Thursday, December 3, 2009

The Best of the Best; YUSUF (2)



" Mutiaranya dalam takwil mimpi."



Tersebutlah kisah dalam Al-Furqan (12:36-41)..

Nabi Yusuf telah memasuki penjara atas arahan yang telah diberikan kepadanya. Masuknya Yusuf ke dalam penjara itu bersama 2 orang pemuda. Menurut satu riwayat, dua orang pemuda itu adalah pelayan-pelayan raja; seorang pelayan mengurusi minuman raja, dan seorang lagi tukang buat roti.

Ditakdirkan, kedua-dua pemuda itu telah bermimpi. Mereka pun menceritakan kepada sahabat sepenjara mereka (Yusuf) akan mimpi mereka itu. Salah seorang berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memeras anggur." Dan berkata seorang lagi, "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan oleh burung." Mereka pun meminta Yusuf memberikan takwil (tafsiran) mimpi kerana mereka melihat Yusuf sebagai orang yang pandai mentakwil mimpi.

Yusuf menjawab;

"Sebenarnya, takkan sampai kepada kamu berdua, sejenis makanan yang akan diberikan kepada kamu, melainkan aku dapat menerangkan terlebih dahulu jenis makanan itu sebelum ia sampai kepada kamu. Itulah yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku."

Yusuf menyambung lagi..

"Sesungguhnya aku tidak mengikut agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang pada waktu yang sama, mereka juga ingkar kepada hari kemudian. Yang aku ikuti adalah agama bapa-bapaku (termasuk moyang), iaitu Ibrahim, Ishaq dan Yaaqub. Jadi, tak patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan Allah dengan apa pun. Sebenarnya, ini semua kurnia Tuhan kepada kami dan seluruh manusia..tetapi malangnya, ramai manusia tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya."

Yusuf bertanya kepada mereka, "Hai pemuda, mana sebenarnya yang lebih baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu, atau Allah Yang Maha Esa?" Tanpa menunggu jawapan, Yusuf menerangkan, "Yang kamu sedang sembah sekarang, hanyalah nama-nama yang dibuat-buat oleh kamu dan nenek-nenek moyang kamu. Allah tak pernah terangkan satu apa pun mengenai nama-nama itu. Keputusan itu hanya milik Allah. Dia telah memerintahkan kamu untuk tidak menyembah selain Dia, sebab itulah agama yang lurus. Tapi, ramai manusia tidak mengetahui."

ok..

"Bagi mimpi kamu itu, ini takwilnya. Salah seorang dari kamu akan memberi minum kepada tuannya dengan arak, manakala seorang lagi akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Sekarang perkara yang kamu tanyakan kepada saya telah pun terjawab.."


**********


Begitulah yang tercoret. Lalu dimana mutiaranya?

Tentunya sedar, nabi Yusuf ada menyelitkankan dakwah sebelum beliau terus menjawab pertanyaan pemuda itu.


Dalam kisah ini, ada 3 mutiara yang diselongkar:



  1. IDENTITI


Salasilah keluarga Yusuf adalah dari keturunan Yaakub yang bapanya adalah Ishaq dan moyangnya Ibrahim. Tika itu, Keturunan Ibrahim dan Ishaq ini amat dikenali, dan disegani oelh masyarakat. Mulanya dia dijumpai oleh kabilah, seterusnya, dibeli oleh Al-Aziz, digoda pula isterinya sehinggalah beliau dimasukkan ke dalam penjara, sedikitpun Nabi Yusuf tidak menggunakan identitinya yang berketurunan mulia itu untuk melepaskan diri. Kalau diikutkan, permulaan dia dijumpai oleh kabilah itu, Nabi Yusuf boleh untuk membongkarkan identitinya bagi melepaskan diri, kan? Tapi tidak. Beliau menggunakan asal usul nya, hanya ketika ada maslahat dakwah iaitu ketika dia ingin memberi jawapan takwil mimpi itu. Tika itu baru diberitahu, keturunannya adalah daripada Ibrahim, Ishaq dan Yaakub.



Pertama: Setiap muslim patut ada rasa diri mereka lebih mulia dari orang kafir. Mulia disini bukan untuk rasa takjub, atau bangga, tp rasa kemuliaan dengan darjat Islam itu membuatkan kita yakin berhadapan dengan yang lain. Yes, mungkin takut berdepan dengan orang kafir, kalau2 mereka bertanya soalan yang kita tidak tahu jawab. Takpe. Balik dan cari lagi ilmu. Tapi smpai kita tidak mahu berdepan dengan rasa rendah diri, itu akan membantutkan penyampaian kalimah Allah. Kita belajar dari kesilapan kan? Kalau tak buat silap, kita jaang ambil pengajaran. Tapi untuk buat silap, bermakna kita perlu cuba. Dan untuk cuba kita perlu yakin. Muliakan diri dengan Islam, dan yakinlah.


Kedua: Bila berdepan dengan orang yang tidak beramal, atau dikategorikan sebagai fasik, jangan sesekali rasa takjub dengan kedudukan mereka (kalau mereka lebih tinggi kedudukan dari kita, spt ketua, yb, dsb), dan jangan juga sombong kerana merasakan diri lebih baik. Tetapi pandanglah mereka sebagai seorang mad’u yang berpotensi. Jangan tunjuk kita ni terlalu rendah diri sampai macam dah tiada harga. Bertindaklah, dan berkelakuanlah secara semulajadi – baik, dan bergaul dengan semua orang. Jadilah diri sendiri walau dengan siapa pun kita berdepan (jgn bila depan YB/ketua, baik, sopan, pijak semut pn tak mati, tapi bila dengan orang biasa, hampeh, hormat pn tak.)


Ketiga: Biar orang kenal akhlak dan kepakaran kita dahulu sebelum orang kenal identity kita yang sebenar. Tunjukkan akhlak yang baik, jgn gunakan identity sebagai ketua pelajar, atau orang JIM, atau anak YB ke, untuk mendapat kedudukan atau penerimaan orang. Sebab bila kita dah mula meng’identiti’kan diri kita, orang dah mula mengklasifikasikan kita, tidak melayan kita seperti biasa. Kalau akhlaq yang baik, semua orang secara naturalnya dapat terima, suka dan selesa untuk bergaul. Biarlah nilai murni itu membuka ruang dakwah kita dengan mad’u. Jadilah orang biasa, santai, dengan cara kita sendiri. Itu juga yang dilakukan Nabi Yusuf apabila beliau bergaul dengan dua pemuda dalam penjara.


  1. KESEMPATAN


Seseorang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk berdakwah, akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk berdakwah. Macam Nabi Yusuf, dua orang pemuda tu mintak takwil mimpi je pun. Tapi bila akhir tu mereka kata – kami melihat kau termasuk dolongan orang2 yang pandai(mentakwil mimpi) – maksudnya mereka dah ada sedikit kepercayaan berdasarkan apa yang mereka lihat pada perwatakan Nabi Yusuf. Waktu nilah Nabi Yusuf nampak peluang untuk berbicara tentang dakwah, kerana mereka ada tunjuk hint penerimaan.


Gunakan kesempatan yang ada dimana-mana sahaja berada; surau, tempat kerja, masjid, lokaliti, kelas, dsb.


Dalam menggunakan kesempatan ini, ada sikap dalam kita beramal.

Pertama: pendakwah menganggap dakwah sebagai satu penghormatan, bukan beban. Dihormati kerana diberi tanggungjawab ini. Istilah ‘beban’ yang orang selalu guna hanya untuk bagi kita ‘alert’ yang tugas ini penting.

Kedua: terus menerus bermujahadah dalam menyampaikan dakwah. Yakin pertolongan Allah akan datang.

Ketiga: tidak merasa lekeh untuk buat perkara kecil, dan tidak merasa bangga untuk membuat perkara besar. Jangan fikir dapat tolong cuci pinggan tu apelah sangat nak dibandingkan dengan dapat jadi pengarah untuk satu2 program. Kita tak tahu amalan mana yang akan diterima Allah.

Keempat: Sentiasa tawadhu’ dan bersyukur apabila amalan yang kita buat tu dapat menyumbang untuk Islam.

