Thursday, August 25, 2011

Hujan



Hari ini hujan.
Pagi tadi lebat.
Sekarang sudah renyai-renyai.


Kalau hujan ini telah mengalirkan kotoran-kotoran di jalanan,
menyegarkan daun-daun kehijauan,
alangkah indahnya kalau ia mampu menyucikan jiwa yang kotor ini,
alirkan dosa-dosa ke tempat yang takkan kembali,
hidupkan hati biar bernafas dengan maghfirah ilahi.


Ramadhan...dimana kau di hatiku?


Hujan ini seperti awan menangis.
Bersama rintihan hati ini yang baru dipalit najis.







Crying clouds.






Please help.








p/s: Faizah...

Friday, August 19, 2011



"When the children of Gaza collect money for the children of Somalia, the world should be crying in shame."



I want money!





They said:

These are the blacks! They didn't even know how to rule properly, and begging us for money!

They are the one should be blamed! Why do they keep having children and prolong the sufferings?

I'm tired of this! Until when will the African rely on us?

This is a poorly damaging nation! Worthless! Let them die!

No! Its because of the European Invasion. They stole their money and resources and made a misery in Africa. 

Just donate. A small amount of money is enough!

It's not about black or white! These are humans!

I want to help!




I say:

A part of the world is suffering.

Another part of it is rejoicing.

Another part of it is abandoning.

After all, they are still in the same round world.

We are still one nation of human.

Why does God made this part of the world, still existing?

Why does God still give luxury to the other part to continue rejoicing?

Or if you don't believe in any God controlling the world, you think this thing just happen by itself?

Put yourself in their shoe. If you say you didn't ask for what you have right now, neither did they. Put yourself in their shoe.

Then you know what life actually worth for.





After all, you know you'll die soon.

Continue blaming and die. Or keep on saving and die.










Thursday, August 18, 2011

Kamu dan Saya yang sedang mencari hati.







بسم الله الرحمن الرحيم






[Sekadar perkongsian buat kita-kita yang mungkin sedang mencari 'hati']
















Rasa susah mencari hati? Corrupting while waiting for the delivery?
Maybe you rely falsely.






Because you WAIT, you don't SEEK.










And He you should find. You said Angels are your friends. Talk to them.




I know Ramadhan provides a door to change.

I know you have found your heart.


When I listened back to the audio 'Pengurusan Cinta'.
It has exactly the same situation I might be facing.
And now I know why I'm changing.




Just one nice writing:


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintainya dalam diam.
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya,
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang
kau tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.


Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu,
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffah mu.


Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya
kerana mungkin saja orang kau cinta juga adalah orang yang Allah pilihkan untukmu.


Kerana diammu tersimpan kekuatan dan harapan
mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata
dan cinta mu yang diam itu berbicara di dunia nyata


Tetapi


Jika memang 'cinta dalam diam' mu itu tidak akan berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..


Jika dia memang bukan takdirmu,
Allah melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diam' mu itu
dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang tepat.


Biarkan ia menjadi rahsia di sudut hatimu
antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.


Jika benar cinta itu kerana Allah,
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah.
Kerana hakikatnya, ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir kepada Allah.


Jikalau cinta itu hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui,
secerca rasa itu tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta,
tanyalah pada hati untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba?
Mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya..


Cukup cintainya dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya tapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia tapi meraih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus menyelusup


Cukup cintainya dalam kejauhan
kerana hadirmu takkan mampu menjauhkannya dari cobaan dan godaan
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana hadirmu mungkin saja akan membawa leka pada hati-hati yang terjaga.


Cukup cintainya dengan sederhana,
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaaan
mengharapkan balasan hanya akan mengundang kebahagiaan syaitan.






And one nice conclusion!:


Jikalah sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh,
katakanlah cinta mu itu.....dengan penuh perasaan, zahirkan keikhlasan itu......




















































































..... kepada MAK AYAH die!




p/s: Ok. ini jiwaaaaaaang. Siapa geli boleh beredar. bahahaha.
Pasal audio tu, sape nak boleh mintak ye (bagi email). Tak reti nak masukkan audio dalam blog nih.
Credit to http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2529-cinta-dalam-diam.html. Ayat best2 tu diadaptasi dari sini. Sorrylah kalau nak karang ayat macam ni. Tapi makna die, for me, sgt precise! I hope YOU really get what I mean :p
Btw, dah 20's ok. Salah ke nak bercakap2 pasal ni. Tipulah kalau hati korang tak pernah diketuk langsung. hehe.


p/s: nak masuk the last 10 dah! :(





Monday, August 15, 2011

Aku Bekerja



بسم الله الرحمن الرحيم


In this post,
I officially declare myself working as Herbalife Independent Distributor.






Bukan nak bercerita pasal Herbalife.
Nak cerita pasal kenapa yang macam-macam.
Hanya nak berkongsi perasaan saya selama saya berada bersama dengan syarikat ini. Kalau rasa macam ini cara halus untuk mempromosikan produk, sukahatilah. Tapi kalau hati dah mula bibit-bibit tidak puas hati (ceh. baru mula dah tak puas hati) macam 'inilah Melayu dungu nak cepat kaya tau nak duit bagi makan orang kapir' , dipersilalah meninggalkan blog ini dengan segala hormatnya. Peace.


