" Mutiaranya dalam takwil mimpi."
Tersebutlah kisah dalam Al-Furqan (12:36-41)..
Nabi Yusuf telah memasuki penjara atas arahan yang telah diberikan kepadanya. Masuknya Yusuf ke dalam penjara itu bersama 2 orang pemuda. Menurut satu riwayat, dua orang pemuda itu adalah pelayan-pelayan raja; seorang pelayan mengurusi minuman raja, dan seorang lagi tukang buat roti.
Ditakdirkan, kedua-dua pemuda itu telah bermimpi. Mereka pun menceritakan kepada sahabat sepenjara mereka (Yusuf) akan mimpi mereka itu. Salah seorang berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memeras anggur." Dan berkata seorang lagi, "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan oleh burung." Mereka pun meminta Yusuf memberikan takwil (tafsiran) mimpi kerana mereka melihat Yusuf sebagai orang yang pandai mentakwil mimpi.
Yusuf menjawab;
"Sebenarnya, takkan sampai kepada kamu berdua, sejenis makanan yang akan diberikan kepada kamu, melainkan aku dapat menerangkan terlebih dahulu jenis makanan itu sebelum ia sampai kepada kamu. Itulah yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku."
Yusuf menyambung lagi..
"Sesungguhnya aku tidak mengikut agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang pada waktu yang sama, mereka juga ingkar kepada hari kemudian. Yang aku ikuti adalah agama bapa-bapaku (termasuk moyang), iaitu Ibrahim, Ishaq dan Yaaqub. Jadi, tak patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan Allah dengan apa pun. Sebenarnya, ini semua kurnia Tuhan kepada kami dan seluruh manusia..tetapi malangnya, ramai manusia tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya."
Yusuf bertanya kepada mereka, "Hai pemuda, mana sebenarnya yang lebih baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu, atau Allah Yang Maha Esa?" Tanpa menunggu jawapan, Yusuf menerangkan, "Yang kamu sedang sembah sekarang, hanyalah nama-nama yang dibuat-buat oleh kamu dan nenek-nenek moyang kamu. Allah tak pernah terangkan satu apa pun mengenai nama-nama itu. Keputusan itu hanya milik Allah. Dia telah memerintahkan kamu untuk tidak menyembah selain Dia, sebab itulah agama yang lurus. Tapi, ramai manusia tidak mengetahui."
ok..
"Bagi mimpi kamu itu, ini takwilnya. Salah seorang dari kamu akan memberi minum kepada tuannya dengan arak, manakala seorang lagi akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Sekarang perkara yang kamu tanyakan kepada saya telah pun terjawab.."
**********
Begitulah yang tercoret. Lalu dimana mutiaranya?
Tentunya sedar, nabi Yusuf ada menyelitkankan dakwah sebelum beliau terus menjawab pertanyaan pemuda itu.
Dalam kisah ini, ada 3 mutiara yang diselongkar:
- IDENTITI
Salasilah keluarga Yusuf adalah dari keturunan Yaakub yang bapanya adalah Ishaq dan moyangnya Ibrahim. Tika itu, Keturunan Ibrahim dan Ishaq ini amat dikenali, dan disegani oelh masyarakat. Mulanya dia dijumpai oleh kabilah, seterusnya, dibeli oleh Al-Aziz, digoda pula isterinya sehinggalah beliau dimasukkan ke dalam penjara, sedikitpun Nabi Yusuf tidak menggunakan identitinya yang berketurunan mulia itu untuk melepaskan diri. Kalau diikutkan, permulaan dia dijumpai oleh kabilah itu, Nabi Yusuf boleh untuk membongkarkan identitinya bagi melepaskan diri, kan? Tapi tidak. Beliau menggunakan asal usul nya, hanya ketika ada maslahat dakwah iaitu ketika dia ingin memberi jawapan takwil mimpi itu. Tika itu baru diberitahu, keturunannya adalah daripada Ibrahim, Ishaq dan Yaakub.
Pertama: Setiap muslim patut ada rasa diri mereka lebih mulia dari orang kafir. Mulia disini bukan untuk rasa takjub, atau bangga, tp rasa kemuliaan dengan darjat Islam itu membuatkan kita yakin berhadapan dengan yang lain. Yes, mungkin takut berdepan dengan orang kafir, kalau2 mereka bertanya soalan yang kita tidak tahu jawab. Takpe. Balik dan cari lagi ilmu. Tapi smpai kita tidak mahu berdepan dengan rasa rendah diri, itu akan membantutkan penyampaian kalimah Allah. Kita belajar dari kesilapan kan? Kalau tak buat silap, kita jaang ambil pengajaran. Tapi untuk buat silap, bermakna kita perlu cuba. Dan untuk cuba kita perlu yakin. Muliakan diri dengan Islam, dan yakinlah.
Kedua: Bila berdepan dengan orang yang tidak beramal, atau dikategorikan sebagai fasik, jangan sesekali rasa takjub dengan kedudukan mereka (kalau mereka lebih tinggi kedudukan dari kita, spt ketua, yb, dsb), dan jangan juga sombong kerana merasakan diri lebih baik. Tetapi pandanglah mereka sebagai seorang mad’u yang berpotensi. Jangan tunjuk kita ni terlalu rendah diri sampai macam dah tiada harga. Bertindaklah, dan berkelakuanlah secara semulajadi – baik, dan bergaul dengan semua orang. Jadilah diri sendiri walau dengan siapa pun kita berdepan (jgn bila depan YB/ketua, baik, sopan, pijak semut pn tak mati, tapi bila dengan orang biasa, hampeh, hormat pn tak.)
