Monday, August 15, 2011

Aku Bekerja



بسم الله الرحمن الرحيم


In this post,
I officially declare myself working as Herbalife Independent Distributor.






Bukan nak bercerita pasal Herbalife.
Nak cerita pasal kenapa yang macam-macam.
Hanya nak berkongsi perasaan saya selama saya berada bersama dengan syarikat ini. Kalau rasa macam ini cara halus untuk mempromosikan produk, sukahatilah. Tapi kalau hati dah mula bibit-bibit tidak puas hati (ceh. baru mula dah tak puas hati) macam 'inilah Melayu dungu nak cepat kaya tau nak duit bagi makan orang kapir' , dipersilalah meninggalkan blog ini dengan segala hormatnya. Peace.


Firstly, kenapa nak bekerja?
Sebagai student, tak lain tak bukan nak extra income lah. Boleh buat beli baju baru, makan mewah2, beg baru, tukar-tukar handphone ke.. At least taklah macam sesetengah budak tak sedar diri beli macam-macam tak ingat makan duit orang melalui biasiswa yang die dapat tuh. Tak rasa bersalah langsung guna bersuka suki dengan duit cukai rakyat bayar yang ada setengah nak bayar tu guna peluh sebaldi. Susah ok. Jangan bersenang-senang dengan duit yang orang cari susah-susah.


Tapi saya insyaAllah, taklah nak guna duit sebegitu rupe. At least ada lah duit cover tambang pergi balik rumah ke, tak payah fikir-fikir boleh sponsor program (reunion batch ke, program uni ke) rm500 ke..rm100 pun dah cukup, dapat belikan hadiah untuk adikberadik+makbapak yang best-best mahal-mahal harga yang original (bukan sebab sale atau lelong atau macam reject shop), dapat monthly derma Aqsa Sharif rm100 sebulan ke, dapat biaya sorang anak angkat Palestin ke, dapat derma online untuk Somalia, untuk Jepun atau mana-mana of victims natural disaster ke, takpayah mintak duit topup dari Abi lagi (duit topup pun mintak bapak ke? hehe. kadang-kadang kalau dah kering sangatlah), boleh buat haji sebelum tumbuh sehelai pun uban, sebelum muka berkedut2 ke...kan? Best tak kalau boleh buat semua ni masa umur kita 20-an. Hidup memang taktahu berapa lama lagi kan..so kalau ada peluang boleh buat cepat-cepat, why not? Saya memang nampak keupayaan itu dalam bisnes Herbalife ini.


Kenapa pilih yang MLM?
Takde nak memilih pun..mana-mana kerja pun ok. Asal dapat extra income. Tapi dah peluang ni datang dulu. Dah datang 2 tahun lepas lagi.. sebenarnya, kalau ikutkan, orang Herbalife (student) yang dah 2 tahun dalam bisnes ni, sekarang dah income lebih 10k, dengan hanya part time. Tapi saya, lepas 2 tahun baru nak mula bisnes... =.='


Kenapa lambat?
Sebab marketing plan die yang guna MLM ni lah! Saya pun agak ragu-ragu pada mulanya. Yelah kan banyak MLM yang menindas orang je. Goyang kaki senang-senang dapat duit dari usaha orang lain. Baaaanyak cantik! Kalau ikut fatwa Malaysia, jual beli cara MLM adalah harus dengan syarat-syarat tertentu. Fatwa Mesir pula haram terus. Juga ada sebab-sebab tertentu. Yang paling basic sekarang adalah kena ikut cara jual beli yang halal dan benar menurut Islam. Sumbernya, caranya, barangnya, takde riba dan penipuan, dan tiada unsur-unsur duit atas angin. Jadi, apa yang menyebabkan saya yakin dengan bisnes ni (2 tahun mengkaji tuhh. cewaah) :


