Wednesday, December 2, 2009

The Best of the Best; YUSUF.


"Surah Yusuf.punya mutiara disebaliknya.kisah terbaik dari yang terbaik."

Ayat ke3 surah Yusuf: "Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran in kepadamu. dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui."

Surah Yusuf adalah satu-satunya surah didalam Al Quran yang menceritakan tentang kisah seorang nabi iaitu Nabi Yusuf a.s dari awal surah hingga ke akhirnya. Dan antara cerita PALING BEST dalam Al Quran..

Surah ini, kalau dibaca terjemahannya sahaja, kita dah boleh faham jalan ceritanya. Tak perlukan penelitian yang mendalam kerana ayatnya yang straight forward. Dalam kisah Yusuf dan saudaranya ini ada iktibar bagi orang-orang yang bertanya (12:7), yang ingin tahu. Jadi iktibar tu tak semestinya didapati hanya pada orang yang berakal, cerdik pandai, bahkan yang biasa2 pun boleh memahami dan mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf ini.

Perbincangan pada hari ini, dari mulanya kisah Yusuf hingga baginda dipenjara.

Sejarah ringkas, berdasarkan kitab agung, dan sumber2 sahih.
Mulanya dikisahkan apabila anak kecil bernama Yusuf, ketika umurnya dalam lingkungan 8 - 9 tahun, bermimpi melihat 11 bintang (simbolik kepada 11 adik beradiknya, 10 daripadanya berlainan ibu), matahari dan bulan (simbolik bagi kedua ibubapanya) (12:4). Yusuf bercerita tentang mimpinya ini pada ayahnya Nabi Yaakub. Lantas Nabi Yaakub menasihatinya agar tidak menceritakan tentang mimpi itu kepada adik beradiknya yang lain (12:5) krn khuatir akan timbul hasad dengki. Sebabnya, mimpi itu menunjukkan, satu hari nanti, Yusuf akan menjadi yg paling tinggi dari yang lain kerana yang dilihat adalah 11 bintang (which exclude himself).

Tetapi tika ini, mmg adik beradiknya yang 10, tidak termasuk Bunyamin, sudah dengki pada Yusuf, kerana dia lebih disayangi oleh Nabi Yaakub berbanding yang lain. Mereka telah berpakat untuk membunuhnya. Tetapi yang paling tua antara mereka, memberi idea yang lebih bernas - untuk memasukkannya ke dasar sumur(dalam telaga), agar dia dipungut oleh beberapa orag musafir. Tapi macam mana nak senang2 bawak Yusuf kan? Mereka pun memujuk ayahnya, nak bawa Yusuf bermain2 bersama dan akan pasti menjaganya (12:8-11). Ayahnya risau, takut dimakan serigala, tapi akhirnya setelah diyakini, pergilah juga Yusuf bersama adik beradiknya. Mulalah rancangan mereka untuk memasukkan Yusuf ke dalam sumur.

Lepas tu, macam mana nak bgtau Nabi Yaakub?

Mereka pulang dalam keadaan menangis, dan mulalah mereka cerita yang mengatakan mereka pergi bermain kejar2 dan tinggalkan Yusuf dekat barang-barang mereka. lalu dia dimakan serigala. Mereka bawa bukti juga - iaitu baju Yusuf yang dilumur dengan darah palsu (12:15-17). Apa reaksi Nabi Yaakub?

Nabi Yaakub bersedih, tetapi dia tahu Yusuf masih belum meninggal. Atas 2 sebab:
1) Mimpi Yusuf akan menjadi kenyataan. Yusuf akan diangkat diantara adik beradiknya itu nanti.
2) Baju yang dibawa sebagai bukti itu, tiada kesan koyak.

Apa pula yang terjadi pada Yusuf?
Sebuah kabilah telah melalui telaga itu dan berhajat untuk mengambil air. Lalu terjumpalah si ghulam (Yusuf), diambil dan dijual sebagai hamba. Jualnya dengan harga murah je, sebab:
1) Nak cepat orang beli. Nanti lama2 orang tahu yang ghulam tu dijumpai, bukan milik mereka.
2) Yusuf tatkala itu hanyalah seorang ghulam (budak kecil).

Yusuf telah dibeli oleh Al-Aziz (seperti yang disebut dalam Al Quran) atau ditafsir sebagai ketua polis kepada raja zaman itu. Isterinya berhajat untuk memeliharanya kerana mungkin bermanfaat atau boleh dijadikan sebagai anak.

