Bismillah.
Last two weeks, asyik ulang-alik dari rumah ke sekolah, hantar adik-adik. Dan setiap kali itulah cuba perbaiki cara pemanduan. Semua 'senior' kat rumah yang tengok ana drive, semua kata merbahaya. Lambat brek lah, laju sangatlah. Bosan. hehe. Entah sekarang dah ok ke belum.
Dalam perjalanan itu, banyak kali terserempak dengan bas-bas sekolah yang menuju ke sekolah yang sama. One of the buses was named 'Iman Mutiara'. Hm, automatically, the old, famous song Iman Mutiara rhymed in my mind. Lagu tu dah lama, tp mmg tak perlu ia'dah. Once nyanyi, terus bibir mudah je meneruskan bait-bait lagu tu sampai habis. Kenapa entah. And the lyrics is indeed good. Ni salah satu penangan lagu Raihan, it touches the heart than merely the ears.
Iman adalah mutiara
di dalam hati manusia
yang menyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa.
Tanpamu iman, bagaimanalah,
merasa diri hamba padaNya,
tanpamu iman, bagaimanalah,
menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa.
Iman tak dapat dijual beli,
Iman tiada di tepian pantai.
Walau apapun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada Allah.
Iman memang turun naik, kan? Memang perlu di cas. Tapi paling takut, bila the alarm sounded; "Battery low", And we couldn't find any plug to charge the battery. Some don't even bother the alarm. Ianya satu nikmat, bila ada kesedaran untuk cas iman kita. Tapi bila alarm tu nak berbunyi? Bila baru perasan iman dah di tahap rendah dan perlu dicas?
Time tu hati rapuh. Mudah nak buat dosa. Sukar mencari jalan untuk berhenti meninggalkan. Pause mungkin boleh, tapi betul-betul menjauhi, amat berat. Berat yang kita rasa kerana sayang, berat kerana hati terikat, sayang meninggalkan apa yang sedang dilakukan. Hati terikat dengan dosa. Sakit!. Tapi terus-terusanlah rasa bersalah.
Time ni kalau menangis, sakit dada hanya Allah yang tahu. Sangat sakit sukar bernafas. Sakit lagi bila berkali-kali menghentak diri kerana gagal, rayu pertolongan tapi tidak berasa ditolong. Tapi menangislah, walaupun belum punya kekuatan untuk benar-benar meninggalkan. Menangis itu salah satu jalan yang bakal memudahkan. Tapi jangan jadikan ia menghalalkan dosa yang dilakukan.
Kalau kita berbuat dosa, tapi pada masa yang sama, berusaha solat sekhusyu' mungkin, belajar kitab2, mencari tazkirah, kemudian kembali membuat dosa. Bila sedar, tutup lagi dengan kebajikan, banyakkan infaq agar Allah hapuskan dosa...lama lepas tu, buat lagi. Macam 'tambah' dan 'tolak'. Dah tambah dosa, kita tolak dengan kebaikan, dengan kebajikan, sampai ianya balance. Balance dalam erti kata penambahan dan penolakan itu berlaku seiringan. Tidak, batil dan hak tak boleh berlaku seiringan.
apa analogi equation ni?
Macam bercouple, tapi bertahajjud.
Tidak menutup aurat, tapi jaga solat dan sentiasa bersedekah.
Tengok porno, mandi wajib dan solat taubat. Esok buat lagi..
sendiri refleklah perbuatan sendiri.
memang "Kebaikan itu menolak Kejahatan", seperti yang Allah sebut dalam AlQuran. Tapi bukan kebaikan itu menghalalkan kejahatan. Jangan salah tafsir.
Virus dosa merosakkan hati berperingkat, dengan permulaannya rasa bersalah. Sehingga rasa bersalah itu ditutup dengan kebajikan tanpa meninggalkan, ia merasa biasa dengan dosa. Nafsu selalunya membawa keseronokan, dosa itu seterusnya dirasakan seronok. Tahap yang kritikal adalah bila menjadi pembela dosa, dan kemudian terjerumus dalam lembah dosa.
Once berbuat dosa, dan rasa bersalah, jangan biarkan rasa bersalah itu lari. Selagi ada, berusahalah untuk berhenti.
nice entry,jannah. thank you for the post. ;)
ReplyDelete- munirah abdul rahman
Munnn! hee. Alhamdulillah. Tak pandai sgt pun tulis sebenarnya..
ReplyDelete