Firstly, kenapa nak bekerja?
Sebagai student, tak lain tak bukan nak extra income lah. Boleh buat beli baju baru, makan mewah2, beg baru, tukar-tukar handphone ke.. At least taklah macam sesetengah budak tak sedar diri beli macam-macam tak ingat makan duit orang melalui biasiswa yang die dapat tuh. Tak rasa bersalah langsung guna bersuka suki dengan duit cukai rakyat bayar yang ada setengah nak bayar tu guna peluh sebaldi. Susah ok. Jangan bersenang-senang dengan duit yang orang cari susah-susah.


Tapi saya insyaAllah, taklah nak guna duit sebegitu rupe. At least ada lah duit cover tambang pergi balik rumah ke, tak payah fikir-fikir boleh sponsor program (reunion batch ke, program uni ke) rm500 ke..rm100 pun dah cukup, dapat belikan hadiah untuk adikberadik+makbapak yang best-best mahal-mahal harga yang original (bukan sebab sale atau lelong atau macam reject shop), dapat monthly derma Aqsa Sharif rm100 sebulan ke, dapat biaya sorang anak angkat Palestin ke, dapat derma online untuk Somalia, untuk Jepun atau mana-mana of victims natural disaster ke, takpayah mintak duit topup dari Abi lagi (duit topup pun mintak bapak ke? hehe. kadang-kadang kalau dah kering sangatlah), boleh buat haji sebelum tumbuh sehelai pun uban, sebelum muka berkedut2 ke...kan? Best tak kalau boleh buat semua ni masa umur kita 20-an. Hidup memang taktahu berapa lama lagi kan..so kalau ada peluang boleh buat cepat-cepat, why not? Saya memang nampak keupayaan itu dalam bisnes Herbalife ini.


Kenapa pilih yang MLM?
Takde nak memilih pun..mana-mana kerja pun ok. Asal dapat extra income. Tapi dah peluang ni datang dulu. Dah datang 2 tahun lepas lagi.. sebenarnya, kalau ikutkan, orang Herbalife (student) yang dah 2 tahun dalam bisnes ni, sekarang dah income lebih 10k, dengan hanya part time. Tapi saya, lepas 2 tahun baru nak mula bisnes... =.='


Kenapa lambat?
Sebab marketing plan die yang guna MLM ni lah! Saya pun agak ragu-ragu pada mulanya. Yelah kan banyak MLM yang menindas orang je. Goyang kaki senang-senang dapat duit dari usaha orang lain. Baaaanyak cantik! Kalau ikut fatwa Malaysia, jual beli cara MLM adalah harus dengan syarat-syarat tertentu. Fatwa Mesir pula haram terus. Juga ada sebab-sebab tertentu. Yang paling basic sekarang adalah kena ikut cara jual beli yang halal dan benar menurut Islam. Sumbernya, caranya, barangnya, takde riba dan penipuan, dan tiada unsur-unsur duit atas angin. Jadi, apa yang menyebabkan saya yakin dengan bisnes ni (2 tahun mengkaji tuhh. cewaah) :


1. Saya menjual produk, bukan keahlian ok.
2. Kalau awak masuk register bawah saya pun, saya tak dapat satu habuk pun dari bayaran pendaftaran awak tu, semuanya company dapat. Logiklah kalau company dapat, sebab orang-orang tu semua berdaftar dengan company, bukan saya.
3. Duit yang saya dapat hanyalah keuntungan penjualan produk semata-mata. Tak jual produk, tak dapat untung, takde duit. Tak kiralah banyak mana pun orang yang berdaftar bawah awak.
4. Pendaftaran yang dibuat tu, langsung tidak merugikan. Company dapat duit, awak terus layak dapat diskaun 25% daripada harga produk sampai mati. Beli seciput pun dapat diskaun, beli selori lagi besar diskaun.
5. Logiklah kan, kalau beli borong, dapat lagi murah. Macam Herbalife jugaklah. Yang lebih bestnya, dapat murah tu, sampai bila-bila walaupun next month atau pembelian seterusnya dah tak beli borong. Saya hanya akan dapat untung kalau diskaun saya lebih tinggi dari diskaun awak. Kalau diskaun sama, saya beli pun harga sama, jual pun harga sama, mana untungnya? Saya hanya dapat jual produk, dan untungnya adalah........awak semakin sihat! Diskaun tertinggi dalam herbalife adalah 50%. Over la kalau nak 100%, bukan awak buat sendiri produk tu pun, tolong jualkan aje. Tu pun untung awak dapat tu pun dah kira baguss.
6. Saya hanya boleh dapat royalti untuk downline 3 level pertama sahaja. Level keempat dan seterusnya dah tak dapat. So kalau ada downline ke 100, takde maknanya saya dapat untung apa-apa dari mereka. So takde maknanya kalau nak dapat duit cari orang banyak2. So takde lah duit atas angin dengan jualan ntah sapa2 kat bawah tu kan.
7. Untuk naik level (untuk dapat bonus pulak), kena pastikan orang bawah kita berjaya jugak. Dalam kata lain, lahirkan leader. Kira ni pun kena memimpin gak lah. Kalau orang bawah terkontang kanting, tau nak buat orang jadi ahli aje, tak boleh berjaya. Nak berjaya sorang-sorang? Boleh blah la kalau dalam Herbalife ni. Nak berjaya, kena sama-sama!
8. Downline boleh jadi berada di level yang lagi tinggi dari upline. Yang penting, kena kerja. Sapa kerja, dapat gaji lebih, pangkat pun lebih tinggi lah kan. Kau downline ke, aku upline ke, dah tak kira. Sebab tu Herbalife is possible for anyone. Yang kuat kerja lebih, dapatlah habuan lebih.


