Bismillahirrahmanirrahim.
Mula-mula, nampak Kak Yah tulis kat kertas Di DQ. Tak perasan sebelah D tu ada titik. Pelik, kenapa DI DQ pulak, daurah ni bukan kat DQ pun buat. Lepas tenung-tenung kertas tu baru perasan, D.i DQ tu maknenya Daurah Intensif Darul Quran. Memang pun. Daurah ni khas untuk usrah Darul Quran je, takde gabungan usrah lain. Selalunya daurah ni kan ramai-ramai. Cukup-cukup kami ber-sembilan je yang ikut dari awal hingga akhir. Buat selama 2 hari 2 malam, mula malam 26 Mei, hingga petang 28 Mei. Malam 28 tu pulak straight ada Mukhayyam 2010 M01&02 hingga 30 Mei. Puas!
Malam first tu ada talk, Ush Taha yang bagi. Tentang 'Benar dalam Berdakwah'. Ada beberapa yang disebut, and then, mesti tanya, " Antum mesti dah lalu yang ni sebelum ni..". Erk. Ada yang angguk, ada yang tak. Dan yang 'tak' tu...heh, ana lah.
Bab-bab berdakwah ni, ana InsyaAllah faham, tapi tak banyak ilmu. Selalu terfikir tentang benda ni.. Daurah intensif yang compile kan as many input yang boleh (sebab kitorang memang dah ketinggalan setahun setengah tarbiyah yang begini) adalah DAURAH PERTAMA ana. Jahil kan?
I mean, untuk orang yang berada di sekolah Islam, MGB pulak tu, selama 8 tahun, tak pernah sekali pun di 'daurah' kan..
I mean, memang la lagi ramai orang kat luar yang tak pernah dengar pun daurah - ni kira untung walaupun kali pertama. Ye..ana tahu.
I mean, dalam kalangan ahli usrah ana, kawan-kawan SMIH atau sekolah Islam lain yang ana bergelumang bersama mereka, ana JE yang tak pernah ikut daurah...
I mean, I really don't have any picture of how a 'daurah' is..
I mean, bercakap bagai nak rak, tapi setahun setengah lepas keluar sekolah baru kenal DAURAH? kebanyakkannya, bila dah keluar lah ditinggalkan daurah kerana terjumpa 'tarbiyah' yang lebih ngam dengan diri agaknya.
Whatever. But I am jahil.
Waktu datang daurah ni, mula-mula nak menetapkan niat.. Ya Allah..banyak salah ana. Berpeluang duduk bersama ahli usrah, sahabat-sahabat yang jauh lebih baik, rasa macam mereka lebih layak mendapat tarbiyah ni. Ana berada bersama mereka, tapi tak pernah setanding dnegan mereka (I mean, bukanlah nak bertanding, tapi menjadi seperti mereka. Selalu tak jadi. Ada je salah ana yang lebih dari mereka..) macam sangat kecil..jauh..dan hina untuk duduk bersama.
"Takpe, Jannah.. Ambil je sebanyak mana kebaikan yang anti boleh dapat dalam daurah ni, dan jadi yang terbaik anti mampu. Takpe kalau diulang kesalahan yang lalu, teruskan usaha untuk memperbaiki. Takpe kalau mereka lebih baik, jadi je yang terbaik anti mampu. Takpe..Ya Allah..pandanglah aku.."
Memujuk diri. Air mata mengalir di pipi. Allah.. (apsal nak sedih sgt ni? Emo lebih pulakk.)
Esoknya pegi Batu Pahat. Lepas IPK separuh di Johor Bahru..separuh lagi sambung di Batu Pahat, tentang durus wa ibar dari hadith ghulam..
sampailah pada part ghulam jumpa binatang yang menghalang laluan orang ramai, lalu dibunuhnya setelah berdoa, dan dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Antara pengajaran yang dapat daripada penerangan kejadian yang berlaku adalah tentang penyakit hati. Dan perkara yang termasuk dalam penyakit hati adalah mencela diri sendiri.
menjadi hina, dan merasa diri itu hina, boleh..tapi tidak sehingga mencela diri sendiri.
"peliklah, macam mana orang mencela diri sendiri?..ada ke orang nak cela diri sendiri?"
"mungkin sampai men'describe' diri dengan perkataan yang terlalu keji, macam cakap 'aku ni bodoh, bengap' dan seumpamanya.."
"oh..ye?"
"takpun macam ni..seseorang tu mendedahkan aibnya sendiri untuk diketahui umum, sama ada berniat untuk merendah diri, atau berniat supaya orang simpati terhadapnya lalu memberikan beberapa kelebihan seperti mengangkatnya menjadi ketua atau supaya orang mengambil pelajaran dan tidak mengulanginya sepertimana dia, dan sebagainya boleh jadi kerana kagum dengan perubahan yang telah dilakukan (kerana ketika dia mendedahkan aibnya, tentu dia telah berubah). Tapi dengan tujuan apa pun, kita tak boleh mendedahkan aib sendiri. Kan Allah sendiri menyuruh kita menutup aib kita dari diketahui orang.."
