Friday, June 18, 2010

Iman


Bismillah.


Last two weeks, asyik ulang-alik dari rumah ke sekolah, hantar adik-adik. Dan setiap kali itulah cuba perbaiki cara pemanduan. Semua 'senior' kat rumah yang tengok ana drive, semua kata merbahaya. Lambat brek lah, laju sangatlah. Bosan. hehe. Entah sekarang dah ok ke belum.

Dalam perjalanan itu, banyak kali terserempak dengan bas-bas sekolah yang menuju ke sekolah yang sama. One of the buses was named 'Iman Mutiara'. Hm, automatically, the old, famous song Iman Mutiara rhymed in my mind. Lagu tu dah lama, tp mmg tak perlu ia'dah. Once nyanyi, terus bibir mudah je meneruskan bait-bait lagu tu sampai habis. Kenapa entah. And the lyrics is indeed good. Ni salah satu penangan lagu Raihan, it touches the heart than merely the ears.


Iman adalah mutiara
di dalam hati manusia
yang menyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa.

Tanpamu iman, bagaimanalah,
merasa diri hamba padaNya,
tanpamu iman, bagaimanalah,
menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa.
Iman tak dapat dijual beli,
Iman tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki...

jika tidak kembali pada Allah.




Iman memang turun naik, kan? Memang perlu di cas. Tapi paling takut, bila the alarm sounded; "Battery low", And we couldn't find any plug to charge the battery. Some don't even bother the alarm. Ianya satu nikmat, bila ada kesedaran untuk cas iman kita. Tapi bila alarm tu nak berbunyi? Bila baru perasan iman dah di tahap rendah dan perlu dicas?


Time tu hati rapuh. Mudah nak buat dosa. Sukar mencari jalan untuk berhenti meninggalkan. Pause mungkin boleh, tapi betul-betul menjauhi, amat berat. Berat yang kita rasa kerana sayang, berat kerana hati terikat, sayang meninggalkan apa yang sedang dilakukan. Hati terikat dengan dosa. Sakit!. Tapi terus-terusanlah rasa bersalah.

Time ni kalau menangis, sakit dada hanya Allah yang tahu. Sangat sakit sukar bernafas. Sakit lagi bila berkali-kali menghentak diri kerana gagal, rayu pertolongan tapi tidak berasa ditolong. Tapi menangislah, walaupun belum punya kekuatan untuk benar-benar meninggalkan. Menangis itu salah satu jalan yang bakal memudahkan. Tapi jangan jadikan ia menghalalkan dosa yang dilakukan.

Kalau kita berbuat dosa, tapi pada masa yang sama, berusaha solat sekhusyu' mungkin, belajar kitab2, mencari tazkirah, kemudian kembali membuat dosa. Bila sedar, tutup lagi dengan kebajikan, banyakkan infaq agar Allah hapuskan dosa...lama lepas tu, buat lagi. Macam 'tambah' dan 'tolak'. Dah tambah dosa, kita tolak dengan kebaikan, dengan kebajikan, sampai ianya balance. Balance dalam erti kata penambahan dan penolakan itu berlaku seiringan. Tidak, batil dan hak tak boleh berlaku seiringan.

apa analogi equation ni?

Macam bercouple, tapi bertahajjud.
Tidak menutup aurat, tapi jaga solat dan sentiasa bersedekah.
Tengok porno, mandi wajib dan solat taubat. Esok buat lagi..

sendiri refleklah perbuatan sendiri.

memang "Kebaikan itu menolak Kejahatan", seperti yang Allah sebut dalam AlQuran. Tapi bukan kebaikan itu menghalalkan kejahatan. Jangan salah tafsir.

Virus dosa merosakkan hati berperingkat, dengan permulaannya rasa bersalah. Sehingga rasa bersalah itu ditutup dengan kebajikan tanpa meninggalkan, ia merasa biasa dengan dosa. Nafsu selalunya membawa keseronokan, dosa itu seterusnya dirasakan seronok. Tahap yang kritikal adalah bila menjadi pembela dosa, dan kemudian terjerumus dalam lembah dosa.

Once berbuat dosa, dan rasa bersalah, jangan biarkan rasa bersalah itu lari. Selagi ada, berusahalah untuk berhenti.