Yang kedua, sebab orang-orang didalamnya yang saya perhatikan (err.ada gossip dalam hati ke?). Saya jadi konfius kejap sebab taknak jadi macam mereka. Pandangan saya, macam ni. Ok, dah kurus. Tapi tak perlu pakaian nak fit-fit tunjuk body kan. Ok gembira sihat. Tapi tak perlu sampai ber-dancing sebelah laki sebelah perempuan goyang kepala dan bun*** macam tak ingat dunia kalau tetiba kena tsunami macam mana? Ok lah dah berjaya boleh naik atas pentas contohi orang-orang positif yang lain. Tapi tak perlu nak admire sangat salam-salam dengan non-muslim biarkan mereka letak tangan atas bahu (macam peluk jugakk lah kan). Ok Mark Hughes ni bagus. Tapi tak perlu nak bersemangat sangat cerita pasal die kalau suruh cerita pasal sejarah Nabi Muhammad agak2 lancar dan tahu segala detail tak? Ok akan bertambah syukur bila sihat. Tapi saya rasa kalau orang yang lebih bersyukur ni dia tahu nak prioritikan yang mana (sihat rohani atau jasmani?), tak delay2 solat sebab sibuk sangat berbisnes. Ok Herbalife ni bagus. Tapi perlu ke bermati-matian cakap pasal Herbalife 24/7? Memang ada yang semangat sangat sampai cakap 'tiada pekerjaan yang lebih mulia berbanding Herbalife'. Hellllooooo, dalam hati saya: 'Jihad betul-betul atas nama Allah ok! Yang mengajak pada Islam!'


Yang ni takperlu nak salahkan sesiapa lah kan. Sebabnya - offer untuk perniagaan dakwah tak sampai lagi pada mereka (sebab kita ke?), dan diorang masih belum faham Islam bagaimana kita faham (salah kita lagi?) so why not dedicate life utk herbalife daripada benda2 lagha yang lain kan. Lagipun tak semua yang macam ni. Suasana dan gayanya jadi begini sebab masih kurang orang Islam dan mejoriti memang non-muslim. Saya je terpikir-pikir takut saya jadi begini.


So, kesimpulannya, saya lambat sebab saya mencari bagaimana untuk tidak menjadi begitu semangat seperti mereka sehingga kemungkinan saya akan ketepikan komitmen yang lain. Dan kalau boleh semangat pun, bagaimana caranya (yelah, nak jugak jual produk. Kalau tak mcm mana nak dapat extra income). Sebab, akhir sekali, saya nak orang mula-mula melihat saya sebagai ORANG ISLAM sebelum melihat saya sebagai ORANG HERBALIFE. Sebab saya akan rasa bersalah kalau lebih mempromosikan Herbalife berbanding Islam. Tapi Herbalife boleh jadi pemula bicara :)


Dan saya rasa, orang mukmin should be good inside out kan? Kalau inside itu ukhrawi, dan outside itu duniawi, neither should we leave behind...itu yang nabi cakap (dan itu yang Nabi buat)kan? Tapi inside itu paling penting untuk dipastikan berjaya. Ok, itu next post.


Sebelum saya (mungkin juga awak?) bermula.
Antara sebab lain yang saya jadi lambat adalah membaca blog orang yang anti-MLM atau secara spesifiknya, anti-herbalife. Ni memang anti gila2 lah, dengan bahasa yang **** tak tau nak cakap macam mana. Banyak fakta yang dia bagi dan saya juga ada komen. Tapi tiba-tiba dipanggil troll pulak. Ergh. Sorry lah bang. Tak berniat nak mengganggu ketenteraman blog awak. Mungkin salah jugak soalan saya kot bunyi macam orang nak gaduh gitu.