Apabila Yusuf telah meningkat dewasa, telah diajarkan kepadanya hikmah dan ilmu. Lingkungan umur Nabi Yusuf tika ini ada 30 - 40 tahun. Mulalah kisahnya digoda oleh isteri Al-Aziz itu (nama Zulaikha tidak disebut dalam Al Quran mahupun Hadith secara jelas. Ianya bersumber dari kitab israeliat). Apabila bajunya yang terkoyak dari belakang membuktikan Yusuf tidak bersalah, Al-Aziz pun meminta Yusuf merahsiakan hal ini, manakala isterinya pula seharusnya memohon ampun atas dosanya.

Habis, kenapa Yusuf dipenjarakan juga?

Kisah isteri Al-Aziz menggoda Yusuf ini telah tersebar dalam kalangan penduduk wanita di kota. Maka, isteri Al-Aziz memanggil wanita-wanita itu, dan memberi mereka pisau untuk memotong. Ketika itu, dia menampakkan Yusuf dihadapan mereka, lalu terpotonglah jari (atau terluka) kerana terlalu terpesona dengan cantiknya rupa paras Yusuf (mesti handsome bangat!). Isteri Al-Aziz berkata:

"Inilah dia orang yang kamu mencela aku kerana tertarik dengannya dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
(12:32)

Ketika ini, ternyatalah bahawa Yusuf tidak bersalah. Namun Nabi Yusuf harus dipenjarakan juga untuk beberapa waktu bagi menutup malu, supaya nampak bahawa yang bersalah adalah Yusuf dan orang tidak membicarakan lagi hal ini (12:35).

Maka, Nabi Yusuf a.s dipenjara untuk 7 tahun lamanya.
Tika ini juga dia masih terpisah dari ayahnya - menjadi 20/30 tahun lamanya!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa 'mutiara' Yusuf setakat ini?

1) Dari awal nasihat Nabi Yaakub kepada Yusuf agar tidak menceritakan perihal mimpinya kepada adik beradiknya yang lain - Apabila kita menerima sesuatu nikmat, mendapat kelebihan yang lebih dari orang lain, seharusnya tidak diheboh-hebohkan, dan tidak dibangga-banggakan. Kerana itu pastinya menimbulkan hasad dengki, baik sesama keluarga, sahabat dsb.

2) Hasad dengki membawa kepada keburukan yang lebih dahsyat. Kerana dengki, adik beradiknya mula merancang untuk membunuh. Setelah dibunuh, ditipunya pula ayah mereka sendiri. Hal ini membawa kepada pertelingkahan yang menggugat kesatuan. Dengki puncanya hati. Hati harus dipandu.

3) Jual beli atas barang yang bukan milik kita, asalnya tidak sah, bukan? Tetapi kerana ketidaktahuan, tanpa rasa was-was, jual beli itu menjadi sah. Begitulah yang berlaku pada Yusuf yang dibeli oleh Al-Aziz daripada kabilah sungguhpun Yusuf ketika itu bukan milik mereka. Al-Aziz tidak tahu ghulam itu dijumpai, dan tidak pula merasa was-was dalam urusniaga itu. maka jualbelinya adalah sah.

4) Bolehkah seorang bapa, atau ibu, menyayangi anaknya seorang melebihi dari yang lain? Hal ini dilakukan oleh Nabi Yaakub sendiri. Tetapi lihat dasarnya. Nabi Yaakub menyayangi Nabi Yusuf dan Bunyamin kerana akhlaq, tingkah laku dan peribadi yang baik, murni dan tulus. Ianya adalah hakikat sayang, suka pada yang baik, suka pada yang kearah kebaikan. Sayang itu natural. Akan pada setiap manusia. Jadi kepada anak-anak, untuk menjadi anak yang disayangi, bersikaplah yang baik. Namun perlu diperhati, yang lainnya bukan dibenci, masih sayang. Hanya lebih sedikit pada Nabi Yusuf dan Bunyamin. Mereka tidak dilebihkan dari segi material, hanya tahap keprihatinan.

5) Apa pengakhiran 10 adik beradik Yusuf yang pendengki itu? Ada sumber mengatakan mereka diangkat menjadi nabi. Hakikatnya pada akhirnya mereka berubah dan mengaku mereka dari kalangan orang-orang yang bersalah (12:97). Jadi, kita tidak boleh judge orang ketika dia melakukan kesilapan, kemaksiatan atau dosa. Pengakhiran sebenar seseorang manusia adalah sebelum ia meninggal dunia. Oleh itu, jika terlihat yang melakukan dosa, sama2 membimbing, bukan terus membenci dan tidak lagi bergaul kerana khuatir terjebak atau terkena 'tempias' kesalahan mereka. Penghakiman amalan seseorang yang terbaik pastinya dari Allah. Itu bukan tugas kita untuk menghakimi.









~mari selongkar lagi mutiara Yusuf..


No comments:

Post a Comment