Kalau ter ulang lagi, cari lagi rasa bersalah tu, dan teruslah berusaha untuk cari jalan penamat. Jangan sampai kita terkena virus yang setersunya, sebab waktu itu, walaupun dah jumpa plug untuk cas bateri, kemungkinan besar akan berlaku gangguan elektrik pulak. Tapi ingat, Allah akan mudahkan jalan hambaNya yang ingin bertaubat, insyaAllah..



"Jika berlaku suatu dosa ke atas kamu, janganlah ia menjadi sebab
kamu putus asa dalam mencapai istiqamah. Mungkin-mungkin itulah dosa
kamu yang terakhir" - Al-Hikam Ibnu Atoillah


Sentiasalah optimis untuk berubah! Cas iman walau serendah mana pun tahapnya. Allah Maha Penerima Taubat.

Ohh.








I wanna tell you sometimes, it feels like we've killed the world.

Don't wanna leave you with no mercy left at all.

And I don't know when the love will come back to our lives.

Feels like saving the world, saving the world...


You and I.

.....

What can I do?
The choice is yours, is mine.
That's what the last part said.

Enough thinking of just ourselves.
We don't live for us, do we?
There's another life awaits us.

If I go first,
Will I be one of the contributing factors?
Lets act now.
Enough thinking of just yourselves.

Remember, changes don't happen overnight.
It happens gradually.
And we can do our part.
I can do my part.

.....


I wanna tell you sometimes, it feels like we've killed the world.

Don't wanna leave you with no mercy left at all.

And I don't know when the love will come back to our lives.

Feels like saving the world, saving the world...

You and I.

we save the world, tonight.



Thursday, June 3, 2010

Dibutakan, ditulikan, dipekakkan, dikudungkan, dan dilumpuhkan.






Bismillahirrahmanirrahim.


Itulah dunia.

dan seluruh isinya.




Siapa dia? Rachel Corrie. Sekarang, salah satu kapal Aid Flotilla dinamakan MV Rachel Corrie to honor her. Kalau Palestin isu umat Islam sahaja, ini takkan berlaku.

.....

orang Indonesia yang melaungkan isu Palestin yang kanak-kanak dibunuh, wanite dirogol, isi penjara diperlakukan serupa binatang, semuanya hanya propaganda untuk meraih simpati dunia.. (klik sini) ..apa yang kita buat?..

.....

Kem Sabra dan Shatila



Dosa Israel 16 September ini berapa ramai yang tahu? Mungkin dah lama pada 1982. Namun 3000 rakyat yang DIBUNUH dengan KEJAM, pembelaannya terbang dek angin begitu sahaja kah? 11 September yang dirancang, tiada siapa yang lupa. Ada ulangtahun memperingati lagi tu..

.....

Marwa El-Sharbini - ditikam 18 kali dalam mahkamah. Ada siapa yang ambil peduli kenapa?


.....

kita.

dibutakan, ditulikan, dipekakkan, dengan hal-hal ni.
Tidak ambil peduli.
Receptor dalam badan semua dah tak rasa apa-apa.
Dibius tanpa sedar.


Ada yang cucuk ubat bius sendiri.



Terus menyumbang. Ada yang bila hal palestin hangat kembali, ubat bius dah hilang. Dan bila berita hilang tanpa liputan media, buat tak tahu. Agaknya bila ibu sendiri, isteri sendiri dirogol dan anak diperlakukan sesuka hati, diri sendiri ditangkap dan diseksa tanpa pembelaan BERTAHUN-TAHUN, baru nak sedar.

Dikudungkan, dan dilumpuhkan dari terus membantu!


Terus ikut telunjuk mereka, buat itu dan ini, baru lah zaman moden! Barulah up-to-date! Hingga tak kenal keturunan sendiri. Semua dah dibius. Tak berperasaan!



Inilah yang berlaku.

Bila semua orang terus..

..dibutakan, ditulikan, dipekakkan, dikudungkan dan dilumpuhkan..

dari menilai mana yang haq dan batil.





Wallahu a'lam.

Wednesday, June 2, 2010

Salah.




Bismillahirrahmanirrahim.



Mula-mula, nampak Kak Yah tulis kat kertas Di DQ. Tak perasan sebelah D tu ada titik. Pelik, kenapa DI DQ pulak, daurah ni bukan kat DQ pun buat. Lepas tenung-tenung kertas tu baru perasan, D.i DQ tu maknenya Daurah Intensif Darul Quran. Memang pun. Daurah ni khas untuk usrah Darul Quran je, takde gabungan usrah lain. Selalunya daurah ni kan ramai-ramai. Cukup-cukup kami ber-sembilan je yang ikut dari awal hingga akhir. Buat selama 2 hari 2 malam, mula malam 26 Mei, hingga petang 28 Mei. Malam 28 tu pulak straight ada Mukhayyam 2010 M01&02 hingga 30 Mei. Puas!