Katanya skim piramid - akan capai infiniti. Confirm-confirmlah sebab ada tangga-tangga nak kena naik kan.
Saya faham matematik yang dia kemukakan. Dan saya faham juga akan sampai infiniti satu hari nanti. Lagi lagi pulak herbalife grows very fast. Ia akan sampai ke tahap tepu, dah takboleh cari orang baru. Tapi bagi saya, infiniti tu akan tercapai kalau populasi dunia ini tidak bertambah dan tidak bertukar-tukar2. ye lah, setiap tahun berapa bilion orang mati, berapa bilion lagi yang lahir kan. Walau pun jumlahnya mungkin sacara puratanya sama, tapi orangnya kemungkinan besar bertukar. Lagi pulak, dalam herbalife, tak semua orang yang berdaftar tu berniat untuk memulakan perniagaan. Tak semua orang nak naik tangga tinggi-tinggi tuh. Ramai juga yang hanya pengguna produk. So, tak semua orang mencari customer (sebab kami jual produk, bukan tergila-gila kena cari customer). Dalam masa herbalife nak grow ni pun, agaknya kalau 10ribu distributor, dalam 2-3ribu dah meninggal dah, 2-3ribu lagi lahir yang belum kenal herbalife. Ada lagi orang baru..mcm tu lah. Tapi taktahulah kalau pendapat saya ni salah.


Katanya tak lain nak bagi makan orang kapir lahanat kat atas yang goyang kaki tu lah!
Well, kalau ni MLM baru nak fikir bagi makan orang kafir. Kalau produk yang bukan MLM, still selling fast, tak fikir pulak bagi makan orang kafir tu? Macam beli komputer ke, handphone ke, berapa banyak yang orang Islam yang kita bagi makan dengan beli barang-barang tu? Semua kafir je.. Produk jualan apa-apa pun, semua keuntungannya memang akan berbalik pada orang yang produce produk tu kan yang kat ataaaas sekali nun. Lagi banyak orang beli, lagi banyak die dapat duit. Bukan produk MLM je macam ni. Memang logiklah kan, orang yang kat atas sekali tu yang buat produk ni, die deserve la jadi kaya. Bezanya, adalah cara pemasaran produk tu. Produk2 biasa, pemasaran biasa, orang yang jual kan tu hanya dapat gaji kan. Ada orang atas nak kongsi2 untung? Hey, ni bukan produk kau! Jualkan aje ok. Nanti aku bayar sikit. Yang buat kerja jual produk ni promoter2 kat supermarket tuh, yang pemborong, tapi dapat gaji aje, takboleh dikongsi keuntungan produk, bagi special sikit ke kalau dah jadi pemborong tetap..takde nya...macam gitulah jugak. Tapi Herbalife ni, orang bawah yang tolong die jualkan produk pun diberi peluang untuk dapatkan untung jugak. Diberi peluang kalau nak dapatkan royalti, bonus sebab tolong jualkan produk die. Kat sinilah Herbalife create business opportunity berbanding produk2 biasa, yang tak bagi peluang untuk orang lain bina perniagaan sendiri menggunakan produk2 tu. Kalau boleh pun, buka kedai runcit lah..tapi nak kaya macam diorang, tak kot. Itupun mungkin boleh kalau bukak supermarket macam Giant. Macam tu je simplenya..Tapi memanglah last2 duit paling banyak bagi kat orang atas sekali jugak, dah tu produk die. Bezanya, adakah orang atas tu berkongsi dengan orang bawah, atau tak? Herbalife jawab ye. Orang bawah tu awaklah :p


Peluang pernigaan yang mudah
Startup kit yang perlu hanya rm98 tu je. Dah boleh terus buat bisnes. Tak perlu invest banyak2 nak buka supermarket macam Giant tu. Flexible lagi, boleh pilih nak part time atau full time. Kalau part time, boleh pilih bila2 masa yang awak free, guna apa2 cara yang awak mampu. Semuanya ok je, cuma beza nanti awak dapat duit banyak cepat atau lambat. Itu semua bergantung pada kerja. Tapi saya, asal dapat extra income, kira ok lahh.


Pengalaman bersama Nutrition Club
Kalau kata saya suka produk2 jualan direct selling macam ni, tipulah kan. Kena jumpa orang nak promote2, tolonglah. Dalam hati nanti mesti ada yang berbisik 'baik promote Islam! Amboi kau. kalau bab nak duit semangat promote, bab nak tolong orang dapat hidayah?' Ha. mesti terdiam, terus senyap. ok, dah. Cumanya, dalam blog terbabit (yang kutuk Herbalife) tu pun ada cakap pasal side effect. Saya cuti ni bersama dengan Nutrition Club untuk 2 bulan, untuk tahu lebih tentang produk. Mula-mula memang tak percaya, guna je lah sebab mak guna jugak. Tapi dah jumpa macaaaaaam macam orang di Nutrition Club, memang saya tidak boleh tidak untuk percaya yang kunci kesihatan adalah makanan yang sihat. Bukan orang senang, orang susah pun. Dari strok, kencing manis, darah tinggi, obesiti, mata kabur orang tua-tua tuh, sakit lutut, dah boleh sembahyang berdiri, mereka kata: Nikmat, Alhamdulillah! Akan terus makan sampai mati gantikan nasi lemak@roti canai+teh tarik semua tu. Herbalife is just a nutritious food, bukan supplement atau pil2 biasa. Pasal die letak semua artikel PubMed segala bagai, saya pun taktahu nak kata apa. Yang pasti 30 tahun Herbalife dalam market, orang yang paling mula-mula waktu herbalife baru, masih lagi bersama Herbalife, selama 30 tahun, takde side effect. Orang yang lebih bersemangat, dah pergi extravaganza, boleh jumpa sendiri dengan doktor2 terbabit, dan dah tanya macam2. Herbalife dah dalam 76 countries, dah lepas semua checkup dari Ministry of Health kesemua negara tersebut. Apa lagi?