Ketiga: Biar orang kenal akhlak dan kepakaran kita dahulu sebelum orang kenal identity kita yang sebenar. Tunjukkan akhlak yang baik, jgn gunakan identity sebagai ketua pelajar, atau orang JIM, atau anak YB ke, untuk mendapat kedudukan atau penerimaan orang. Sebab bila kita dah mula meng’identiti’kan diri kita, orang dah mula mengklasifikasikan kita, tidak melayan kita seperti biasa. Kalau akhlaq yang baik, semua orang secara naturalnya dapat terima, suka dan selesa untuk bergaul. Biarlah nilai murni itu membuka ruang dakwah kita dengan mad’u. Jadilah orang biasa, santai, dengan cara kita sendiri. Itu juga yang dilakukan Nabi Yusuf apabila beliau bergaul dengan dua pemuda dalam penjara.
- KESEMPATAN
Seseorang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk berdakwah, akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk berdakwah. Macam Nabi Yusuf, dua orang pemuda tu mintak takwil mimpi je pun. Tapi bila akhir tu mereka kata – kami melihat kau termasuk dolongan orang2 yang pandai(mentakwil mimpi) – maksudnya mereka dah ada sedikit kepercayaan berdasarkan apa yang mereka lihat pada perwatakan Nabi Yusuf. Waktu nilah Nabi Yusuf nampak peluang untuk berbicara tentang dakwah, kerana mereka ada tunjuk hint penerimaan.
Gunakan kesempatan yang ada dimana-mana sahaja berada; surau, tempat kerja, masjid, lokaliti, kelas, dsb.
Dalam menggunakan kesempatan ini, ada sikap dalam kita beramal.
Pertama: pendakwah menganggap dakwah sebagai satu penghormatan, bukan beban. Dihormati kerana diberi tanggungjawab ini. Istilah ‘beban’ yang orang selalu guna hanya untuk bagi kita ‘alert’ yang tugas ini penting.
Kedua: terus menerus bermujahadah dalam menyampaikan dakwah. Yakin pertolongan Allah akan datang.
Ketiga: tidak merasa lekeh untuk buat perkara kecil, dan tidak merasa bangga untuk membuat perkara besar. Jangan fikir dapat tolong cuci pinggan tu apelah sangat nak dibandingkan dengan dapat jadi pengarah untuk satu2 program. Kita tak tahu amalan mana yang akan diterima Allah.
Keempat: Sentiasa tawadhu’ dan bersyukur apabila amalan yang kita buat tu dapat menyumbang untuk Islam.
Kelima: kalau secara jemaah, kesempatan tu kita sendiri boleh wujudkan dengan membuat program seperti Islamic Week, Jom Lepak, dsb. Tapi kalau secara individu pula, kesempatan dapat diwujudkan melalui komunikasi berkesan. Sungguhun tika itu kita dalam keadaan tidak bersedia, atau mad’u tidak berminat, tapi dengan cara komunikasi yang betul, dengan riak muka, nada suara dan penceritaan yang semangat, boleh membuka peluang itu.
- UTAMAKAN TAUHID
Mengutamakan pemantapan tauhid dahulu sebelum penjelasan dan perincian cabang-cabang dalam Islam. Dalam dakwah, aqidah diutamakan. Itupun perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah tanpa unsur kebencian.
Lihat, Nabi Yusuf juga dalam menyelitkan dakwah, beliau berbicara tentang Allah yang satu dan dengan menyembahNya, itulah jalan yang lurus. Itu tauhid. Sungguhpun kedua pemuda itu tidak pernah berbual pun dengan Nabi perihal agama.
Antara caranya:
Pertama: elakkan perbincangan tentang masalah khilafiah yang boleh menimbulkan perbincangan yang rumit.
Kedua: seharusnya berupaya untuk membawa isu ranting kepada isu pokok. Seperti berbual tentang akibat, kemudian kaitkan dengan punca dan asbab yang berbalik pada agama.
Ketiga: kebencian didasarkan pada amalan, bukan pelakunya. Nabi Yusuf tetap menerima adik beradiknya setelah apa yang mereka lakukan, bahkan berkata bahawa syaitanlah yang selama ini merosakkan hubungannya dengan saudara-saudaranya.
**********
Inilah kisah Nabi Yusuf bersama dua orang pemuda di dalam penjara. Surah ini masih belum tamat. Kisah Yusuf masih panjang, ketika dia dilantik oleh raja, sehinggalah dia berjumpa semula dengan ayahnya yang disayangi dan adik beradiknya yang dirindui. Banyak lagi mutiara. Semuanya dalam satu surah; YUSUF.
(Coretan dari Majlis Ilmu PaLS, 1 Disember 2009 oleh Dr Hishamuddin Alham dengan tajuknya “Mencari Mutiara Yusuf”.)
No comments:
Post a Comment