Kelima: kalau secara jemaah, kesempatan tu kita sendiri boleh wujudkan dengan membuat program seperti Islamic Week, Jom Lepak, dsb. Tapi kalau secara individu pula, kesempatan dapat diwujudkan melalui komunikasi berkesan. Sungguhun tika itu kita dalam keadaan tidak bersedia, atau mad’u tidak berminat, tapi dengan cara komunikasi yang betul, dengan riak muka, nada suara dan penceritaan yang semangat, boleh membuka peluang itu.


  1. UTAMAKAN TAUHID


Mengutamakan pemantapan tauhid dahulu sebelum penjelasan dan perincian cabang-cabang dalam Islam. Dalam dakwah, aqidah diutamakan. Itupun perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah tanpa unsur kebencian.


Lihat, Nabi Yusuf juga dalam menyelitkan dakwah, beliau berbicara tentang Allah yang satu dan dengan menyembahNya, itulah jalan yang lurus. Itu tauhid. Sungguhpun kedua pemuda itu tidak pernah berbual pun dengan Nabi perihal agama.


Antara caranya:

Pertama: elakkan perbincangan tentang masalah khilafiah yang boleh menimbulkan perbincangan yang rumit.

Kedua: seharusnya berupaya untuk membawa isu ranting kepada isu pokok. Seperti berbual tentang akibat, kemudian kaitkan dengan punca dan asbab yang berbalik pada agama.

Ketiga: kebencian didasarkan pada amalan, bukan pelakunya. Nabi Yusuf tetap menerima adik beradiknya setelah apa yang mereka lakukan, bahkan berkata bahawa syaitanlah yang selama ini merosakkan hubungannya dengan saudara-saudaranya.



**********



Inilah kisah Nabi Yusuf bersama dua orang pemuda di dalam penjara. Surah ini masih belum tamat. Kisah Yusuf masih panjang, ketika dia dilantik oleh raja, sehinggalah dia berjumpa semula dengan ayahnya yang disayangi dan adik beradiknya yang dirindui. Banyak lagi mutiara. Semuanya dalam satu surah; YUSUF.








(Coretan dari Majlis Ilmu PaLS, 1 Disember 2009 oleh Dr Hishamuddin Alham dengan tajuknya “Mencari Mutiara Yusuf”.)

Wednesday, December 2, 2009

The Best of the Best; YUSUF.


"Surah Yusuf.punya mutiara disebaliknya.kisah terbaik dari yang terbaik."

Ayat ke3 surah Yusuf: "Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran in kepadamu. dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui."

Surah Yusuf adalah satu-satunya surah didalam Al Quran yang menceritakan tentang kisah seorang nabi iaitu Nabi Yusuf a.s dari awal surah hingga ke akhirnya. Dan antara cerita PALING BEST dalam Al Quran..

Surah ini, kalau dibaca terjemahannya sahaja, kita dah boleh faham jalan ceritanya. Tak perlukan penelitian yang mendalam kerana ayatnya yang straight forward. Dalam kisah Yusuf dan saudaranya ini ada iktibar bagi orang-orang yang bertanya (12:7), yang ingin tahu. Jadi iktibar tu tak semestinya didapati hanya pada orang yang berakal, cerdik pandai, bahkan yang biasa2 pun boleh memahami dan mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf ini.

Perbincangan pada hari ini, dari mulanya kisah Yusuf hingga baginda dipenjara.

Sejarah ringkas, berdasarkan kitab agung, dan sumber2 sahih.
Mulanya dikisahkan apabila anak kecil bernama Yusuf, ketika umurnya dalam lingkungan 8 - 9 tahun, bermimpi melihat 11 bintang (simbolik kepada 11 adik beradiknya, 10 daripadanya berlainan ibu), matahari dan bulan (simbolik bagi kedua ibubapanya) (12:4). Yusuf bercerita tentang mimpinya ini pada ayahnya Nabi Yaakub. Lantas Nabi Yaakub menasihatinya agar tidak menceritakan tentang mimpi itu kepada adik beradiknya yang lain (12:5) krn khuatir akan timbul hasad dengki. Sebabnya, mimpi itu menunjukkan, satu hari nanti, Yusuf akan menjadi yg paling tinggi dari yang lain kerana yang dilihat adalah 11 bintang (which exclude himself).

Tetapi tika ini, mmg adik beradiknya yang 10, tidak termasuk Bunyamin, sudah dengki pada Yusuf, kerana dia lebih disayangi oleh Nabi Yaakub berbanding yang lain. Mereka telah berpakat untuk membunuhnya. Tetapi yang paling tua antara mereka, memberi idea yang lebih bernas - untuk memasukkannya ke dasar sumur(dalam telaga), agar dia dipungut oleh beberapa orag musafir. Tapi macam mana nak senang2 bawak Yusuf kan? Mereka pun memujuk ayahnya, nak bawa Yusuf bermain2 bersama dan akan pasti menjaganya (12:8-11). Ayahnya risau, takut dimakan serigala, tapi akhirnya setelah diyakini, pergilah juga Yusuf bersama adik beradiknya. Mulalah rancangan mereka untuk memasukkan Yusuf ke dalam sumur.

Lepas tu, macam mana nak bgtau Nabi Yaakub?

Mereka pulang dalam keadaan menangis, dan mulalah mereka cerita yang mengatakan mereka pergi bermain kejar2 dan tinggalkan Yusuf dekat barang-barang mereka. lalu dia dimakan serigala. Mereka bawa bukti juga - iaitu baju Yusuf yang dilumur dengan darah palsu (12:15-17). Apa reaksi Nabi Yaakub?

Nabi Yaakub bersedih, tetapi dia tahu Yusuf masih belum meninggal. Atas 2 sebab:
1) Mimpi Yusuf akan menjadi kenyataan. Yusuf akan diangkat diantara adik beradiknya itu nanti.
2) Baju yang dibawa sebagai bukti itu, tiada kesan koyak.

Apa pula yang terjadi pada Yusuf?
Sebuah kabilah telah melalui telaga itu dan berhajat untuk mengambil air. Lalu terjumpalah si ghulam (Yusuf), diambil dan dijual sebagai hamba. Jualnya dengan harga murah je, sebab:
1) Nak cepat orang beli. Nanti lama2 orang tahu yang ghulam tu dijumpai, bukan milik mereka.
2) Yusuf tatkala itu hanyalah seorang ghulam (budak kecil).

Yusuf telah dibeli oleh Al-Aziz (seperti yang disebut dalam Al Quran) atau ditafsir sebagai ketua polis kepada raja zaman itu. Isterinya berhajat untuk memeliharanya kerana mungkin bermanfaat atau boleh dijadikan sebagai anak.

Apabila Yusuf telah meningkat dewasa, telah diajarkan kepadanya hikmah dan ilmu. Lingkungan umur Nabi Yusuf tika ini ada 30 - 40 tahun. Mulalah kisahnya digoda oleh isteri Al-Aziz itu (nama Zulaikha tidak disebut dalam Al Quran mahupun Hadith secara jelas. Ianya bersumber dari kitab israeliat). Apabila bajunya yang terkoyak dari belakang membuktikan Yusuf tidak bersalah, Al-Aziz pun meminta Yusuf merahsiakan hal ini, manakala isterinya pula seharusnya memohon ampun atas dosanya.

Habis, kenapa Yusuf dipenjarakan juga?

Kisah isteri Al-Aziz menggoda Yusuf ini telah tersebar dalam kalangan penduduk wanita di kota. Maka, isteri Al-Aziz memanggil wanita-wanita itu, dan memberi mereka pisau untuk memotong. Ketika itu, dia menampakkan Yusuf dihadapan mereka, lalu terpotonglah jari (atau terluka) kerana terlalu terpesona dengan cantiknya rupa paras Yusuf (mesti handsome bangat!). Isteri Al-Aziz berkata:

"Inilah dia orang yang kamu mencela aku kerana tertarik dengannya dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
(12:32)

Ketika ini, ternyatalah bahawa Yusuf tidak bersalah. Namun Nabi Yusuf harus dipenjarakan juga untuk beberapa waktu bagi menutup malu, supaya nampak bahawa yang bersalah adalah Yusuf dan orang tidak membicarakan lagi hal ini (12:35).

Maka, Nabi Yusuf a.s dipenjara untuk 7 tahun lamanya.
Tika ini juga dia masih terpisah dari ayahnya - menjadi 20/30 tahun lamanya!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa 'mutiara' Yusuf setakat ini?