Kerana saya bekerja.
Orang bekerja, ada tak main2? Kalau saya jadi doktor nanti, time bekerja kena sungguh-sungguh kan? Yang penting niat kerana Allah. Samalah kalau saya bekerja part time ni. Time bekerja sungguh2, tapi komitmen dakwah takkan sekali diketepi, insyaAllah. Bila sungguh-sungguh, tak bermakna saya tolak tepi komitmen lain. (jangan pelik pulak kalau macam semangat sangat. Kalau saya bukak kedai photocopy pun saya akan promote kedai tu jugak buat iklan segala bagai. ok back to basic - normal lah sebagai orang bekerja kalau semangat perihal kerja time tengah kerja (?)) Takboleh.. Kalau part time, buat cara part time. Jangan lah 24/7 cakap pasal nak promote.


Kalau semua orang tak kesah kalau orang share pasal buat kek coklat moist yang sedap, nasi lemak kaw-kaw, semua orang sepatutnya tak kesah jugak kalau saya nak share pasal makanan yang berkhasiat untuk sel manusia. Kalau pasal makanan lain tak rasa pulak macam promote, bila cakap pasal ni hanya sebab die MLM jugak, sharing sikit je ingat nak promote? You nak rasa sihat macam I rasa, jom! Kalau you tak kesah berbelanja makan macam2 sekarang untuk invest pada penyakit yang you tahu you akan dapat, fine. Go ahead, no one can stop you :)




Kalau pun tak dapat income banyak sangat, this is just a nutritious food by the way. Who on earth will stop eating kan?




Aku hanya bekerja.


















p/s: Link ke blog yang anti-MLM. Boleh search 'Herbalife' aka 'some cows eat shit' =.='.
Semua orang bebas untuk mempunyai pandangan masing-masing :) Kalau sekarang ini memang saya yang salah, tolong betulkan. Seriously.


Wassalam.






















Saturday, August 13, 2011

MRJ



MRJ aka MR Junior
stands for Mohd Radzi Junior.


These are the amazing juniors of Mohd Radzi.


So the pronounciation for short is M.R Junior not Mister Junior (as for Mr). If you pronounced the latter, then you are actually referring to another thing ok.
At least, pronounce it correctly in front of ME. thehe.






Now I present you,


and its heavenly, finger-licking, undescribable taste - burgers,
specially updated menu for Ramadhan thrills!




I'm telling you it's truly a HOMEMADE BURGERS. A special chicken and beef patty you can never get from any store! Urh, and hashbrown too!






What is so special about MR Junior besides its main product; burgers?










Well, I specially wrote this post because of the PEOPLE of MR Junior.


1. This is him, Mohd Radzi.
Now he's running his own computer software business under Rashada Solutions.
The ones who are running MR Junior, are of course his juniors; his sons. Yes, both of them.
Of course, everyone's special. He is special in silent. He supports with heart and actions rather than words. But he acts at the back, unseen by people, I know.
And he is...err...unusually funny :)
I call him, Abi.






2. Abdullah Irfan bin Mohd Radzi.
A freelancer in graphic design. A self-skilled and self-learned designer. Born with a perfect hand that produces an extraordinary piece of artwork, an imaginative guy who's extremely creative in work and actions.
And.....quite good-looking? ngeh3.
He's understanding, but people (read: I) can hardly understand him. Secretive. In a discussion, he usually wins =.='. Suka kelentong dan sakat orang, kekelakarannya sangat luarbiasa dan kadang-kadang menyakitkan hati. Ouch. This is my Angah.




3. Abu Hanzalah bin Mohd Radzi.
Unusual but a unique name. Just graduated from PTPL College in Cullinary Arts when started the MR Junior business together with his brother. The inventor (I guess. hehe) and cooker of all secret recipes of MR Junior. Good in cooking but rarely cook for us. hehe. A very hardworking man and a good secret keeper. Very neat and clean, quite easy to be frank :) Tak kedekut utk cakap 'I Love You' dengan ahli keluarganya. Oh, sweeet. Love you too, Ude!




MR Junior has been around 2 years in business. Still growing as a beginner and I have my endless support and good dreams for it in the future. I know they'll make it, and I know that the best backbone to support is the family itself.




Just knew MR Junior? Click here for more info and recent updates.
The page currently has 977 likes. Let's make it 1000!
As in the proposal, they chose green colour as MR Junior official colour purposely to represent Islam. Oh, sweet again :)
Read some links of customers' special reviews on our burgers, to thrill you even more!




You can search for videos as well.
Some even make MR Junior as one of their blogs' gadjets as in here.
Greatest thanks to Allah, for all the support, endurance, and achievements.








Hm, yeah, Mohd Radzi actually has more juniors.
But these are the seniors of his juniors. Ngee.