1. Saya menjual produk, bukan keahlian ok.
2. Kalau awak masuk register bawah saya pun, saya tak dapat satu habuk pun dari bayaran pendaftaran awak tu, semuanya company dapat. Logiklah kalau company dapat, sebab orang-orang tu semua berdaftar dengan company, bukan saya.
3. Duit yang saya dapat hanyalah keuntungan penjualan produk semata-mata. Tak jual produk, tak dapat untung, takde duit. Tak kiralah banyak mana pun orang yang berdaftar bawah awak.
4. Pendaftaran yang dibuat tu, langsung tidak merugikan. Company dapat duit, awak terus layak dapat diskaun 25% daripada harga produk sampai mati. Beli seciput pun dapat diskaun, beli selori lagi besar diskaun.
5. Logiklah kan, kalau beli borong, dapat lagi murah. Macam Herbalife jugaklah. Yang lebih bestnya, dapat murah tu, sampai bila-bila walaupun next month atau pembelian seterusnya dah tak beli borong. Saya hanya akan dapat untung kalau diskaun saya lebih tinggi dari diskaun awak. Kalau diskaun sama, saya beli pun harga sama, jual pun harga sama, mana untungnya? Saya hanya dapat jual produk, dan untungnya adalah........awak semakin sihat! Diskaun tertinggi dalam herbalife adalah 50%. Over la kalau nak 100%, bukan awak buat sendiri produk tu pun, tolong jualkan aje. Tu pun untung awak dapat tu pun dah kira baguss.
6. Saya hanya boleh dapat royalti untuk downline 3 level pertama sahaja. Level keempat dan seterusnya dah tak dapat. So kalau ada downline ke 100, takde maknanya saya dapat untung apa-apa dari mereka. So takde maknanya kalau nak dapat duit cari orang banyak2. So takde lah duit atas angin dengan jualan ntah sapa2 kat bawah tu kan.
7. Untuk naik level (untuk dapat bonus pulak), kena pastikan orang bawah kita berjaya jugak. Dalam kata lain, lahirkan leader. Kira ni pun kena memimpin gak lah. Kalau orang bawah terkontang kanting, tau nak buat orang jadi ahli aje, tak boleh berjaya. Nak berjaya sorang-sorang? Boleh blah la kalau dalam Herbalife ni. Nak berjaya, kena sama-sama!
8. Downline boleh jadi berada di level yang lagi tinggi dari upline. Yang penting, kena kerja. Sapa kerja, dapat gaji lebih, pangkat pun lebih tinggi lah kan. Kau downline ke, aku upline ke, dah tak kira. Sebab tu Herbalife is possible for anyone. Yang kuat kerja lebih, dapatlah habuan lebih.


Yang kedua, sebab orang-orang didalamnya yang saya perhatikan (err.ada gossip dalam hati ke?). Saya jadi konfius kejap sebab taknak jadi macam mereka. Pandangan saya, macam ni. Ok, dah kurus. Tapi tak perlu pakaian nak fit-fit tunjuk body kan. Ok gembira sihat. Tapi tak perlu sampai ber-dancing sebelah laki sebelah perempuan goyang kepala dan bun*** macam tak ingat dunia kalau tetiba kena tsunami macam mana? Ok lah dah berjaya boleh naik atas pentas contohi orang-orang positif yang lain. Tapi tak perlu nak admire sangat salam-salam dengan non-muslim biarkan mereka letak tangan atas bahu (macam peluk jugakk lah kan). Ok Mark Hughes ni bagus. Tapi tak perlu nak bersemangat sangat cerita pasal die kalau suruh cerita pasal sejarah Nabi Muhammad agak2 lancar dan tahu segala detail tak? Ok akan bertambah syukur bila sihat. Tapi saya rasa kalau orang yang lebih bersyukur ni dia tahu nak prioritikan yang mana (sihat rohani atau jasmani?), tak delay2 solat sebab sibuk sangat berbisnes. Ok Herbalife ni bagus. Tapi perlu ke bermati-matian cakap pasal Herbalife 24/7? Memang ada yang semangat sangat sampai cakap 'tiada pekerjaan yang lebih mulia berbanding Herbalife'. Hellllooooo, dalam hati saya: 'Jihad betul-betul atas nama Allah ok! Yang mengajak pada Islam!'


Yang ni takperlu nak salahkan sesiapa lah kan. Sebabnya - offer untuk perniagaan dakwah tak sampai lagi pada mereka (sebab kita ke?), dan diorang masih belum faham Islam bagaimana kita faham (salah kita lagi?) so why not dedicate life utk herbalife daripada benda2 lagha yang lain kan. Lagipun tak semua yang macam ni. Suasana dan gayanya jadi begini sebab masih kurang orang Islam dan mejoriti memang non-muslim. Saya je terpikir-pikir takut saya jadi begini.


So, kesimpulannya, saya lambat sebab saya mencari bagaimana untuk tidak menjadi begitu semangat seperti mereka sehingga kemungkinan saya akan ketepikan komitmen yang lain. Dan kalau boleh semangat pun, bagaimana caranya (yelah, nak jugak jual produk. Kalau tak mcm mana nak dapat extra income). Sebab, akhir sekali, saya nak orang mula-mula melihat saya sebagai ORANG ISLAM sebelum melihat saya sebagai ORANG HERBALIFE. Sebab saya akan rasa bersalah kalau lebih mempromosikan Herbalife berbanding Islam. Tapi Herbalife boleh jadi pemula bicara :)


Dan saya rasa, orang mukmin should be good inside out kan? Kalau inside itu ukhrawi, dan outside itu duniawi, neither should we leave behind...itu yang nabi cakap (dan itu yang Nabi buat)kan? Tapi inside itu paling penting untuk dipastikan berjaya. Ok, itu next post.