1) Dari awal nasihat Nabi Yaakub kepada Yusuf agar tidak menceritakan perihal mimpinya kepada adik beradiknya yang lain - Apabila kita menerima sesuatu nikmat, mendapat kelebihan yang lebih dari orang lain, seharusnya tidak diheboh-hebohkan, dan tidak dibangga-banggakan. Kerana itu pastinya menimbulkan hasad dengki, baik sesama keluarga, sahabat dsb.

2) Hasad dengki membawa kepada keburukan yang lebih dahsyat. Kerana dengki, adik beradiknya mula merancang untuk membunuh. Setelah dibunuh, ditipunya pula ayah mereka sendiri. Hal ini membawa kepada pertelingkahan yang menggugat kesatuan. Dengki puncanya hati. Hati harus dipandu.

3) Jual beli atas barang yang bukan milik kita, asalnya tidak sah, bukan? Tetapi kerana ketidaktahuan, tanpa rasa was-was, jual beli itu menjadi sah. Begitulah yang berlaku pada Yusuf yang dibeli oleh Al-Aziz daripada kabilah sungguhpun Yusuf ketika itu bukan milik mereka. Al-Aziz tidak tahu ghulam itu dijumpai, dan tidak pula merasa was-was dalam urusniaga itu. maka jualbelinya adalah sah.

4) Bolehkah seorang bapa, atau ibu, menyayangi anaknya seorang melebihi dari yang lain? Hal ini dilakukan oleh Nabi Yaakub sendiri. Tetapi lihat dasarnya. Nabi Yaakub menyayangi Nabi Yusuf dan Bunyamin kerana akhlaq, tingkah laku dan peribadi yang baik, murni dan tulus. Ianya adalah hakikat sayang, suka pada yang baik, suka pada yang kearah kebaikan. Sayang itu natural. Akan pada setiap manusia. Jadi kepada anak-anak, untuk menjadi anak yang disayangi, bersikaplah yang baik. Namun perlu diperhati, yang lainnya bukan dibenci, masih sayang. Hanya lebih sedikit pada Nabi Yusuf dan Bunyamin. Mereka tidak dilebihkan dari segi material, hanya tahap keprihatinan.

5) Apa pengakhiran 10 adik beradik Yusuf yang pendengki itu? Ada sumber mengatakan mereka diangkat menjadi nabi. Hakikatnya pada akhirnya mereka berubah dan mengaku mereka dari kalangan orang-orang yang bersalah (12:97). Jadi, kita tidak boleh judge orang ketika dia melakukan kesilapan, kemaksiatan atau dosa. Pengakhiran sebenar seseorang manusia adalah sebelum ia meninggal dunia. Oleh itu, jika terlihat yang melakukan dosa, sama2 membimbing, bukan terus membenci dan tidak lagi bergaul kerana khuatir terjebak atau terkena 'tempias' kesalahan mereka. Penghakiman amalan seseorang yang terbaik pastinya dari Allah. Itu bukan tugas kita untuk menghakimi.









~mari selongkar lagi mutiara Yusuf..


Monday, November 30, 2009

korban+aqiqah , proses+cerita




ni gaya budak-budak moden nak ke kampung sempena Hari Raya Haji.



lagi...budak-budak yang agak2 poyo.


Tahun ni korban 2 ekor. Sekor kambing, dan sekor lembu. Yang lembu punya dah malas nak amik gmbar. Kambing jadi wakil la.



Innalillah dan alhamdulillah. Selamat korban. Bau die takleh tahan.




ni ada penonton tambahan. Sama2 menyaksikan korbannya seekor kambing. Singkap kembali kisah pengorbanan Nabi Ismail. Beruk ni mesti tau gak kan?




Cabut dulu kasut kambing ni.






pastu bukak baju die. cantik gak bulu die.




Dah siap. Yang berdiri tu sepupu. Pandai dia dan ayahnya proses kambing korban ni.


ni ayahnya, bapa sedara ana la. Barang-barang dalaman kambing tu nak dikeluarkan dulu. Pak ngah ana ni mmg berpengalaman. Beruk tadi tu, peliharaan dia. Dia pun ada kuda, banyak. Memang kerjanya jual kuda. Ktorang kalau nak pegi rumah dia sampai panggil,
"Jom pegi rumah Cik Ngah kuda." Nama 'kuda' tu dah sinonim. Bab2 haiwan ni, pak Ngah ana mmg expert.


Banyak rupanya steps nak proses korban ni. Tiap2 tahun mmg ada korban kat kampung. Tapi tak teliti satu2 pulak cara dia,tengok setakat dia sembelih je. Ni baru terpk nak tengok. Memang perlu ilmu. Kalau sorang2 ni, konfem tak reti. Kalau tak reti, tak boleh korban. Kalau tak korban, tak tertunailah kewajipan ni.

Tahun ni agak berbeza, sebab korban dibuat di kampung belah mak ana. Dengan bapa2 sedara, mak2 sedara, dan sepupu sepapat yang kami tak berapa nak rapat. Tapi petang tu ktorang potong daging sama2. Daging kambing sekor, dan lembu sekor. Amat banyak, dan meletihkan tangan. Kalau daging yang beli, bila bawak balik rumah, tahulah nak potong. Ni butul2 dari badan empunya daging, cam tak tahu mana nak stat. Ana ngan kakak ana dah bisik2,

"potong ikut mana nih?"
"ntah, tanyalah cik ngah." Time tu cik Ngah tgh potong daging gak kat sebelah ana.
"Alang tanya lah.." virus segan mmg selalu menular time2 gini.
"La...tanya je la."
last2, dua2 diam. Intai2 orang lain potong, pastu copy and paste je lah.

"kenapa kita tak reti potong daging?"
"umi mana suka kita tolong dia masak."
"umm.."
"time kecik2, kta bukan macam ni."

uh..teringat perjalanan hidup dulu. Sedih sikit je.




Ni lah kuda peliharaan Pak Ngah ana. Ada banyak lagi. Kat rumah dia ni memang ada kandang kuda, dari anaknya, hinggalah ke maknya. Siap ada nama lagi. Yang ni tak ingatlah nama apa..









Ni pulak burung merak. Pun kat rumah dia jugak. Time ktorang pegi tu, die tengah kembang!! Paling cantik dalam dunia. Sangat2 cantik. Subhanallah..











Tengok, atas kepala dia ada macam makhota.. Ya Allah, warna dia..bulu dia..macam baldu. cantik sangat. Yang cantik ni jantan, kan? Betinanya ada juga dalam sangkar tu, warna hitam je..dan bulu dia mmg tak kembang..










Binatang ni..yang jantannya yang memikat si betina. Yang jantannya saaaangat cantik. Terlalu jauh berbeza dengan betinanya. Perhiasan, semuanya pada si jantan. Sampai atas kepala pun dihiaskan dengan makhota. Semua itu untuk memikat si betina.

Kalau manusia, wanitanya yang sebok2 ber'make-up', pakai sana pakai sini, dedah sana dedah sini, untuk memikat si jejaka. Perhiasan untuk wanita, amat variety. Dari mata, rambut, tangan, hingga ke kaki, ada sahaja perhiasannya.

Siapa yang sepatutnya berhias ni?

Allah dah beritahu dalam kitabNya, pada binatang tu ada kegunaan yang boleh dimanfaatkan untuk manusia. Baik dalamannya, luarannya, mahupun tingkahlakunya. Maka siapa yang mahu mengambil pelajaran?

SAYA!!
ops..KAMI!!

keduanya-duanya ada dalam Islam. Kalau cara haiwan tu, sebelum kahwin. Wanita kalau boleh sembunyi perhiasan, sembunyikan sebolehnya. Lelaki nak berhias pun, berhiaslah. No harm at all. Kadang2 leh gak jdi credit untuk memikat wanita. Tapi perlu ke pikat? hurmm.

Kalau cara manusia tu, selepas kahwin. Wanita kalau boleh berhias, berhiaslah yang terbaik untuk suami. tapi cara yang dia suka la. Berhiaslah seboleh2nya, sampai tua.

tapi perhiasan tu subjektif. Terpulang pada akal bagaimana nak mendefinisikan 'perhiasan'..

akhirnya;
SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA! (oww, dah lambat ke?)

ps: Raya Haji, pengorbanan Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya lillahi taala. Pengorbanan kita? Jauh panggang dari api berbanding apa yang nabi Allah tu buat.