PEEENNNNNNNNNNNNNNGGGGG! Orang yang mendengar si berilmu itu mengeluarkan pendapat tentu terdapat bayangan wajah seorang yang bernama 'Jannah' di minda mereka.
Aku salah lagi.
"oh..ke yang macam Jannah selalu cakap tu..ape dah...?..hina, keji dan kotor?"
Aku salah lagi.
..........................................
Memang kan, sya. Ana selalu cakap ana ni hina, keji dan kotor. Start nye bila dah eh? oh...time ana confessed everything to you..It was wrong, right?..ana mula terkeluar perkataan tu dari lidah ana, menggelarkan diri sedemikian rupa, sebab ana sedar, ana mengulangi kesilapan yang ana pernah buat dulu. Hm. Which everyone already knew it, cause I announced it. Duh. Salah lagi.
Senior ana, Saiful Islam, pasti ingat lagi, ketika lepas berkempen, dia menegur ana.. "Kenapa cakap macam tu?" Ana tak ingat ana jawab apa..
Yes. Memang ciri-ciri orang bersalah, berpenyakit hati yang disebut tadi ada pada ana. Seluruh warga Hidayah - I mean, pelajarnya - tahu, ana pernah buat salah. Ana cerita ketika berkempen, dengan tidak mendedahkan nama sendiri supaya orang tak vote. Rupanya salah. Tak kena gaya, dan salah tempat.
Satu je, yang ana yakin kenapa ana berbuat begitu. Ada sahabat ana yang tahu tentang perkara tu, dan beberapa orang junior, senior banin pn ada yang tahu...kot. Tak pun ana penah tersasul dengan seorang senior banin jugak. Ana cuma khuatir cerita itu disebar di belakang ana, dengan mungkin ditokok tambah. Orang yang bercerita juga boleh jadi pelbagai. Ada yang mungkin di hati berasa kagum, bercerita pada yang lain untuk dijadikan contoh. Mungkin juga yang bercerita itu punya hasad dalam hati. Ada juga mungkin saja untuk membuka aib supaya orang tahu siapa sebenarnya dia ni. Semua ni kemungkinan...tak tahu mana satu akan jadi.
Daripada orang tahu dibelakang ana, then ada yang berbunyi.. "oh..macam ni rupanya dia. Tak sangka sungguh!" - baik ana yang bercerita sendiri, mengaku depan semua, yes, ini ana! yang kotor berbuat keji lagi mungkar! Baik korang tahu dulu siapa ana sebelum melantik!
Dan betul, niat kedua ana, supaya orang mengambil iktibar. Sebab ana tahu, ana takkan dilantik, dan ana takkan ada peluang lagi bercakap dihadapan semua, menyatakan isi hati dan harapan kepada warga pelapis sekolah.
Tapi salah.
Yang ana buat semua ni SALAH.
For that, I'm sorry.
Tapi things happened. Ana tak boleh undo. Anyone can't.
Tapi buat apa sorry? Ana tak bersalah pada korang. Bersalah pada diri sendiri.
Jannah : "I'm sorry.."
Diri sendiri : "..."
Jannah : "Sorry..buatkan diri sendiri berdosa lagi. Lepas di lap, di calit lagi, dan lagi.. Sorry, but I can't undo things.."
Diri sendiri : "As long as u breath, keep mending mistakes. Itu maknanya Allah masih bagi peluang..em?"
Jannah : "Thanks..maaf buat diri terseksa.."
Diri sendiri : "Its you who did it. You'll pay for it...kn?"
Jannah : "...."
Siapa yang dah tahu cerita apa yang dimaksudkan di sini..tahulah. Yang tak tahu..biarlah. Ambil pengajaran part 'mencela diri sendiri' tu je. Yang penting, jangan merendah diri hingga mencela diri, membuka aib yang mungkin menjatuhkan maruah sendiri. Ingat, semua orang adalah HINA.
And, if you keep on repeating mistakes, keep on mending them. Until you found the finishing line, to really stop and not to turn back. With TWO things in mind, "I WANT TO STOP" and "I DON'T WANT TO REPEAT IT." Taubat Nasuha. It's hard though, but try. If you fail once, try again. And again. He'll accept it.
Don't stop in the middle, because Allah is giving you the chance. Its you who will take it or leave it or give it up.
Wallahu a'alam.
be strong..
ReplyDeleteAllah has accepted you..
He tested you just to lift you..
wanna share one day to me about the campaign? :)
InsyaAllah. We'll have a long session together..
ReplyDeleteInsya Allah.
ReplyDeleteI'll carve that in me..