Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual sayur. Dia sedang mencari kerja baru untuk menambah pendapatan hidupnya. Maka berjalanlah lelaki tersebut ke bandar untuk mencari kerja kosong. Cari punya cari, akhirnya dia terjumpa sebuah syarikat terkemuka iaitu Goodly Company yang menawarkan kerja kosong sebagai kerani. Setelah tiba hari untuk ditemuduga, lelaki tersebut pergilah ke syarikat tersebut dengan segak sekali. Mula-mula sekali masuk ke bilik temuduga, penemuduga itu bertanya, “Awak ada email?” Lelaki tersebut menjawab, “Tiada” Penemuduga itu pun berkata, “Oh. Kalau begitu, maaflah. Untuk bekerja di sini, awak perlu ada email.” Dengan perasaan hampa, berlalulah lelaki tersebut daripada syarikat tersebut tanpa sebarang kerja baru. Setelah pulang, lelaki itu bertekad tidak mahu lagi mencari kerja lain. Tetapi dia ingin mengusahakan penjualan sayurnya dengan lebih meluas dan berjaya. Tahun demi tahun berlalu, akhirnya lelaki itu berjaya mengusahakan tanamannya dengan sangat meluas dan menjadi seorang yang terkemuka dan disegani. Satu hari, dia di wawancara oleh seorang wartawan untuk mengetahui rahsia kejayaannya. Wartawan itu bertanya, “Tuan amat berjaya sekali. Namun, saya agak pelik, kenapa tuan tiada dan tidak mahu mempunyai sebarang email? Bukankah ia lebih mudah untuk tujuan perhubungan antara tuan dengan pelanggan-pelanggan?” Sambil tersenyum, lelaki tersebut menjawab, “Oh, tidak. Saya tidak mahu mempunyai email kerana sekiranya saya mempunyai email, maka saya perlu bekerja di syarikat Goodly Company. Hanya orang yang mempunyai email sahaja yang bekerja di situ!”
…..
Seorang budak lelaki sedang menaiki bas ekspres untuk pergi ke kolejnya yang terletak di bahagian Utara Semenanjung. Dia menaiki bas dari rumahnya di Johor Bahru. Bas pun bergeraklah dengan amannya seperti yang telah dijadualkan..setelah 2 jam perjalanan, budak lelaki itu tertanya-tanya dimana kedudukannya sekarang, dia pun bertanya kepada pemandu bas, “Bang, dah sampai Ipoh ke bang?” “Belum, dik. Jauh lagi tu.” jawab pemandu bas itu. Budak lelaki itu pun kembali ke tempat duduknya. 2 jam kemudian, dia bertanya lagi kepada pemandu bas, “Bang, dah sampai Ipoh?” “Belum dik. Macam ni lah, dah sampai Ipoh nanti abang panggil, ok?” Balas pemandu itu, memberi cadangan. Budak itu pun menjawab, “Baiklah, terima kasih bang.” Budak lelaki itu pun kembali ke tempat duduknya lalu terlelap, dengan keyakinan bahawa dia akan dimaklumkan setibanya bas itu di Ipoh. Setelah beberapa jam, pemandu bas itu dengan syoknya memandu bas dengan tidak diganggu lagi oleh pertanyaan budak tadi. Sehinggalah bas itu telah sampai ke Pulau Pinang, baru pemandu tersebut teringatkan budak itu. Dia menoleh dan melihat budak itu masih lagi tidur. “Alamak, kesian lah pulak. Dah terlepas ni dan memang salah aku tidak kejutkan dia. Kena patah balik lah nampaknya.” kata pemandu itu sendirian. Setelah semua penumpang lain turun, dia pun berpatah balik ke Ipoh untuk menghantar budak itu ke destinasinya. Setelah tiba di Ipoh, pemandu pun memberhentikan bas dan mengejutkan budak lelaki itu. “Dik, dik..dah sampai Ipoh ni.” Budak itu tersedar dan berkata, “Oh, terasa lama sungguh perjalanan ini. Terima kasih bang, kerana kejutkan saya.” Budak itu tidak berganjak. Dia mencapai beg di bahagian atas, dan mengeluarkan sebuah bekas berisi makanan. Pemuda itu hairan lalu bertanya, “Eh, adik. Adik bukan nak turun di sini ke?” Dengan selamba budak itu menjawab, “Taklah bang. Saya nak ke Pulau Pinang. Mak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, kena makan bekalan yang mak buatkan ni. Abang dah makan? Marilah makan sekali. Hehe..”