Malam first tu ada talk, Ush Taha yang bagi. Tentang 'Benar dalam Berdakwah'. Ada beberapa yang disebut, and then, mesti tanya, " Antum mesti dah lalu yang ni sebelum ni..". Erk. Ada yang angguk, ada yang tak. Dan yang 'tak' tu...heh, ana lah.

Bab-bab berdakwah ni, ana InsyaAllah faham, tapi tak banyak ilmu. Selalu terfikir tentang benda ni.. Daurah intensif yang compile kan as many input yang boleh (sebab kitorang memang dah ketinggalan setahun setengah tarbiyah yang begini) adalah DAURAH PERTAMA ana. Jahil kan?

I mean, untuk orang yang berada di sekolah Islam, MGB pulak tu, selama 8 tahun, tak pernah sekali pun di 'daurah' kan..

I mean, memang la lagi ramai orang kat luar yang tak pernah dengar pun daurah - ni kira untung walaupun kali pertama. Ye..ana tahu.

I mean, dalam kalangan ahli usrah ana, kawan-kawan SMIH atau sekolah Islam lain yang ana bergelumang bersama mereka, ana JE yang tak pernah ikut daurah...

I mean, I really don't have any picture of how a 'daurah' is..

I mean, bercakap bagai nak rak, tapi setahun setengah lepas keluar sekolah baru kenal DAURAH? kebanyakkannya, bila dah keluar lah ditinggalkan daurah kerana terjumpa 'tarbiyah' yang lebih ngam dengan diri agaknya.

Whatever. But I am jahil.

Waktu datang daurah ni, mula-mula nak menetapkan niat.. Ya Allah..banyak salah ana. Berpeluang duduk bersama ahli usrah, sahabat-sahabat yang jauh lebih baik, rasa macam mereka lebih layak mendapat tarbiyah ni. Ana berada bersama mereka, tapi tak pernah setanding dnegan mereka (I mean, bukanlah nak bertanding, tapi menjadi seperti mereka. Selalu tak jadi. Ada je salah ana yang lebih dari mereka..) macam sangat kecil..jauh..dan hina untuk duduk bersama.

"Takpe, Jannah.. Ambil je sebanyak mana kebaikan yang anti boleh dapat dalam daurah ni, dan jadi yang terbaik anti mampu. Takpe kalau diulang kesalahan yang lalu, teruskan usaha untuk memperbaiki. Takpe kalau mereka lebih baik, jadi je yang terbaik anti mampu. Takpe..Ya Allah..pandanglah aku.."

Memujuk diri. Air mata mengalir di pipi. Allah.. (apsal nak sedih sgt ni? Emo lebih pulakk.)

Esoknya pegi Batu Pahat. Lepas IPK separuh di Johor Bahru..separuh lagi sambung di Batu Pahat, tentang durus wa ibar dari hadith ghulam..

sampailah pada part ghulam jumpa binatang yang menghalang laluan orang ramai, lalu dibunuhnya setelah berdoa, dan dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Antara pengajaran yang dapat daripada penerangan kejadian yang berlaku adalah tentang penyakit hati. Dan perkara yang termasuk dalam penyakit hati adalah mencela diri sendiri.

menjadi hina, dan merasa diri itu hina, boleh..tapi tidak sehingga mencela diri sendiri.

"peliklah, macam mana orang mencela diri sendiri?..ada ke orang nak cela diri sendiri?"
"mungkin sampai men'describe' diri dengan perkataan yang terlalu keji, macam cakap 'aku ni bodoh, bengap' dan seumpamanya.."
"oh..ye?"
"takpun macam ni..seseorang tu mendedahkan aibnya sendiri untuk diketahui umum, sama ada berniat untuk merendah diri, atau berniat supaya orang simpati terhadapnya lalu memberikan beberapa kelebihan seperti mengangkatnya menjadi ketua atau supaya orang mengambil pelajaran dan tidak mengulanginya sepertimana dia, dan sebagainya boleh jadi kerana kagum dengan perubahan yang telah dilakukan (kerana ketika dia mendedahkan aibnya, tentu dia telah berubah). Tapi dengan tujuan apa pun, kita tak boleh mendedahkan aib sendiri. Kan Allah sendiri menyuruh kita menutup aib kita dari diketahui orang.."