Saturday, October 24, 2009

KHATAM

Pulut Kuning dijamu sempena Khatam Al-Quran.


Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam. Yang Maha Mengetahui setiap detik perkara yang berlaku, bahkan sehelain daun tidak akan jatuh tanpa izin Dia.

Detik itu - tepat jam 10am, 23 Oktober 2009 bersamaan 4 Zulkaedah 1430H, tamatnya bacaan doa khatam Al-Quran yang ana sendiri mendoakan. Tak tergambar apa perasaan. Debaran bermula sejak malam tu lagi..

kawan baik ana, Syakirah tanya,
"Jan, dah khatam?"
"Alhamdulillah.." time ni ana dalam bilik, tgh rehat.
"Tahniah..! anti nangis tak?" dengar suara background pn jerit tahniah..
"Hmm..tak. Time kat kelas tu berdebar je memanjang. sejuk tangan ana."
"oh, ok...jumpe nanti..!"

tak lama lepas tu, kawan baik ana Farhana pn tanya jugak, "Anti nangis tak?"

jawapan ana sama je..

sejak sebelum tu, diorang asyik cakap..,"mesti rasa nak nangis..yelah, bukan senang..memang tak senang.."

Hanya Dia tahu, air mata yang Dia ciptakan untuk seorang hamba ini, tumpah ke bumiNya kerana nikmat yang diberi khatam Al-Quran atau tidak. Tumpahnya ketika menghambakan diri bersujud syukur atau tidak. Dan kalau tidak, hanya Dia tahu apa sebenarnya perasaan hambanya. Diterangi cahaya atau diselubungi kegelapan. Aku berlindung denganNya dari jalan yang sesat, jalan orang-orang yang dimurkaiNya.

Apa makna semua ni? Bermula dengan berat hati yang lebih berat dari batu yang berat, ana kuatkan diri dalam keadaan terpaksa untuk berdaftar di Darul Quran, pada 28 Disember 2008 yang lepas. Dan sekarang, 23 Oktober, ana dah khatam? Kalau berat hati mesti takde mood sgtkn patutnya. Ana pun tak tahu. Yang ana tahu, memang bermastautinnya ana di Darul Quran tu perancangan Dia. Ana cuma nak jayakan apa yang Dia rancang sebaik mungkin.

Ana terfikir, adakah mujahadah ana untuk mengkhatamkan Al-Quran, sebagai satu subjek akademik, atau sebagai mujahadah seorang hamba yag ikhlas menghafaz mukjizat terbesar ini?

Abi pernah sms ana satu masa sebelum ana pulang semula ke Darul Quran setelah cuti Hari Raya. Dalam sms tu tertulis doanya, "Abi doakan supaya Allah membersihkan hati dan jiwa utih. Semoga sentiasa ada unsur dalaman yang 'memaksa' dan sentiasa menarik utih ke jalan yang diredhai Allah."

Ana akui selama ini ana memaksa diri ana untuk selesa di Darul Quran. Memaksa diri untuk menerima kenyataan, setahun setengah akan dihabiskan disini, di Darul Quran. Kenapa Allah mudahkan menghafal, khatamkan seorang manusia yang meghafal Al-Quran kerana terpaksa? Tak ikhlas?

Hidup penuh teka-teki. bagai puzzle yang belum siap. Hodoh gambarnya kalau ada missing piece.

Ana pernah jatuh. Jatuh dalam lubang yang dalam, hampir tersasar tak jumpa jalan keluar. Dalam tu gelap. Kepekatan hitam menyelubungi kegelapan tu. Kenapa ana yang cemar, kotor ini yang dipilih untuk khatam awal?

Jawapannya ada. Dalam sujud. Jawapan yang lebih precise, bila sujud ditenggelami air mata.

Alhamdulillah, thummalhamdulillah, thummalhamdulillah.

Saturday, October 3, 2009

susah.

setiap kali nak tulis blog, mesti baca blog orang lain dulu.

dan setiap kali membaca tulisan orang lain, setiap kali itulah rasa kerdilnya diri ni nak menulis seperti mereka.

dan rasa susah. Susah untuk merasa diri ini layak untuk berdakwah dlm tulisan. Rasa inferior.

Ini penyakit hati ke?
mungkin hidayah perlu ditingkatkan, iman perlu dikukuhkan, usaha perlu selari.

bantuan kubutuh hanya dari Allah.

Friday, September 25, 2009

Kekecundangan yang menghinakan.

Ya Allah..

Jangan ambil nyawaku lagi. Banyak yang perlu aku perbaiki. Sering kali diri ini mengulangi kesilapan yang telah ditekad utk tidak mengulanginya. Tapi hakikatnya, kecundang! Jatuh dengan nafsu, kalah beberapa kali. Aku cuba bangkit. Dengan azam baru, berbekalkan tarbiyah Ramadhan dan senjata solat yang aku amalkan 18 tahun. Tapi tetap begitu!

Lemahnya diri ini!

Adakah ini bermakna solatku selama ini sia-sia? Janjiku pada Tuhan selama ini janji munafiq? Munafik itu letaknya di neraka paling dasar! Aku tak sanggup, namun disaat melakukan dosa, aku sering kali insaf dan sedar setelah melakukan kesilapan. Tidak mentadabbur ayat-ayat cinta Ilahi yang berpesan untuk berfikir dengan hati, melihat dengan mata, dan mendengar dengan telinga!

Sampai bila?

Ya Tuhan. Biar apa yang kucoretkan ini menjadi lagi saksi terhadap tekadku untuk berubah, selain kata-kata yang ku ungkapkan seringkali di masa dahulu. Biar bertambah saksi agar bertambah ketakutanku terhadap balasanmu kelak. Biar bertambah saksi agar byk yang menyokong perubahanku tatkala bertemu dengan Mu kelak. Biar yang membaca coretan ini juga menjadi saksi azamku yang telah beberapa kali gagal dicapai, bukan kerana Allah tidak memberi hidayah, bukan kerana Tuhan tidak sayangkan aku, tapi kerana aku. Aku yang JAHIL, BUTA, PEKAK dan TULI!

Seringkali aku angankan, menjadi hambaMu yang terbaik. Tapi dengan kesalahan yang kuulangi, anganan itu jauh. Jauh dari perjalanan yang sedang ku lalui. Banyak yang perlu diperbaiki. Banyak dosa yang perlu ku taubati. Banyak noda yang perlu ku bersihkan. Banyak senjata yang perlu ku bina untuk menepis segala macam godaan. Dari manusia dan nafsu bertuhankan syaitan!

Kini aku inginkan anganan yang lebih hampir. Aku ingin menjadi hambaMu yang paling kerap bertaubat!

Ya Allah....panggillah aku menghadapMu sebagai hambaMu, di hari Kiamat kelak.

Amin.

Thursday, September 24, 2009

caliph14

17 September 2009.

Alhamdulillah, dpt pergi. Walaupun sebenarnya keberatan disebabkan masa yang singkat berada di JB. Abi nak mintak balik cepat, tolong siapkan rumah sebab umi dah tak larat. Nasib baik uda dapat balik dulu, so i can spend a few days here in KL; iftar dengan Angah+Kak Hajar, iftar dengan caliph14 dan iftar dengan umi.

Tak dijemput sbnrnya. Ada baca blog salah seorang caliph14, katanya ajaklah sbrp ramai generasi caliph14 dari form1 hingga form5. Tapi ana darjah 6 bersama dengan generasi ni, so kira tak termasuk sgtlah..

Jumpa ramai yang dah laaaama sangat tak jumpa; afiqah, farhana, najwa, haziqah, sharifah aminah, aminah kamilen, shahira, raihana, amirah, aqilah, syakilah, nasuha, kembar, dan ramai lagi(maaf klu termiss nama)

walaupun mereka taklah nak sangat bertemu dgn hamba sorang ni, tapi ana betul gembira. macam berada di dimensi lain bila bersama mereka.

caliph14...nama bagi generasi mereka yang bercita-cita menjadi khalifah terbaik dimuka bumi. Cita-cita tu dah dicapai semua orang..tapi berapa ramai yang menjayakan? Generasi ana XGEN, keluaran produk yang sama generasi dengan caliph14. Persamaannya kedua-duanya hasil didikian tarbiyah sekolah Islam dibawah Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia. Kalau generasi ni dapat bergabung - keluaran tahun 2008 - biar membentuk satu jemaah, remaja muslim yang membentuk masyarakat, seangkatan tentera untuk memperjuangkan apa yang sepatutnya diperjuangkan, alangkah baiknya. Sungguhpun kita hanya bergerak sebagai tukang masak dalam satu majlis ilmu - itu tetap perjuangan.