From left; Angah, Ude, Utih and Alang.
But the sequence goes 2nd, 5th, 6th and 4th.






Welcome to MR Junior's family!






Thursday, August 11, 2011

The Perfect You.



Bismillah.
Assalamualaikum.








My sister played with her iPad and sometimes she didn't play a game, but a song. Not really sometimes, quite frequent. The next day, back from school, the same song was played.


"You're amazing, just the way you are.."








This is the chorus i guess, the most repeated sentence. The lyric sounds good, and i like the ryhme. On another day, all the kids were playing in the attics, spending their free evening time together. And this day, again they ALL sang the song, out loud (macam karaoke pulak kat atas tuh). Especially the chorus part.


So I searched.


Oh. Bruno Mars. When I first read the lyrics, the late Aleesha Farhana (read: Ashraf) came to my mind. (Oh. Sukahati Bruno Mars la nak buat lagu tu maksudnya apa sebenarnya kan. Tapi saya nampak liriknya memotivasi untuk appreciate fizikal diri sendiri ok. Tak perlu ubah-ubah). While the lyrics only focuses on girls, I say it can be dedicated to everyone. Yeah, cause girls mostly are too much concern on their appearance. Some are willing to spend huge amount of money just to look good.




"Yeah I know, i know when i compliment her she won't believe me.
It's so sad, so sad to think that she doesn't see what I see."




That's just so true. Other people usually see the perfect part of you better than you can see it yourself. Sebab tak pernah nak rasa cukup dengan apa yang ada, pastu stress sendiri, rasa rendah diri, banyak kekurangan..blablabla... (✖╭╮✖)




"But everytime she asks me, do I look okay?
I say: When I see your face,
there's no one thing that I would change,
cause you're amazing,
just the way you are.
And when you smile,
the whole world stops and stares for a while,
cause you're amazing,
just the way you are."




You are already amazing, okay. Nothing that needs to be changed. *Ni bukan nak puji lebih-lebih. Over la kan kalau macam satu dunia nak berhenti dan tenung awak bila senyum. Konon cantik sangat (◡‿◡✿)* But, the way you are now, is beautiful, amazing and just perfect enough.




"You know I'd never ask you to change.
If perfect is what you are searching for,
then just stay the same.
So don't bother asking if you look ok."




The created you is the most perfect creation ever made (95:4). Stay the same for perfectness (^◡^).




Aleesha, if only she (read: he) realizes that the perfect her (read: him) is Ashraf.. To others, don't bother to change the way you are, okay! Remember, that is the perfect you!


Eit. Tapi jangan pulak tengok cermin, dengan muka berjerawat, berat agak lebih dari normal and everything, then you say: Takpe, this is the perfect me =.='. Hey, you are not originally made with pimples, overweight or any unhealthy state ok! Itu sebab makan main hentam minyak2, melantak, and you yang tak jaga 'a part of the perfect you', then nak sedih2 sendiri sebab muka teruk, badan gemuk? Changing this is not wrong, because you yang change yourself dari ok jadi ko macam sekarang @.@.


Preserve the perfect you. Change your eating habit and you'll see the effects. I've done it! thats why I say it. Ask me how :) thehehe.




Ramadhan is the best month to start 'preserving'. Inner and outer.
Wassalam.




p/s: Al Fatihah for the late Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.
















Wednesday, August 10, 2011

BM





Bacterial Menigitis




"Dia kena Bacterial Menigitis..macam Along dulu lah. Tapi sekarang dah ada vaccine, memang jarang dah orang yang kena."
"Along dulu sebab lahir kat Canada kan, kat sana takde vaccine. Ada, tapi tak compulsory sebab sana suhu sejuk. TB kurang kat kawasan sejuk, tapi kita panas.."


"Oh...ye ke? Memang sama?"


"Ha..diorang kata nak buat surgery kat otak, keluarkan air lebihan. Along dulu pun kena macam tu jugak."


"Lepas tu ok tak?"


"Koma 6 bulan..Tapi rawatan sekarang mungkin dah advanced."
"Lepas tu kami semua terus buat vaccine, Umi, Angah.."


"..."




...........






I suddenly felt different.
He's like my sister..
I want to help saving.


saya terus search: 'Bacterial Menigitis'
Baca semua fakta; punca dan rawatan.
Hati berdebar.


Komplikasi lebih teruk jika badan lemah immun.
Kuatkan immun! Lawan kuman TB itu!




What does the doctor say? Percentage of recovery?
Guaranteed treatment?




Allah.... hanya Allah penyebab selamat.












Hajar Fatimah, moga abang awak kembali sihat!


Photo: credit to Faareast.




Sunday, August 7, 2011

=.='

Kenapa lambat?
Sangat lambat kalau bab-bab menulis post ni.
Ideanya boleh jadi berbulan-bulan. Menulisnya boleh jadi berhari-hari.


Hatoooooiiiii.


Kalau dah mula semangat tu, bukak lah blogger.
Pegi Dashboard dulu, sekilas lalu tengok updates dari blog yang difollow.
Baca dulu blog diorang, bukan sikit. Banyaaaaak. Sebab takbukak blogger boleh tahan jugak berbulan.
Dah baca semua, tengok ayat best, post bermakna, rasa tak layak pulak menulis =.='
Rasa rendah diri pulak.