Sebelum saya (mungkin juga awak?) bermula.
Antara sebab lain yang saya jadi lambat adalah membaca blog orang yang anti-MLM atau secara spesifiknya, anti-herbalife. Ni memang anti gila2 lah, dengan bahasa yang **** tak tau nak cakap macam mana. Banyak fakta yang dia bagi dan saya juga ada komen. Tapi tiba-tiba dipanggil troll pulak. Ergh. Sorry lah bang. Tak berniat nak mengganggu ketenteraman blog awak. Mungkin salah jugak soalan saya kot bunyi macam orang nak gaduh gitu.


Katanya skim piramid - akan capai infiniti. Confirm-confirmlah sebab ada tangga-tangga nak kena naik kan.
Saya faham matematik yang dia kemukakan. Dan saya faham juga akan sampai infiniti satu hari nanti. Lagi lagi pulak herbalife grows very fast. Ia akan sampai ke tahap tepu, dah takboleh cari orang baru. Tapi bagi saya, infiniti tu akan tercapai kalau populasi dunia ini tidak bertambah dan tidak bertukar-tukar2. ye lah, setiap tahun berapa bilion orang mati, berapa bilion lagi yang lahir kan. Walau pun jumlahnya mungkin sacara puratanya sama, tapi orangnya kemungkinan besar bertukar. Lagi pulak, dalam herbalife, tak semua orang yang berdaftar tu berniat untuk memulakan perniagaan. Tak semua orang nak naik tangga tinggi-tinggi tuh. Ramai juga yang hanya pengguna produk. So, tak semua orang mencari customer (sebab kami jual produk, bukan tergila-gila kena cari customer). Dalam masa herbalife nak grow ni pun, agaknya kalau 10ribu distributor, dalam 2-3ribu dah meninggal dah, 2-3ribu lagi lahir yang belum kenal herbalife. Ada lagi orang baru..mcm tu lah. Tapi taktahulah kalau pendapat saya ni salah.


Katanya tak lain nak bagi makan orang kapir lahanat kat atas yang goyang kaki tu lah!
Well, kalau ni MLM baru nak fikir bagi makan orang kafir. Kalau produk yang bukan MLM, still selling fast, tak fikir pulak bagi makan orang kafir tu? Macam beli komputer ke, handphone ke, berapa banyak yang orang Islam yang kita bagi makan dengan beli barang-barang tu? Semua kafir je.. Produk jualan apa-apa pun, semua keuntungannya memang akan berbalik pada orang yang produce produk tu kan yang kat ataaaas sekali nun. Lagi banyak orang beli, lagi banyak die dapat duit. Bukan produk MLM je macam ni. Memang logiklah kan, orang yang kat atas sekali tu yang buat produk ni, die deserve la jadi kaya. Bezanya, adalah cara pemasaran produk tu. Produk2 biasa, pemasaran biasa, orang yang jual kan tu hanya dapat gaji kan. Ada orang atas nak kongsi2 untung? Hey, ni bukan produk kau! Jualkan aje ok. Nanti aku bayar sikit. Yang buat kerja jual produk ni promoter2 kat supermarket tuh, yang pemborong, tapi dapat gaji aje, takboleh dikongsi keuntungan produk, bagi special sikit ke kalau dah jadi pemborong tetap..takde nya...macam gitulah jugak. Tapi Herbalife ni, orang bawah yang tolong die jualkan produk pun diberi peluang untuk dapatkan untung jugak. Diberi peluang kalau nak dapatkan royalti, bonus sebab tolong jualkan produk die. Kat sinilah Herbalife create business opportunity berbanding produk2 biasa, yang tak bagi peluang untuk orang lain bina perniagaan sendiri menggunakan produk2 tu. Kalau boleh pun, buka kedai runcit lah..tapi nak kaya macam diorang, tak kot. Itupun mungkin boleh kalau bukak supermarket macam Giant. Macam tu je simplenya..Tapi memanglah last2 duit paling banyak bagi kat orang atas sekali jugak, dah tu produk die. Bezanya, adakah orang atas tu berkongsi dengan orang bawah, atau tak? Herbalife jawab ye. Orang bawah tu awaklah :p


Peluang pernigaan yang mudah
Startup kit yang perlu hanya rm98 tu je. Dah boleh terus buat bisnes. Tak perlu invest banyak2 nak buka supermarket macam Giant tu. Flexible lagi, boleh pilih nak part time atau full time. Kalau part time, boleh pilih bila2 masa yang awak free, guna apa2 cara yang awak mampu. Semuanya ok je, cuma beza nanti awak dapat duit banyak cepat atau lambat. Itu semua bergantung pada kerja. Tapi saya, asal dapat extra income, kira ok lahh.