Ana berada pada 2-2 generasi. Alhamdulillah diberi peluang meluaskan pengalaman.

malam iftar tu selepas Maghrib ada tazkirah. Ana memang tak prepare. buku takde, pen takde. Harap jgnlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Walaupun ringkas, ana rasa bermanfaat. terkesan dalam diri. Pentazkirah tu ana takpasti namanya apa, yang pasti dia ex-SMIAAG. dah 5tahun rasanya keluar SMIAAG.

Permulaannya diingatkan tentang mati. Dipetik dari surah Almulk ayat 2; Allah yang menciptakan mati dan kehidupan untuk menguji siapa diantara kamu yang terbaik amalannya. Kenapa dimulakan dengan mati? Kenapa Allah tak sebut hidup baru mati? Mati tu amat signifikan. Permulaan hidup kita yang sebenar adalah setelah kita mati. Hidup kita yang sekarang penuh dengan ujian. Ujian untuk menentukan setelah mati nnt amalan yang mana satu antara kita yang terbaik amalannya. Macam ada perumpamaan yang dibuat, hidup ibarat pentas lakonan. Hari penganugerahannya di padang mahsyar kelak. Siapa antara kita terbaik lakonannya? Lakonan yang sekadar untuk dipertontonkan, atau lakonan berinspirasikan dari 'a guided heart'?

Kalau exam di sekolah, kita masih ada waktu untuk prepare bagi menghadapi peperiksaan yang ditetapkan tarikhnya. Tapi hidup, setiap masa adalah ujian. Kita berjaya atau tak, nanti diberitahu di dalam kubur. Persoalannya, adakah setiap masa kita bersedia?

Kita tak tahu masa depan kita macam mana, apa akan jadi pada hari tua. Tapi persiapannya dilakukan sekarang, masa muda. Kalau dihari tua kita baru nak amalkan puasa sunat, Solat Dhuha, sedekah, tp masa muda kita tak cuba buat disebabkan kekangan masa, busy memanjang, tunggu kaya dulu....alamatnya liatlah hati.

Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah/infak Palestin dsb.
Jangan tunggu ada kelapangan masa baru nak solat Dhuha, puasa sunat.
Spare kan duit dan masa yang ada skrg untuk jinakkan hati kita dgn perkara2 begitu. Pengurusan diri, itu kunci seorang khalifah.

Peringatan untuk diri sendiri, moga berjaya diucapkan.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan di Raudhatus Sakinah.


Alhamdulillah, sampai juga kepada Ramadhan Al-karim ini..

Istimewa tahun ini, Allah bagi peluang pada ana, Faizah dan Fadzilah untuk menyambut hari pertama Ramadhan bersama pelatih Raudhatus Sakinah yang istimewa semuanya..

mereka memang istimewa. Dan berada di situ juga istimewa..

Kad di dalam gambar itu, Kad Ramadhan yang mereka buat time slot Kad Ramadhan untuk ana. Faizah dan Fadzilah juga dapat. Tulisan dan kata-kata mereka berharga; orang yang Allah pilih untuk mendapat hidayah, insyaAllah.

Kedatangan ana pada 1 Ramadhan = 21 Ogos 2009 (2-2 tarikh keramat!!) untuk program Xgen bersama pleatih RS ini adalah kali kedua. So, time ana pergi ada yang ckp: "Eh, kak Jannah! Nampak lain la..".

mungkin agak lain sbb dulu ana pergi pakai tudung labuh, time ni ana pakai tudung bersegi tiga..hmm..

mmg dipanggil akak. hanya 4 org drpd 20 di situ yang lebih tua dari kami. The rest are younger than us.

Apa pun, kenangan di sana sgt best! sgt. Syukran jazilan kpd semua pelatih RS!! Salam Ramadhan!


Programnya begini...~

Tentatif yang dirancang mmg palinglah lari. Laju dia lari. biasalah manusia merancang tapi Allah lagi tahu yang terbaik. Asalnya mula program jam 11 pagi - tapi hakikatnya mula jam 2:15 ptg.

So..

Awal-awal tu memang kekok! Tak tahu nak start mcm mana sbb slot taaruf yang first dipegang oleh Wani. Dah smpai situ br tahu Wani ada hal. Sape nak amik alih? Uh, ana yang jadi mangsa (mangsa ke?).

Overall tentatif (lepas adjust stat kol 2:15) mcm ni:

2:15 - 2:30 = Taaruf.
2:30 - 3:45 = Slot 1: Adab dengan Ibu Bapa.
3:45 - 4:00 = break: Demi Matahari.
4:00 - 4:45 = ISHOMA
4:45 - 6:15 = Slot 2: Kad Ramadhan.
6:15 - 7:30 = ISHOMA
7:30 - 8:30 = Slot 3: Hablum minan nas.
8:30 - 9:30 = Solat Isya' dan Tarawikh.
9:30 - 10:00 = Penutup.

ringkas tak? alah, sebagai permulaan..ok la kan? Pengisian dlm slot ni ditentukan oleh pengurus RS, makcik Solehah. Cuma cara perlaksanaannya kami yang reka..

Taaruf
Sepatutnya ada games. Tp kesuntukan masa, jadi buat simple2 je. Just pengenalan diri secara ringkas.

Slot1: Adab dengan Ibu Bapa.
Slot ni kami smpaikan mesej dlm bentuk video. Tengok cerita Ihsan (penah tengok?). Download YouTube je ni..tak berapa nak best sbb audio tak boleh nak kuat. So mcm x feeling sgt. Nasib baik takde yang tdo. Habis tengok video tu, buatlah ulasan sikit. hmm..oklah.

Break: Demi Matahari.
ni saje2 bagi diorang relaks, nyanyi lagu Demi Matahari sama2. dengan gaya sekali..huh, agak lawak la.

Slot2: Kad Ramadhan.
Sebelum mula tu, kami 'riadhah sikit'..main As We Walk! (sounds familiar? hehe)
Time ni barulah kemesraan terjalin. Mesra sgt. Best. kami Walk, Tango n Jump together! Then, tgh seronok2 baru ada mood utk buat kad. Mulalah buat kad dengan background lagu yang mcm2..tapi....habis lambat! lambat sgt smpai tak makan mlm lagi..diorang buat smpai maghrib sbb semangat sgt! hehe..

Slot3: Hablum minan nas.
Burn! terbakar hangus...x sempat buat. time ni ktorang makan malam. Mee sup, sedap! (diorang semua dah pandai masak,macam2!) Habis maghrib pun kol 7:45..

lepas makan, solat Isya' and tarawikh, siap dlm pukul 9:45..kami gilir2 jadi Imam. Mulakan bacaan surah Al-Baqarah. Agak cuak sikit la, takut tergagap. Alhamdulillah, everything went very fine!

Dah hampir tamat program. Ada yang ajak kami tidur disana. Dah mesralah katakan.. tapi malangnya, semua ada hal. Mungkin lain kali kita buat program bermalam disana pula..

Akhir sekali, kami main kotak beracun sekejap. Siapa yang kena, perlu baca Kad Ramadhan yang dibuat dihadapan semua orang...kami pun dapat jugak! :) Lepas tu, slide show ringkas dan mereka nyanyi lagu Setanggi Syurga serta program pn tamat...tambahan pula dengan sesi bergambar.(say, peace!)

rasa berat pulak nak balik. Takpe, next time datang lagi, InsyaAllah..

Wassalamullahi alaikum!


..........................................................................................................................................................................

selingan...

Mlm td Aisyah tengok umi solat tarawikh sendiri di rumah, sbb pregnant n x larat ke masjid. Aisyah tanya:

Aisyah : Umi, umi solat apa?
Umi : Umi solat tarawikh...
Aisyah : Umi solat sunat eh? Oh......umi dah sunat? (Adus. ke situ pulak.=.=')

hehe..variasi pemikiran si kecil.

Thursday, August 20, 2009

ALQUDS - fight for it!


Jihad JANGAN bermusim. Kukuhkan iman, mantapkan barisan.
Palestin....sampai bila?



Remembrance of Al-Quds: 21 Ogos

Free palestine!




teruskan berjuang.

jgn futur, sahabat..