Itu dia. Segmen Senyum Pisang yang diceritakan kepada ana oleh rakan sebilik, Aina. Entah apa yang kami bincangkan waktu itu, sampai tiba-tiba dia nak bercerita tentang lawak ini. Cerita diatas tu pun ditokok tambah oleh ana sikit-sikit. Hehe. Dia dapat dari majalah Mastika. Lepas tu kitorang sambung berbual dan usik mengusik...tentang nikah. erk.
Post kali ni, sebenarnya khas untuk merakamkan perhargaan kepada rakan sebilik di CFS PJ; Ainatul Adibah binti Haji Mohd Azham dan Nursyahidah binti Jusoh. Tak lupa juga bekas rakan sebilik, Mujahidah Asri yang kini sudah berada di Mesir, dan Nur Shahirah binti Shukri, rakan sebilik ketika di Darul Quran dulu...yang sangat masyi bacaannya :)
Waktu kami tengah berbual ni, masih berada dalam minggu peperiksaan akhir semester 1. Ana yang jadual periksa berturut-turut sepanjang 5 hari, boleh tahan nak pecah otak. Aina dan Syahidah pula masing-masing dengan jadual berbeza sebab kursus yang diambil berbeza dan juga tempoh pengajian yang berbeza. Tak tahulah kenapa waktu ni sempat pulak berbual, dah lah 3 hari terakhir jadual ana, semuanya subjek asas..tapi layan jugak.
Tentang mereka.
Aina; sedang mengambil kursus Asasi Sains Fizikal dengan tempoh pengajian setahun setengah. Sem 1 ni, dia ambil 4 subjek; Arab, English, Physics 1, dan Maths 1.
Muja; sama dengan Aina, tapi kursus dia Asasi Sains Hayat, dan tempohnya 2 tahun.
Syida; sedang mengambil kursus Asasi Farmasi dengan tempoh pengajian selama 2 tahun. Dia ambil 4 subjek juga untuk sem 1; Arab, English, Maths 1, dan Comp.
Mereka berdua daftar ke UIA dalam first intake, ana pula second intake. Jadi, yang ana rasalah, Aina dan Syida lebih rapat sesama mereka berbanding dengan ana. (Waktu dulu berdua sahaja dengan Syahirah pun tak rapat jugak..walaupun intake sama =.=) Dan ana akui tidakrapatan ini berlaku atas sebab-sebab yang rasional. Subjek belajar yang jauh berbeza, jadual waktu yang berbeza, rutin harian yang berbeza...dan mungkin juga ana yang suka buat kerja sorang-sorang. Hee.
Ana hanya sama subjek Physics sahaja dengan Aina dan Muja, dengan Syida pula subjek Comp. Itu pun lain juga sebab mereka dah mula belajar dulu, ana lambat sikit..Tambah pula dalam banyak-banyak subjek, yang banyak perbincangan dan bualan adalah pada subjek bahasa; English - dengan assignment tak putus-putus. Jadi tak berapa nak kongsilah bila bab-bab itu yang diperkatakan. Jadual waktu pula, mereka punya kelas kebanyakan bermula jam 8 pagi. Jadi jam 7 pagi tu dah sama-sama menggerakkan bangun dan bersiap-siap. Ana pula hanya satu hari je yang mula jam 8, yang lain semuanya jam 9. Mereka pula habis kelas biasanya paling lewat jam 4, ana pula jam 6. hmm..jadi sukarlah nak merasai saat ini pula bersama-sama. Rutin harian pula, mereka biasanya makan lunch atau dinner sama-sama. Ana pula biasanya sorang-sorang sebab nak jama' kan lunch dan dinner, jadi makan agak lewat petang. Nak jimat duit punya pasal. Pergi talaqqi pula, waktu ni ana selalunya ada kelas Tasmi'. Jarang dapat pergi bersama-sama mereka, dua tiga kali je kot. Berbeza kan..? Itulah ana..
Tapi..waktu berbual tentang senyum pisang ni..ana rasa indah. Indah sangat walaupun kita tak rapat. Tiba-tiba macam rasa sayang dan nak menghargai..terkenang saat mula-mula masuk dulu. Kerenah yang pelbagai. Kerenah ana yang pelbagai. Tapi waktu ni Muja dah pergi merantau~
Kenangan terindah.
