بسم الله الرحمن الرحيم
[Sekadar perkongsian buat kita-kita yang mungkin sedang mencari 'hati']
Rasa susah mencari hati? Corrupting while waiting for the delivery?
Maybe you rely falsely.
Because you WAIT, you don't SEEK.
And He you should find. You said Angels are your friends. Talk to them.
I know Ramadhan provides a door to change.
I know you have found your heart.
When I listened back to the audio 'Pengurusan Cinta'.
It has exactly the same situation I might be facing.
And now I know why I'm changing.
Just one nice writing:
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintainya dalam diam.
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya,
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang
kau tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.
Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu,
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffah mu.
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya
kerana mungkin saja orang kau cinta juga adalah orang yang Allah pilihkan untukmu.
Kerana diammu tersimpan kekuatan dan harapan
mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata
dan cinta mu yang diam itu berbicara di dunia nyata
Tetapi
Jika memang 'cinta dalam diam' mu itu tidak akan berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..
Jika dia memang bukan takdirmu,
Allah melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diam' mu itu
dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang tepat.
Biarkan ia menjadi rahsia di sudut hatimu
antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah.
Kerana hakikatnya, ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir kepada Allah.
Jikalau cinta itu hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui,
secerca rasa itu tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta,
tanyalah pada hati untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba?
Mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya..
Cukup cintainya dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya tapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia tapi meraih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus menyelusup
Cukup cintainya dalam kejauhan
kerana hadirmu takkan mampu menjauhkannya dari cobaan dan godaan
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana hadirmu mungkin saja akan membawa leka pada hati-hati yang terjaga.
Cukup cintainya dengan sederhana,
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaaan
mengharapkan balasan hanya akan mengundang kebahagiaan syaitan.
And one nice conclusion!:
Jikalah sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh,
katakanlah cinta mu itu.....dengan penuh perasaan, zahirkan keikhlasan itu......
..... kepada MAK AYAH die!
p/s: Ok. ini jiwaaaaaaang. Siapa geli boleh beredar. bahahaha.
Pasal audio tu, sape nak boleh mintak ye (bagi email). Tak reti nak masukkan audio dalam blog nih.
Credit to http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2529-cinta-dalam-diam.html. Ayat best2 tu diadaptasi dari sini. Sorrylah kalau nak karang ayat macam ni. Tapi makna die, for me, sgt precise! I hope YOU really get what I mean :p
Btw, dah 20's ok. Salah ke nak bercakap2 pasal ni. Tipulah kalau hati korang tak pernah diketuk langsung. hehe.
p/s: nak masuk the last 10 dah! :(
jann..nak ..
ReplyDeletehntr kat email iman..
w.nur_iman@yahoo.com
^^
nice one
ReplyDeleteIman: sorry, file besar sgt lah. exceed limit plak. nanti nak pk nak bagi cane niii...
ReplyDeletealien: An alien was here! bhahaha. just sharing~
kat uia je la...insyaAllah bila jumpa ye.. ^^
ReplyDelete