Allah bersama kita..!

Wednesday, August 19, 2009

MARI.


In the name of Allah, the most gracious, the most merciful.

pertama2nya, Ramadhan Mubarak buat semua. Platform tarbiah dari Allah yang Dia sediakan setiap tahun. Target sebanyak2 birr yang mampu, moga istiqomah hingga ke Ramadhan seterusnya.

disini, ana nak kongsi ilmu. moga menjadi tazkiyatun nafs buat diri dan kwn2. Ianya tentang agama.

Tahukah anda?

Dari skriptur Hindu:
"Ekam evadvitiyam"
"He is One only without a second" (Chandogya Upanisyad 6:1:2)

"Na tasya pratima asti"
"There is no image of Him" (Yajurveda 32:3)

"Andhatama pravishanti ye asmbhuti mupaste"
"They enter darkness, those who worship the natural elements."
"They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti(created things)."
(Yajurveda 40:9)

Dari bible
"Hear o Israel. The God Our Lord is One God" (Deutronomy 6:4, Mark 12:29)

"I on my own can do nothing, as I hear, I judge, and my judgement is just, because I seek not my own will, but the will of the Father which has sent me." (John 5:30) - menolak konsep trinity yang dipegang.

***

Bila kita menjadi muslim sebenar, kita juga adalah hindu yang lebih baik dari orang hindu dan kristian yang sebenar. Kitab mereka sendiri yang menyuruh kepada penyembahan Tuhan Yang Satu - SATU. dan Tuhan Yang Satu - SATU - hanya dalam Islam. Tiada berhala (image) untuk disembah melainkan kepada Tuhan. Islam bukan milik kita, ia milik semua - SEMUA. Tapi ada yang sedar kebenaran dan ada yang tidak. Tugas kita untuk menyampaikan apa yang ada di dalam Islam. Mereka terima atau tak, itu lain cerita sbb hidayah itu milik Allah.

sampaikan.

ramai antara kita sedang berhidup di dunia - pelbagai manusia. Dalam kampus, mungkin juga housemate, coursemate, groupmate dan segala jenis mates, mereka orang yang lain warna kulit, berbeza bahasa dan agama. Tidak Allah jadikan kepelbagaian itu, melainkan untuk kita saling berkenalan, taaruf sesama kita. Dan taaruf terbaik adalah yang menjadi sahabat. dan sahabat yang baik adalah yang membawa ke arah kebenaran.

Yakin Islam itu benar, Allah itu satu. dan mulakan. Mulakanlah dengan nama Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya.

Wallahu a'lam.

Head covering, what are the arguments?

In the name of Allah, the most gracious, the most merciful.

hmm, smlm baca blog orang. 2 kali ana ter baca statement berbunyi.. "pakai je lah, x susah pun.." - yang ditujukan tentang memakai tudung.

Kadang2 penat mendengar, membaca, melihat orang asyik stress upon wearing the hijab. smpaikan orang asyik terus memakai tudung walaupun berlengan pendek, singkat depan dan belakang, ketat kanan dan kiri. Yang penting, pakai tudung. ye ke?

"pakai je lah, x susah pun.."

mmg tak susah. Tapi kita bercakap ni pada makhluq bernama manusia yang ada akal untuk mempertikaikan dan mempersoalkan. dia perlukan sebab untuk melakukan sesuatu yang boleh diterima akal. Dan sebab yang AQ jelaskan mmg boleh diterima, cuma hati yang dibelenggu terasa nak menolak..atau mempertikaikan.

tak pelik tengok dunia. di setengah tempat, orang bermati-matian perjuangkan hak menjaga maruah seorang wanita dengan memakai hijab. di setengah tempat lain pula, pakai hijab bagai mengongkong, kolot dan tak trendy dengan peredaran zaman sekarang..hmm..mcm2.

Head covering is an evergreen issue; always related to Islam though nuns also wear it, and other respectful women in history like Mother Teresa. Hijab is not about Islam. It's about a way of dressing which brings respect to a woman. Unbelievable? believe it. You can try this at home.

Here's one, a real life story. Someone who is hardly can wear the hijab, yet proud to have it as her identity. This is told by a sister in Islam, Ayesha Badib whom i know from FCR Alumni group.

"She is a student who is from Kazakhstan and she is 19 years old. Alhamdulillah she is a practicing Muslim who prays 5 times a day, fasts, knows her tawheed and is also covered up. However, she has only recently received this hidayah and has only been fully practicing for the last 4 months. Since then, her mother has been crying everyday for her to stop being such a 'staunch' Muslim and to take off her head scarf.

Even though she comes from a country which is majority Muslims, most of them are not practicing and have the faintest idea of Islam. She told me that there are only 3 mosques in her city and only 3 Halal butchers which are very far away from each other.

She comes from a family of 2 older brothers and herself being the youngest. Alhamdulillah her brothers have also found Islam and are practicing, however, the mother and father are not wanting to 'lose' their only baby daughter to the religion and insists that she takes off the head scarf and be like any other 'normal' teenager, as she is still young and has a long life ahead of her.

Her mother is now sick and is crying everyday for her to take off the headscarf and she is scared that her mother might get even more sick or even die because of her. Hence, she is now contemplating to remove her headscarf."

A dilemma; between wearing a headscarf and saving a mother. God.

Bayan. Penjelasan itu yang membedakan benar dan batil. Walau kadangkala pahit utk diluahkan, pahit juga utk ditelan.

Apa tujuan sebenar pakai tudung?

Nota dari Allah - menyuruh manusia menutup aurat.

24:30{Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan}

24:31{Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya}

33:59 Penutupan aurat bertujuan supaya dikenali sebagai wanita yang baik, maka dengan itu mereka tidak diganggu.


mari analisa apa yang terkandung..

-Perhatikan bahawa Allah menyuruh lelaki menjaga pandangan mata terlebih dahulu (24:30) sebelum Allah menyuruh wanita menutup aurat (24:31)

- Selain lelaki, wanita juga disuruh menyekat pandangan mata, tetapi ramai di kalangan lelaki dan wanita yang tidak patuhinya

- Ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua jantina ada potensi tertarik untuk memandang sesama sendiri

- Tetapi disebabkan kekuatan fizikal dan 'kreativiti berfikir dan merancang' lelaki melebihi wanita, maka ini boleh mendorong kepada jenayah

- Oleh itu, arahan kepada wanita supaya mengelakkan 'provokasi' dengan menjaga aurat adalah langkah pembelaan ke atas wanita

- Sebab itulah salah satu tujuan (33:59) penutupan aurat adalah supaya wanita tidak diganggu


Jika yang menimbulkan persoalan Isu Tudung ini adalah seorang Kristian, maka kita boleh membuat perbandingan dengan arahan keras menutup kepala (rambut) yang dikenakan ke atas wanita Kristian di dalam Bible sendiri.

1 Corinthians 11:5-6

But every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head, for that is one and the same as if her head were shaved.

For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a woman to be shorn or shaved, let her be covered.

Kita juga boleh menyatakan bahawa Mother Mary dan Mother Teresa yang dianggap dua wanita paling suci dan mulia oleh orang Kristian juga berpakaian seperti seorang wanita Muslim, iaitu memakai tudung kepala.


wallahu a'lam. Moga hujah ini tingkatkan lagi istiqomah ana dlm memakai tudung..ops..menutup aurat(lebih spesifik).
Ya Allah, pimpin kami menujuMu..

Berbakti. tapi masih tak cukup?

In the name of Allah, the most gracious, the most merciful(sebutlah dgn hati yang lembut..).

permulaannya nak dimulakan begini sbb teringat kata-kata brother Shah Kirit, dia mulakan dengan menyebut ayat diatas sewaktu memulakan penyampaiannya mengenai pengenalan Islam di sebuah gereja. Ini sebab ramai diluar sana yang menyangka Tuhan Islam yang Satu ini kejam, dan tiada belas kasihan. Hanya menghukum dan terus menghukum, menyuruh manusia berperang dan bertindak zalim. Tapi itu bukan hakikatnya. bukan salah mereka bertanggapan begitu, tp salah kita yang tidak membetulkan tanggapan itu. huh.

Hari ini ana berpeluang berbakti, untuk umi di JB yang sedang sarat mengandung zuriat 2 roh. Bila berjauhan baru rasa cuti 3 hari tu suntuk, cuti seminggu pun masih suntuk, cuti 3 minggu pun suntuk. Entah brp baru tak suntuk. ha. Kalau mmg dah habis belajar, itu tak suntuk. hehe.