Waktu mula-mula masuk dulu, punyalah harap dapat rakan sebilik dengan pelajar DQ juga, supaya taklah janggal sangat. Tengok-tengok, sorang pun tak sama! Kawan-kawan lain semua ada geng. Dah lah mahallah pun jauh.. =.= Time hantar mula-mula masuk, sempat tanya asal dari mana walaupun nak rush untuk taaruf, semuanya negeri lain-lain. Syida dari Terengganu, Aina dari Kedah, Muja dari Gombak, ana pula dari Johor. Ha. Amik kau! Bukan setakat se-DQ tak dapat, senegeri pun tak! semua ceruk lain-lain. Aduhai. Tapi dah lama lepas tu..ana rasa bertuah pulak dapat luaskan circle of friends ana :)
Awal-awal tu, ana yang buat masalah. Bunyi alarm kat phone paling bising dan menganggu. Dahlah mula alarm pukul 3 pagi. Lepas tu repeat every 15 minutes, dan orangnya tak bangun-bangun! Ingat lagi, Aina yang tidur katil bawah ana, berapa kali kejut; "Jannah..telepon..".. kesian Aina, terganggu tidur dia. Ana ni kononnya nak bangun Qiamullail tapi hampeh.. Dah lepas dua tiga bulan, dengan Aina-Aina sekali dah lali sangat, tak berapa nak dengar dah bunyi alarm phone ana..huhu. Sorry ye Aina..but anyway, thanks :)
Waktu dengan Muja, Muja selalu tidur lambat. Jadi ambillah kesempatan ni untuk tidur awal. Time dia nak tidur nanti, Muja kejutkan ana dulu..hehe.
Kita pun pernah bergaduh pasal bahasa. Saja mencabar Aina yang pantang di cabar, kan Syida? Hehe. Bahasa baru antaranya adalah toyu (utara) dan koya (timur). Kalau dah sakat menyakat, pecah bilik 129c dengan hilai tawa. Ana yang paling kuat kot. Haha.
Aina dan Syida pun suka saling bantu membantu dalam usaha membasuh kain. Lagi-lagi Syida. hehe. Seronok dengar perbualan korang walaupun ana tak pernah turut serta..
Kita pun study 'sama-sama' kan? Malam waktu minggu peperiksaan tu, pernah satu malam, penuh bilik dengan segerombolan kawan-kawan Aina belajar sekali. Tapi selalunya melalut sambil melepak lah. Hehe. Ana tak pernah study dengan korang tapi kita study 'sama-sama' kan? Bilik yang sama, semuanya study, tapi subjek lain-lain. Sebabkan subjek belajar yang lain, ana pasang earphone, supaya tak terganggu dengan bualan mereka. Tapi seronok! Seronok sebab bilik sangat meriah. Tak hilang lagi kemeriahan Syawal waktu tu rasanya. Huhu. Walaupun ana sorang je yang belajar sorang-sorang sebab subjek ana sorang je yang berbeza..
Syida pula memang senang terjaga dengan alarmnya sendiri. Kalau sebelum ni, Muja yang tolong kejutkan kalau nak bangun awal, kali ni Syida pula yang ganti. Dan memang bangunlah! Thanks Syida! Sangat-sangat membantu kawan-kawan ku ini :)
Waktu kes curi mencuri tu, kita takut sama-sama. Waktu hangat isu buang bayi, pun kita geram sama-sama. Waktu nak dekat exam, kita berdebar sama-sama, dan saling minta doa. So sweet~
"O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other)." (AlHujurat:13)
Ana amat menghargai perbezaan kita, dan terima kasih sangat-sangat atas segala perkongsian dan luangan masa yang banyak mengajar erti kehidupan. Jazakunnallahu khairan! Untuk Tini sekali, yang sentiasa ceria menghidupkan bilik kita dikala sepinya setelah Muja pergi..hee.
"Friends on that day will be foes, one to another, - except the Righteous." (AzZukhruf:67)
Terima kasih Aina, Syida, Muja dan Shahirah. Moga perkenalan dan persahabatan kita ni termasuk dalam kalangan 'the Righteous', insyaAllah. Maafkan juga segala kesalahan dan ke'berseorangan' ana dalam membuat sesuatu kerja, sepanjang satu semester kita hidup sebilik!
p/s: Muja, selamat bergembira dengan roommate baru di Mesir :)
Amin! :)
so sweet!
ReplyDeletesuke ad, nk nangis terharu pn ad!
thanx jannah!
miss dat moment! n see u all next week..
we 'create' another memories~ ngeeee
:) syida
yep2.mari2 bergembira hidup sebilik! :)
ReplyDeleteok. cerita lawak memang lawak. yang pasal pisang dah penah baca, yang pasal ipoh memang lawak abes!
ReplyDeleteand kite mungkin serupa sebab suka buat keje sorang-sorang. takkesah ada kawan yang ley teman ke tak, life must go on.
oh yes, bunyi alarmmu memang menganggu!
sekian terima kasih
huhu..t'haru...thnkz yerk..
ReplyDeletejnnah,post byk2 ag aw..sy0k plak bca..ngee~
haa,psal alarm 2,sgt lwak!!huhu
kal0 ad t'ckap ap2 time alarm bnyik 2,jgn mara aaa..
dluar kwrasan akal n dluar kwlan..=p
(^_^)kksih atymu aina..*(^_^)