PEEENNNNNNNNNNNNNNGGGGG! Orang yang mendengar si berilmu itu mengeluarkan pendapat tentu terdapat bayangan wajah seorang yang bernama 'Jannah' di minda mereka.

Aku salah lagi.

"oh..ke yang macam Jannah selalu cakap tu..ape dah...?..hina, keji dan kotor?"

Aku salah lagi.


..........................................

Memang kan, sya. Ana selalu cakap ana ni hina, keji dan kotor. Start nye bila dah eh? oh...time ana confessed everything to you..It was wrong, right?..ana mula terkeluar perkataan tu dari lidah ana, menggelarkan diri sedemikian rupa, sebab ana sedar, ana mengulangi kesilapan yang ana pernah buat dulu. Hm. Which everyone already knew it, cause I announced it. Duh. Salah lagi.

Senior ana, Saiful Islam, pasti ingat lagi, ketika lepas berkempen, dia menegur ana.. "Kenapa cakap macam tu?" Ana tak ingat ana jawab apa..

Yes. Memang ciri-ciri orang bersalah, berpenyakit hati yang disebut tadi ada pada ana. Seluruh warga Hidayah - I mean, pelajarnya - tahu, ana pernah buat salah. Ana cerita ketika berkempen, dengan tidak mendedahkan nama sendiri supaya orang tak vote. Rupanya salah. Tak kena gaya, dan salah tempat.

Satu je, yang ana yakin kenapa ana berbuat begitu. Ada sahabat ana yang tahu tentang perkara tu, dan beberapa orang junior, senior banin pn ada yang tahu...kot. Tak pun ana penah tersasul dengan seorang senior banin jugak. Ana cuma khuatir cerita itu disebar di belakang ana, dengan mungkin ditokok tambah. Orang yang bercerita juga boleh jadi pelbagai. Ada yang mungkin di hati berasa kagum, bercerita pada yang lain untuk dijadikan contoh. Mungkin juga yang bercerita itu punya hasad dalam hati. Ada juga mungkin saja untuk membuka aib supaya orang tahu siapa sebenarnya dia ni. Semua ni kemungkinan...tak tahu mana satu akan jadi.

Daripada orang tahu dibelakang ana, then ada yang berbunyi.. "oh..macam ni rupanya dia. Tak sangka sungguh!" - baik ana yang bercerita sendiri, mengaku depan semua, yes, ini ana! yang kotor berbuat keji lagi mungkar! Baik korang tahu dulu siapa ana sebelum melantik!

Dan betul, niat kedua ana, supaya orang mengambil iktibar. Sebab ana tahu, ana takkan dilantik, dan ana takkan ada peluang lagi bercakap dihadapan semua, menyatakan isi hati dan harapan kepada warga pelapis sekolah.

Tapi salah.

Yang ana buat semua ni SALAH.

For that, I'm sorry.

Tapi things happened. Ana tak boleh undo. Anyone can't.

Tapi buat apa sorry? Ana tak bersalah pada korang. Bersalah pada diri sendiri.

Jannah : "I'm sorry.."
Diri sendiri : "..."
Jannah : "Sorry..buatkan diri sendiri berdosa lagi. Lepas di lap, di calit lagi, dan lagi.. Sorry, but I can't undo things.."
Diri sendiri : "As long as u breath, keep mending mistakes. Itu maknanya Allah masih bagi peluang..em?"
Jannah : "Thanks..maaf buat diri terseksa.."
Diri sendiri : "Its you who did it. You'll pay for it...kn?"
Jannah : "...."

Siapa yang dah tahu cerita apa yang dimaksudkan di sini..tahulah. Yang tak tahu..biarlah. Ambil pengajaran part 'mencela diri sendiri' tu je. Yang penting, jangan merendah diri hingga mencela diri, membuka aib yang mungkin menjatuhkan maruah sendiri. Ingat, semua orang adalah HINA.




And, if you keep on repeating mistakes, keep on mending them. Until you found the finishing line, to really stop and not to turn back. With TWO things in mind, "I WANT TO STOP" and "I DON'T WANT TO REPEAT IT." Taubat Nasuha. It's hard though, but try. If you fail once, try again. And again. He'll accept it.

Don't stop in the middle, because Allah is giving you the chance. Its you who will take it or leave it or give it up.






Wallahu a'alam.