Selalu bila dirumah, itulah time lepas Subuh nak tidur balik. Kalau di hostel, hmph, harapan. Takkan tidur sbb kelas tasmi' mula jam 8. Tapi cuti kali, ana rasa ianya lebih baik. hari first je terlajak tdo sampai pukul 12 tgh hari. huhu. anak dara apa ni. mungkin sbb kepenatan berprogram 2 hari, then terus bergerak balik ke JB, tiba rumah hampir pukul 1 pagi. Tapi hari seterusnya, mmg x tdo lepas Subuh. ini baru betul muslim, baru betul namanya orang yang menyerah diri pada Tuhan yang Satu.

Hari Rabu - 19 Ogos 2008
Bangun untuk solat Subuh, tengok katil basah. Adus. Kakak kencing pulak. dah la tilam ni berat sgt sgt sgt. dengan comforter, cadar, lapik tilam. Banyaknya nak kena basuh! so mcm biasa, lepas solat, turun bawah, preparekn adik2 - minum madu, pakai stoking, pakai mask. diorang dah pegi, mulakan kerja. jemur baju.

yang tilam tadi, semua dah cabut dari tempatnya, sedia untuk dibasuh. bawak turun bawah sbb kena bilas dulu. lepas jemur baju, ada baju kotor lagi, so masuk mesin untuk 2nd round. sambil tu bilas semua pekakas tu dengan air and tinggal je dulu dlm toilet. Naik atas. hmm...nak buat apa ye? sapu rumah. Umi tak larat, lama dah tak sapu. Kalau dulu ada bibik, setiap hari sapu. Tp tak mampu lg nak jd 100% cam bibik. yang penting sapu je. bibik tu dah bersih pn sapu, sbb takde keje lain dah. huhu.

sapu attic dulu. sapu ni bukan mcm sapu kelas dulu, lantainya kasar, habuknya mcm pasir. kat sini lantai dah la licin, habuk pulak halus2 n ringan..so sapu kena slow2 jgn bagi terbang. lepas sapu, mop. ngan tangga2 skali. dah siap tu tengok mesin jap. dah siap. bila bukak, aik, knp berbuih lagi? aduh, kena bilas lg skali pulak..baru teringat, terletak dynamo kat tpt softener, padanlah. ada 2 sabun basuh, satu yang serbuk, satu lg cecair dynamo. selalu cecair mmg dlm kepale ingatkan tu softener. takpelah, sikit je pun. bilas2 - spin lg skali. habis spin, masuk dlm bakul, nak g jemur. sblm tu amin pekakas yang kena kencing tadi masuk dlm mesin. ni guna mesen yang manual tu. letak sabun berbundle sikit - bia BETUL2 wangi. heee...

nak jemur. aik, langit cam gelap..ala...nak hujan ke? kain banyak ni..dengan tilam lg..pekakasnya lagi..Ya Allah, tolonglah...

jemur je dulu.

pastu sambung sapu+mop. semua bilik. siap mesin g jemur pekakas tu pulak. habis keje dah kol 1 tgh hari. penat. tdo jap. smpai kol 2. mandi n solat...br teringat sesuatu.

hari ni birthday Abang. kena beli sumthing..kesian die klu x dpt ape2...
hmm..br ingat nak rehat, n ngaji. x cari modal lg ni..

so, korbankan masa, pegila mencari hadiah di Angsana. keluar kol 3 lebih, balik dlm kol 6..beli kek skali.


Keluar ke Angsana dengan Aisyah. Beware, H1N1!! hehe..




balik2, mandi dsb, dah nak maghrib. lepas solat, keluar makan di Papa chops Mama grills utk celebrate birthday abang. balik, solat Isya' - kanak2 ribena semua dah kena tdo. so prepare la tpt tdo utk diorg. pastu ade conference pasal projek Gen-Y bersama pelatih Raudhatus Sakinah. berbincang pasal program - smpai pukul 1 pagi.

ah.penat! mata sakit! bak kata alang, sakit jiwa jugak.

hari ni habis gitu jer? penat+puas. dpt kemas rumah.hmm td kain byk jemur, skrg byk angkat, byk gak nak kena lipat!

alhamdulillah, Allah bagi sihat, dpt buat semua kerja dgn baik. Tp mmg masih tak cukup. Umi di KL? belum curah bakti lg. Ude, Angah, Alang...hmm, ape cite?

Tuesday, August 18, 2009

adikku Aisyah.

Ana tiada di rumah time ni. Perbualan ni direkod kakak ana, pastu dipost kat blog keluarga. Rasa nak post kat sini jugak. Sebab Aisyah lawak. Ana rasa Aisyah lawak.


umi : kakak, birthday kakak bile?
kakak : taktahu.

abi nak menyampuk,
tapi macam xsure gak ble tarikh birthday kakak.
hehehe

umi : apa la kakak ni. 12august!
abi : abang?
umi : 19august.

muka kakak buat layan xlayan.pergh.
then abi mulut berkata-kata

abi : birthday alang bile? 31...hmmm..
kakalang : 1st october laa
abi : oh yer?
umi : aisyah 23 oktober.
abi : owh. aisyah 23 aribulan 10
aisyah : chah 23 aribulan 10?
abi : aisyah punyer birthday bile?
aisyah : 31 haribulan 10
umi : tak la. 23 haribulan 10
aisyah : bukan! 1 haribulan 30

sambil aisyah tunjuk jari telunjuk belah kanan sebagai satu dan 3 jari lagi di tangan kiri sebagai nombor 3.

aisyah : ha. ni, satu haribulan tiga puluh.

aisyah pun berjalan ke luar pintu dan amek selipar. dan tunjuk kepada audience..

aisyah : tgk ni. tiga satu.
abi : laaa, size selipar aisyah ke. orang tgh bincang pasal tarikh lahir. ish.

A movie: the kingdom

have any of you watched it?
it was shown around 2 years back, in 2007. Though it's an old movie, i think the messages conveyed in the movie are important, to me.

here's my interpretation after watching it. And i think, this kind of thought about Islam, goes on up till now. What have we done to prove it is wrong?

........................................................................................................................................................................

I want to write this thing in English. But i know my English is quite bad. So, if you read it, and you found any mistakes, do not hesitate to leave a comment and correct me, ok?

I expect this is one of the famous movie playing in cinema now, and I guess everyone is quite aware of this movie. Before i got to watch it, there are many thoughts about this movie in my mind. As i read one of Malaysia's newspaper, it says that the director of The Kingdom was trying to make this movie kind of a combination between 'The Bourne' and 'C.S.I' because of the close-up effect used and the way they investigate the case in Saudi Arabia. Some say that this is about the battle between Islam and Christ and etc.

Nov 30th, finally I can watch it by myself. What brings me to watch this movie is that I think, by watching this movie, I am able to know how the director is thinking about Islam, and how he manages to put it into a movie. No matter who wins at the end, what the whole story is all about described what the director saw in Islam.

But something worries me. What if the messages in the movie about Islam are false? well, everyone is watching it, the movie has spread to all over the world..so what can I do then?

The summary

Briefly, the movie is about a terrorist attack in Saudi Arabia that destroys a building, and many women and children died. The government was trying to investigate to find out who is responsible for this attack. In the same time, the FBI in US sent some of their agents to 'help' the investigation process, for they thought they were better in investigating this kind of case than the Saudi Arabia's government. The agents were put under a captain named Faris Al-Ghazi for safety reason, for the whole 5 days of investigating in Saudi Arabia. At the end, they managed to track down the terrorist group leaded by Abu Hamza. Faris was shot during the track down as well as Abu Hamza and his people.

Here's what i concluded.

I am not a professional director, but i think the director of The Kingdom has some problems in his mind. When we direct a movie, especially when it comes to something that has to do with two sides, like Islam and Christ, we have to be fair. We cannot show in the movie that we are on this side, or the other side , because then, like in this movie, unjustness will appear.

FYI, i myself cannot write this if I am on either side. I will write as fair as I can.