Cari lagi idea baru.


Hatooooooiii. makan masa lagi.


Nak mengarang tu satu, nak menyusun ayat, menyusun gambar.
Apsal la nak rumit sangat nih? Tulis je la.
Tapi bila dah inferior sgt rasa, cakap: 'Sorry, cause I speak better than I write.'
Tapi bila baca blog kakak sendiri ke, kawan-kawan ke... terfikir lagi: 'But there's something better written than spoken.'


Betul.


So...kena tulis.
Kalau ikut keretamayat, nak menulis blog pun kena penuhi 4 syarat.
Mungkin sebab tak cukup syarat, itu yang lambat kot?


Hmm...


Cubalah. Lama-lama menyuka. Eh?






Harap faham ye, kenapa lambat update.

Wednesday, July 27, 2011

Kosong



Post ini, adalah kata-kata personal. Mengimbau sebelum memasuki daerah baru.





Aku kini kosong.



...

Berdilema sewaktu SR.
Tersasar sebentar ketika SM.
Mencari semula tarbiyah di Hidayah.
Baiki lagi di DQ.

...



Satu hari, hidup seperti dihinggapi cahaya..namun hanya sebentar.

Ternyata ia menjerat apabila kejiwangan memulai langkah. Benar, aku juga rapuh. Menuruti nafsu itu terkadang terasa bahagia. Tapi cukup itu cukup! Biar berkali kali berhenti daripada terus terusan leka. Biar aku kehilangan berbanding jatuh dari landasan!




Satu hari, terasa benar makna 'erti hidup pada memberi'.
Pergi ke sana berseorangan, pulang juga berseorangan. Ketika bersama, aku tidak bersama. Tapi pemergian itu utk memberi. Sungguh aku tak tahu kalau mereka terasa 'diberi' atau tidak. Yang pasti, monolog hatiku tika itu pasti didengari. Cuma terkadang, ketagihkan dihargai.




Satu hari, terasa bercakap dengan angin itu kebahagiaan. Kerana angin itu bukan hanya angin. Bila yang bercakap dan yang menjawab itu diri sendiri, sesaat terasa kelegaan mengalir. Aku tahu, di situ pasti ada bisikan semangat dari alam ghaib.




Satu hari, bingung mana satu perlu diutamakan. Bingung siapa aku pada mereka. Bingung asyik membuat salah daripada melahirkan bangga. Bingung, apa lagi yang perlu diperbuat untuk mendapatkan bahagia mereka. Bingung apa dipedulikan kalau aku sudah tiada. Dan keputusan, diam dan buat saja. Cakap dan simpan saja. Yang penting, aku harus memberi sebelum berundur diri.




Walaupun berkali tersungkur, hingga kini, aku masih belum bersedia menduakan anginku.




...

Pendek sahaja waktu yang sudah berlalu. Kelihatan pahit itu seperti debu.
Yang akan datang belum tentu lebih panjang dan indah.
...





Aku terasa kembali kosong.




...

Kini, bulan yang indah akan tiba untuk mencoretkan apa yang akan datang. Kekosongan ini akan diisi. Selamat datang daerah baruku, Ramadhan Kareem.



Thursday, July 21, 2011

Appreciate


I desperately need appreciation.


but who would appreciate me?

Monday, February 14, 2011

Kejap, kejap.


Salam.

Ergh. EAP.

Kejap, nak meluahkan pendapat untuk menyenangkan hati. Durrr.

Well, the EAP was not that good. I was just starting to write my counter argument and refutation paragraph at the last 6 minutes, which means I have 2 more FULL paragraph to complete the 500-words essay. Whoa. That never happened in any writing examination and I was shaking like hell. I mean it, I never shook like this before.

At the end, I managed to finish it with a four-lines conclusion without a restatement of the thesis statement. =.='. I was really forgot, trying to catch the time as the teacher who was collecting the paper was just a chair away. My paper was the next. Now I see the advantage to sit at the very rear of the hall, or the very corner. We'll get extra end time. hooo.

Yesterday, was Sunday. I had my tasmi' class and I had promised to my self not to skip it in any circumstances. And up to this point, I have full attendance though sometimes I didn't really fulfill the 2-maqra' requirement. hee. For yesterday, I didn't skip it, but I requested to end it earlier because of the exam. Ustazah understood and prayed for me before I left. She prayed and I felt the strength.

As usual, I used to send a message to my parents to pray for me before any exams or quizzes. When I had my ustazah also prayed for me, it blows a hope to do the best. I really believe in the power of Doa. Very deep faith in how suprising it will work. I always leave the room with the prayer from my roommates. And I believe Doa can do just like, everything!

Now, I was just returning from my 2nd day tasmi' class for the week. And Ustazah had asked me just now, "How's the exam?". When I said it was hard, she reminded me not to stop doa. Tawakkal and believe that anything can happen. Because the power is Allahs.