Pengalaman bersama Nutrition Club
Kalau kata saya suka produk2 jualan direct selling macam ni, tipulah kan. Kena jumpa orang nak promote2, tolonglah. Dalam hati nanti mesti ada yang berbisik 'baik promote Islam! Amboi kau. kalau bab nak duit semangat promote, bab nak tolong orang dapat hidayah?' Ha. mesti terdiam, terus senyap. ok, dah. Cumanya, dalam blog terbabit (yang kutuk Herbalife) tu pun ada cakap pasal side effect. Saya cuti ni bersama dengan Nutrition Club untuk 2 bulan, untuk tahu lebih tentang produk. Mula-mula memang tak percaya, guna je lah sebab mak guna jugak. Tapi dah jumpa macaaaaaam macam orang di Nutrition Club, memang saya tidak boleh tidak untuk percaya yang kunci kesihatan adalah makanan yang sihat. Bukan orang senang, orang susah pun. Dari strok, kencing manis, darah tinggi, obesiti, mata kabur orang tua-tua tuh, sakit lutut, dah boleh sembahyang berdiri, mereka kata: Nikmat, Alhamdulillah! Akan terus makan sampai mati gantikan nasi lemak@roti canai+teh tarik semua tu. Herbalife is just a nutritious food, bukan supplement atau pil2 biasa. Pasal die letak semua artikel PubMed segala bagai, saya pun taktahu nak kata apa. Yang pasti 30 tahun Herbalife dalam market, orang yang paling mula-mula waktu herbalife baru, masih lagi bersama Herbalife, selama 30 tahun, takde side effect. Orang yang lebih bersemangat, dah pergi extravaganza, boleh jumpa sendiri dengan doktor2 terbabit, dan dah tanya macam2. Herbalife dah dalam 76 countries, dah lepas semua checkup dari Ministry of Health kesemua negara tersebut. Apa lagi?


Kerana saya bekerja.
Orang bekerja, ada tak main2? Kalau saya jadi doktor nanti, time bekerja kena sungguh-sungguh kan? Yang penting niat kerana Allah. Samalah kalau saya bekerja part time ni. Time bekerja sungguh2, tapi komitmen dakwah takkan sekali diketepi, insyaAllah. Bila sungguh-sungguh, tak bermakna saya tolak tepi komitmen lain. (jangan pelik pulak kalau macam semangat sangat. Kalau saya bukak kedai photocopy pun saya akan promote kedai tu jugak buat iklan segala bagai. ok back to basic - normal lah sebagai orang bekerja kalau semangat perihal kerja time tengah kerja (?)) Takboleh.. Kalau part time, buat cara part time. Jangan lah 24/7 cakap pasal nak promote.


Kalau semua orang tak kesah kalau orang share pasal buat kek coklat moist yang sedap, nasi lemak kaw-kaw, semua orang sepatutnya tak kesah jugak kalau saya nak share pasal makanan yang berkhasiat untuk sel manusia. Kalau pasal makanan lain tak rasa pulak macam promote, bila cakap pasal ni hanya sebab die MLM jugak, sharing sikit je ingat nak promote? You nak rasa sihat macam I rasa, jom! Kalau you tak kesah berbelanja makan macam2 sekarang untuk invest pada penyakit yang you tahu you akan dapat, fine. Go ahead, no one can stop you :)




Kalau pun tak dapat income banyak sangat, this is just a nutritious food by the way. Who on earth will stop eating kan?




Aku hanya bekerja.


















p/s: Link ke blog yang anti-MLM. Boleh search 'Herbalife' aka 'some cows eat shit' =.='.
Semua orang bebas untuk mempunyai pandangan masing-masing :) Kalau sekarang ini memang saya yang salah, tolong betulkan. Seriously.


Wassalam.






















2 comments:

  1. Eventhough pink and grey are straining to the reading eyes, you made your point clear. Keep it up.

    ReplyDelete
  2. straining ke? grey tu almost black ok.

    ReplyDelete