I don't really support Saudi Arabia, or respect it as one of Islamic countries, because they are not truly practice Islam. In other way, they are like Malaysia, or like my friend says, they are pro-US.

i believed that there are some Islamic extremist and not only Islam, Christ also has their extremist like in the Da Vinci Code, Tamil also has extremists like LTTE, and etc. I consider someone to be an Islamic extremist when they start to do what is prohibited in Islam, like for example, killing women, old folks, or children (even in a war, it is strictly prohibited to do it on purpose) and slaughtering (even though that person is Islam's enemy) but they say that they are doing this for Islam's sake. In other word, just like Abu Hamza in The Kingdom.

Abu Hamza in this movie, knew about the coming of FBI agent to Saudi Arabia. So, they were planning an attack, and surprisingly, they record their call of 'jihad' and spread it in the internet. As the result, those FBI found out about this. Look, for me, those FBI were not coming as a threat so there's no need to attack them. In Islam, we can only attack when we are being attacked. furthermore, during the attack, they managed to catch one of the agents. Again, they treated him just like Israelis treat Palestinians, they recorded it, and they were about to slaughter him along with the call "Allahuakbar!" . ATTENTION: THIS IS NOT ISLAM.

Obviously, the movie described as if America knows everything while Saudi knows nothing. America is better in everything. This can't happen. It should show that, maybe, during the investigation, those FBI are really helping the Saudis. But instead of that, it showed that those FBI are the one who is conducting, and giving order to Saudis, to do this and that. There are absolutely no cooperation can be seen between both sides. FBI is leading, not helping. Moreover, in a scene, it showed that one of the FBI asked the Saudis to pump out water from a hole. But it seemed like no one understands English. The way they make the scene made the Saudis to looked even more stupid for not understanding English. They are laborer, they are not educated, but they are not that stupid. The director shouldn't make them to look like that. But when it comes to the part where the FBI don't understand Arab, someone simply translate it to English. Yeah, FBI is 'better', right?

What makes me think that they really wanted to make fun of Saudis, is when they made this script :
[FBI] : "Oh, shit!!"
[Faris] : "Why? Do you want to go to toilet? There's toilet over there."
(we know in this script, shit means something else, not the real shit, right?)

Before making this story, which involves muslim and Islam matters, the director should know about Islam so that people don't misunderstood it. I say this because, there's one part, where agent Janet (Jennifer Garner), is investigating over a dead muslim body. She wore gloves but when she touched the corpse's hand, one of Saudis captain tried to stop her and said it was haram. ATTENTION AGAIN:THIS IS NOT ISLAM. She already wore gloves, what's the matter with that? In this case,it is not the Saudis who doesn't know about Islam, but the director is. Islam is not that complicated.

During the attack, when they manage to track down Abu Hamza's location, to save their friend, Abu Hamza's people were hiding in a building while the FBI were outside the building, trying to hide behind their vehicle. Abu Hamza's people, I think were about 20 who were attacking and shooting them while the FBI only got 3 plus Faris gives 4 people. In that time, almost all of Abu Hamza's people got shot, but none of them got shot or even injured. How can this thing happened? Think yourself, you are on the rooftops, while your enemy is hiding behind his vehicle. who got a better view to shoot? Of course you. Even Abu Hamza's people who's hiding behind a curtain, in a small room also got shot but again, no one of them got shot. Do you think this will happen in real life?

What i got to say is that, Islam is not in Muslim, Islam lies in Islam itself. Just like, Islam is not like Abu Hamza, but Abu Hamza is a Muslim.
Islam does not support terrorism. What happen in Iraq, Palestine, Afghanistan are different from what happened in The Kingdom. Muslim in those region, are just trying to protect their homeland. They are not terrorist, they don't do terror, but Israelis do.


p/s: Until now, Palestine has not been freed. Continue to support them.

mata yang berair

Entry ni dah lama post. tp sbb ni brand new blog, so rasa mcm nak masukkn.
sekadar warming up..dan imbasan tulisan lama..

posted on november 28, 2007, (uh, that is almost 2 years back!)

bismillah..


uhuh. rasa macam dah buat rekod baru. aik? takde rekod lame pun, macam mana boleh ade yg baru? mmm...

dalam banyak-banyak movie yang ana tengok, tak ada satu pun yang berjaya buat ana menangis teresak-esak..
paling teruk pun, mesti berair mata, tapi air mata tak sempat mengalir, setakat bertakung je. lepas tu kering. cerita yang buat mata ana berair; War of The World, Muay Thai Chaiya, Sassy Girl n One Litre of Tears.

cuma satu cerita ni pelik sikit. mungkin sebab dia cerita benar, cuma dilakon semula. yang ana maksudkan cerita One Litre of Tears. Ana tengok kat you tube, ramai yang komen kate diorang menangis sampai teresak-esak. memang cerita ni sedih. sebab ianya bermain antara hidup dan mati. MATI bg ana adalah sebahagian daripada kehidupan. tambah pulak dengan theme song dia yang mmg menyentuh hati..

tengok cerita ni, memang sebak, tapi ana tahan, tak nak jugak mengangis. kenapa nak menangis kerana hidup orang lain? air mata kita adalah sebahagian daripada badan kita, milik kita. banyak lagi benda lain yang lebih berbaloi untuk ditangisi. tp kalau sesapa yang penah tengok cerita tu pastu menangis, tak salah, ana tak kata salah. ini cuma pendapat ana.

cerita Aya, adalah sebahagian daripada pelbagai ragam kehidupan manusia. hidup memang susah. nak teruskan kehidupan susah, nak tamatkan kehidupan pun susah. itulah manusia. ada yang menghadapi masalah, dan fikir mati adalah jalan penyelesaian. ada pulak yang ditakdirkan mati cepat, tapi mahu hidup lagi. tapi apa yang pasti disini? kita tak berkuasa apa-apa. tak mampu. lemah. apa yang manusia nak sebenarnya? semua benda ada je yang tak kena.

saat inilah ana terasa bernilainya Islam. sebab hidup kita bukan untuk kita yang hidup, tapi untuk Islam, untuk Allah.

andai kata kita perlu teruskan kehidupan, kita akan teruskan dengan tabah sebab kita ada sesuatu utk diperjuangkan dalam hidup, dan kita tahu, macam mana pun kita, ada yang sedang memerhati kita dan menerima kita dikala manusia lain menyisihkan kita. iaitu Allah. kita tetap akan terus tegar untuk kekal hidup!

andai kata kita perlu menamatkan kehidupan kita, macam Aya, kita juga akan gembira untuk menamatkannya. kenapa? sebab kita tahu kemana kita pergi selepas meninggal dunia. satu tempat yang memang pasti, yang lebih baik daripada dunia. dengan fikiran macam ni, adakah kita akan berasa sedih untuk meninggalkan dunia?

Aya memang tabah. tapi dia takut saat kematian menghampiri. kisah Aya telah ramai orang yang tahu, dan menjadi antara sumber inspirasi untuk meneruskan kehidupan. dahulu dia orang yang aktif tapi sekarang dia tahu masa depannya macam mana, tapi dia kuatkan diri untuk terus tersenyum dan lakukan sebaik mungkin apa yang mampu dilakukan. apa yang sedihnya adalah, Aya menderita sedikit demi sedikit tapi dalam masa yang lama. dia tak mampu lagi bercakap, berjalan, menulis diari, hanya mampu terbaring di atas katil selama lebih kurang 10 tahun. Aya pernah tulis dalam diarinya "saat dia memikirkan masa depan, saat itulah air mata deras mengalir.."

keadaan Aya seperti orang lumpuh, tapi sedikit-sedikit. teringat pulak ana pada Sheikh Ahmad Yassin, seorang yang lumpuh tapi mampu menggegar dunia. Amerika yang dikatakan berkuasa kuat itu takut pada seorang yang lumpuh, yang tak mampu lakukan apa2! berapa kali cubaan membunuh dilakukan? betapa susahnya menamatkan kehidupan seseorang yang hidupnya diperjuangkan untuk Allah! kalau menangis kerana kehidupan Sheikh Ahmad Yassin, ana rasa lebih berbaloi.

deep in my heart, i wonder,
how Aya is doing over there.
tapi Allah itu Maha Adil,
Dia pasti akan memberi balasan setimpal terhadap segala kebaikan yang telah Aya lakukan.

kisah dia benar mengingatkan ana pada kematian. adakah ana bersedia? memikirkan hal ini, barulah ana rasa berbaloi untuk menangis..

hmm..gini rupanya ana tulis dulu-dulu. cam lawak sikit pn ade. lantaklah.