Wherever I go, I'll be thinking of the EAP. What if I got C? or B-? ergh. It's a side subject which supposed to help in elevating the grade point average. Now it seems to pulling it down instead. This feeling makes me think, have I tawakkal-ed enough? What is so good of getting A? What is so bad in getting B? or C? I wonder how Allah regards this.

Why not stopping doa eventhough the exams has ended? As long as the result has not came out yet, there is nothing certain. Anything can happen. It is really anything!

Boleh jadi kertas madam nak tanda tetiba tertumpah kopi hilang tulisan, madam rasa bersalah so bagi markah tinggi.
Boleh jadi time madam tanda kertas ana, suami madam tgh puji2 madam. Dalam mood yang baik tu, madam bagi markah tinggi2.
Boleh jadi Allah hijabkan kesalahan dalam essay, madam nampak yang betul2 je.
Boleh jadi jugak, memang madam baca betul2, nampak semua kesalahan dan bagi markah rendah. Untuk jadi pengajaran pada diri.
Boleh jadi Allah nak berjayakan kita hanya kerana kita ada tolong orang miskin hari tu.
Boleh jadi Allah nak gagalkan kita hanya kerana kita ada bersangka buruk pada hari lain.

Kalau ikutkan logik, ada kaitan ke tolong orang miskin dan bersangka buruk dengan result exam? Semua benda-benda ni, as a result of our effort ke? Kalau bersengkang setiap malam, buat latihan pun..kita boleh kawal ke benda-benda ni kalau ia nak terjadi? Nak katanya, efforts are just efforts. Kalau karma kata ada in every actions ada cause and effect, Allah kata boleh jadi ada cause takde effect dan sebaliknya. Boleh jadi kita dah usaha tapi takde effect pada result. Boleh jadi kita tak dapat ulangkaji dgn baik tapi effect dia wonderful! Macam Hasan Al Banna pada zaman pelajarnya. Kalau Allah nak matikan orang, perlu ke ada reason? Possible tak orang mati with unknown reasons? Well, unknown pada ukuran manusia lah, yang takboleh nak explain. Tapi Allah sentiasa buat sesuatu dengan tujuan. The same analogy applied. Kalau Allah nak berjayakan orang, atau gagalkan orang, boleh je kalau tanpa reason. Tanpa reason logik yang kita selalu fikirkan.

So, untuk perkara2 yang diluar usaha kita, macam mana nak control? Memang tak boleh. Here comes the tawakkal and prayer. Leave everything to Allah to decide the best for us.

Tawakkal..tawakkal..doa..doa..

Ok. EAP and RIM are done. 4 to go, so keep on striving. Striving to keep the faith only to Allah, put efforts only because of Allah, and do the best because Allah encourages to do so. A, B, C and D, are just letters. Do they mean anything to Allah?

Hasbiyallahu la ilaha illa hua alaihi tawakkaltu wa hua rabbul 'arsyil 'azhim.
Amin to all prayers.

Friday, February 11, 2011

Colourful





Yeah.

The colour of my life is as colourful as this blog.

It starts shining when the person came.

He shows examples for the whole of mankind.

To be the best as a servant.

We remember him every single day.

Pay the salutation five times a day.


So long he lives in my life, so long will be my colourful life.


"Oh Allah! Bestow upon Your messenger, your apostle, Muhammad who is also our perfect and glorious leader the prayer (mercy) and salutation. The same we pray for his excellent family members and righteous companions."



Happy Maulidur Rasul :) Hayya bina ihya' assunnah.



Is that me?


From Curran & Renzetti (2000), in an article Social Problems, they made a view of people living in modern cities:

Some sociologists also believe that people who live in the cities are surrounded by others who tend to be indifferent and impersonal. Everyone tends to shut out others around them or loosen the traditional social bounds. Thus, they do not rely on each other on a personal level, are less apt to develop personal relationships or even practice discrimination. Such social structural living conditions tend to increase the likelihood of its people developing mental heath problems such as depression.

Urgh. The bold ones. In some angles, these sentences reflect my personality. And I often depressed just suddenly. I mean, the tears just flowing too hard. While hiding the crying sound from being noticed by people around, the feeling just hit my chest so violently. And I don't know why. After a few minutes, it will just stop. Now, is that a kind of mental health problem? Eww.

People always know me as an independent person. That I often eat alone, walk alone, do most of the things alone. And one can hardly ask me to be her company, which I've been longing for.

And I do, find a bit problem to develop a personal relationship. I mean, a close, intimate one.

Now, am I being hit with the crisis?

Ok. I'm not confiding anything here. If you know me, then you know me. The end.

....

This thing just crossed my mind while I'm doing a practice for EAP. The quotation above is in one of the articles I need to summarize. And I suprisingly found it just like who am I, after a few times searching for the points.

p/s: EAP final test will be on this Maulidur Rasul. Pray for my friends, and I :)




Monday, February 7, 2011

..Loading..

erk.

a looooong loading.

maaf ye. tgh struggle utk menamatkan semester 2 di CFS IIUM ni.

banyak sangat dugaan belajar, urgh.

tapi tiada yang menunggu pun kan.. ?

teng!

ok. thanx.