kedua. Disebabkan dalam kumpulan ana tu, semua orang sepakat agama yang pertama, so fasilitator tak banyak buat soal jawab. Kumpulan lain, ada yang jawab negara dulu, jadi, adalah perdebatan dan soal jawab berlaku. Yang pertama apa sebenarnya?
Lagi satu sesi, rating pendidikan, politik, ekonomi dan sosial mengikut kepentingan. Ana pilih pendidikan, dan ramai juga sependapat. Ada segelintir dalam kumpulan yang pilih politik, dan seorang lagi ekonomi. Tiada yang pilih sosial. Malam tu, waktu diminta berdebat, fasilitator tu kelihatan berat menyokong yang politik. Malah, dalam kumpulan lain yang telah melalui sesi ini terlebih dahulu, katanya jawapan yang diberikan memang politik. Jawapan anda pula?
Panas...panas...panas. Kalau bab-bab panas, ana suka jadi orang yang utama naik suhu. Kenapa ek? Seriously, ana tak setuju dengan pendirian mereka.
Politik adalah utama kerana ia kuasa. Dengan kuasa, kita boleh membuat perubahan, mentadbir negara, dan sebagainya. Pendidikan pula, asas pembinaan individu, untuk tahu mengawal politik macam mana. Mereka nak kata, pentingnya kita mempertahankan kuasa politik, kerana disitu penentu ketuanya adalah kita. Kita yang disebut dari awal program hingga akhir adalah MELAYU. Ana pula asyik bertegas, kita yang sepatutnya adalah ISLAM, samaada orang itu India, Cina atau Melayu, bila kita tahu dia Islam, dia takkan membelot dan pasti lakukan tanggungjawab sebaiknya. Yang perlu hati-hati adalah orang munafiq, fasiq. Orang Melayu sendiri tikam orang Melayu.
Kita dah ada dalam politik berapa lama? Kita MELAYU dah ada dalam politik berapa lama? Adakah kita berkuasa? Siapa yang tentukan hala tuju negara? Ekonomi kita siapa yang kuasai? Antara ketiga-tiga bangsa di Malaysia, siapa yang mendahului sebagai yang paling cerdik? Melayu? Kita ketua selama ni, tapi kita yang kuasai? Tarbiyah pembentuk individu. Akarnya tak kukuh, yang lain kita hebat atas nama je. Dahulukan lah mana yang patut.
Untuk pertahankan kuasa politik pula, fasilitator kumpulan ana membandingkan kerusi BN dan Pakatan. Aaaapeeekaah....?
Bab negara dan agama. Kumpulan lain yang membincangkan perkara ini, ada yang cakap mereka memberitahu, negara adalah lebih utama. Kerana dengan negaralah, agama dapat bertapak. Tanpa negara, agama nak berdiri macam mana? Ohh.. Madinah datang dulu eh baru Islam? Rasulullah datang bina Madinah dulu eh baru sebarkan Islam?
Sebelum kedua-dua sesi ni berlangsung, sebelum tu ada penerangan tentang ketuanan melayu. Perkara 14 tak silap. Ye? Bercakap tentang Melayu lagi, ana terus pertahankan konsep yang sepatutnya berdiri atas nama Islam. Semangat mempertahankan negara itu perlu, tapi atas dasar apa kita perlu pertahankan negara itu, perlu lebih jelas. Kerana Islam menuntut manusia mempertahankan tanah air. Bagi mereka, sekarang kedudukan kita terjejas. Sudah ada kaum yang mempersoalkan ketuanan Melayu, ingin menyamaratakan hak bagi semua kaum, tiada lagi yang istimewa. Kita perlu bersatu dan pertahankan status kita sebagai rakyat peribumi. Negara kita sebenarnya iktiraf ke tak bangsa lain? Kalau iktiraf, kenapa beza-beza status? Itu perlembagaan. Mereka nak ubah perlembagaan kita, mana boleh!
Perlembagaan. Siapa yang buat? Suruhanjaya Reid yang wakil orang Tanah Melayu 2 orang je rasanya. Tak berapa ingat, and the rest were from other countries, British of course. What were they doing with OUR constitution?
Ana teringat macam ada agenda. Dasar apartheid. Itu permulaan dasar membezakan status berdasarkan kaum. Agenda mempersatukan manusia berdasarkan bangsa, kaum. Itu yang buat kita lemah. Kalau berdasarkan agama; Islam, kita boleh bersatu SATU DUNIA, bukan setakat satu Malaysia.
Tolonglah. Just contohi Piagam Madinah. Contohi cara Rasulullah bina negara. Kat situ lagi banyak kabilah-kabilah, puak-puak, dan kaum-kaum berbeza. Hidup aman je! Ada yang istimewa dari yang lain? Yang ditekankan, orang yang paling istimewa hanya yang bertaqwa, and for that matter, only Allah knows.
"La yajrimannakum syana-anu qaumin 'ala alla ta'dilu"
At the end of the day, ana cuma cakap : I love my country, as Islam told me so. Ana yakin, Perdana Menteri kita sekarang sedang mencuba sedaya upaya untuk membina negara ini. Moga Allah memberikan beliau hidayah, dan furqan. Amin.
p/s: Baru terluah tentang BTN disini. Abi dah dengar semua dah :) Baca pasal Sosilawati, timbul tentang ni pula. Sosilawati lagi =.=' . Jangan lupa sedekahkan AlFatihah buat keempat-empat mangsa.